Monday, 30 April 2012

EGO...Jangan Sampai Memakan Diri...

Begitulah jika EGO menguasai diri...tak memikirkan apa yang terbaik untuk diri mahupun keluarga..ehhh saya bukan bercakap atau berbicara tentang perhimpunan BERSIH yang akhirnya tidak menjadi BERSIH...hemm setiap orang mempunyai pandangan berbeza ...so aku juga ada pandangan peribadi ku sendiri...so no komen lebih lebih ye...

Hemm...dia call aku..mohon memindahkan anak - anak ke kampung...weiii terus terang aku membantah cadangan tu..nak pindah kampung..aikk dulu masa aku menjaga anak anak ..dan nak pindahkan persekolahan Fatihah dan Iskandar ke Sungai Petani dia marah..terus dia buat tuntutan mengatakan aku tak dapat menjaga anak dengan baik..kata aku tak bertanggungjawab..kata aku tak mampu bagi yang terbaik untuk anak anak...so dia buat tuntutan ..siap bagi syarat dalam tuntutan tersebut yang anak anak tidak akan bersekolah di mana mana kecuali di sekolah Bukit Jalil dekat dengan rumah..so sekarang siapa yang langgar janji ..siapa yang nak bawak anak - anak berpindah...cuba jawab...kalau berani la...

So aku senang jer..kalau kau kata kau tak mampu dah nak membela dan menjaga anak - anak sila dengan segala hormatnya berikan kembali aku hak itu..hak yang memang sepatutnya aku dapat..tapi jangan lupa atau buat buat lupa pulak..nafkah anak anak kena bagi...ada berani ...hahaha...itulah akhirnya EGO memakan diri...tapi dia tetap EGO...tak akan serahkan anak anak..wahhh dah la mengaku tak mampu nak bela anak anak...tapi tak nak bagi anak anak kat aku...kenapa...apa yang nak kau pertahankan....MARUAH kau ker...ishhh issshhh..iisssshhhh...

Aku nak bagitau..mungkin kau lupa...kau tidak memberikan aku apa apa nafkah pun...tak ada satu sen pun kau bagi..jadi tolong jangan nak bercerita kan kawan kawan kau yang mengatakan aku dapat nafkah yang BANYAK daripada kau....sehingga membebankan kau..apatah lagi kau yang menjaga anak anak...mungkin kau LUPA..kau yang nak jaga anak anak tu kan...apa yang kau kata kat hakim...tapi aku nak maklumkan bahawa hati hati ketika bercerita...banyak membuka pekung dan aib kau sebenarnya kerana cepat atau lambat KEBENARAN itu pasti akan ditunjukkan....kerana ALLAH itu Maha Mengetahui cerita sebenar...

So aku nak bagitau kau..aku masih bernyawa dan masih hidup...jangan hanya kerana EGO itu kau pertahankan kau sanggup memusnahkan masa depan anak anak...

Sunday, 22 April 2012

Energizer Night Race 2012..Cabaran Untuk Diri

Semalam pertama kali selepas berbelas tahun tidak berlari jauh jauh..akhirnya aku berjaya juga mencabar diriku menghabiskan 5.5km..bagi otai otai lari jauh jauh apa la sangat 5.5km tu kan ...jalan kaki pun katanya sampai dalam masa sejam tapi bagi aku 5.5km tu macam 50km wooo..sebab tu aku berjaya tamatkan larian hehehe walaupun sebenarnya banyak berjalan dari berlari selama 1 jam 35 minit tapi yang aku bangganya sebab aku bukanlah orang terakhir...yang tu aku bangga sangat tu hahahaha sebab kata otai otai nie nak dapat nombor satu jauh la sekali tapi yang penting jangan jadi orang terakhir ...dan aku bukanlah orang yang terakhir...yeeaahhh...

Dan yang paling best dapat masuk litar sepang...berlari atas litar...ia satu memori indah dan buat otai otai larian..along, abang long, zuridah, Jeff dan Sedi..korang memang best la..aku respect sebab korang semua boleh lari jauh jauh kalau aku dah lama naik van ambulans tu hehehe confirm ..sebab 5.5km nie pun dah termuntah aku berlari oppss berjalan hahahaha...nak tahu diorang ambik berapa...yang paling jauh abang long dengan Sedi..42km...sampai termuntah muntah kau... sampai jalan pun dah terkengkang kengkang ...along, angah dan Jeff lari 15.5km...yang mencabar sebab diorang lari naik turun bukit tuu..nasib baik aku lari atas litar jer...kalau ikut diorg confirm patah balik hehehehe...lari kat litar pun dah nak nanges..hati berkata kalau nak pengsan pun biar di garisan penamat dan akhirnya alhamdulilah berjaya dan tak pengsan...best best

Buat geng geng otai malam tu memang best sangat sangat dan aku dah jatuh cinta dengan suasana tu..Insyaallah jika ada waktu dan tenaga nak join lagi korang lari lari tapi kategori biarlah bawah 10km yer dulu..bila dah pro macam korang baru up kilo kilo hehehehe...

Dan di situ aku sambut birthday aku yang ke 35 dan orang awal yang wish my birthday my kakak tersayang along...fuuyooo sambut birthday kat sepang circuit tu...

Nie gambar gambar kat sana...eeiii gemuknya aku ...patutla berat nak lari bawak badan yang tembam nie hehehehe...










Dan pagi tadi inilah hasilnya selepas bangun...kaki dan lutut sakit kembali..hemm jawabnya tongkat ini peneman untuk sementara tapi tak serik..Best sangat ...tahun depan confirm nak masuk lagi ENR...


35 Tahun Aku Di Sini

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..Hari ini genap umurku 35 tahun. Aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas dan bernyawa di bumi ALLAH ini. Inilah yang paling bernilai yang dikurniakan ALLAH terhadap hambaNYA.Jika esok telah tiada semoga aku pergi sebagai hambanya yang beriman...Aaammminnn...

35 tahun mengharungi hidup di bumi ini banyak mengajar aku tentang erti kehidupan...ia bukanlah selalunya manis, ketawa, gembira dan bahagia...sudah pasti ia juga merasa sedih, kecewa malah gagal dalam hidup. Namun itulah corak pelangi dalam kehidupan ku ini. Aku tidak kuat tapi aku tahu aku perlu kuat..itulah janjiku kepadaNYA..sentiasa redha dengan setiap takdir yang menimpa... itulah qada dan qadar...hanya ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA dan aku hanyalah pelakunya menerima dengan sabar walaupun aku telah kehilangan segalanya..

Namun alhamdulilah..siapa tahu perancangannya...dan kini hati ku semakin tenang..terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi aku semangat dan kekuatan untuk mengharunginya...buat keluarga mak, along, abang long, angah, adik dan Nita, Kak Lang bersyukur mempunyai kalian....buat semua mak mak saudara...sepupu sepapat..thanks kerana memahami dan memberi ku kekuatan ...buat kawan kawan yang banyak memberi aku panduan dan nasihat..terima kasih kerana menjadi sahabatku biarpun aku bukan sesiapa... Buat keluarga - keluarga angkat aku..terima kasih kerana masih menerima diri ini..semoga kalian bahagia dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT selalu...

Untuk semua maafkan diriku kerana aku tahu aku ada silap dan salah pada kalian kerana sebagai hambanya samada sedar mahupun tidak aku sentiasa melakukan dosa..semoga kalian memaafkan aku...halalkan segala makan dan minumku...semoga keikhlasan hati kalian memaafkan kesilapanku akan meringankan segala bebanan dosaku ...

Ya ALLAH Kau ampunkan segala dosa dosa ku..berikanlah aku hidayah mu..kurniakanlah aku keimanan yang sebenar-benarnya...janganlah Engkau memalingkan hatiku daripada agamaMU kerana hidup dan matiku hanyalah untukMU Ya ALLAH. Aamminnn...


p/s : 35 tahun sudah berlalu..semakin gemukkknya akuu..

Thursday, 19 April 2012

Kembara Di Jalanan Part 2

Hari ke-2 agak jauh perjalanan...sepakat mengambil kata putus menggunakan jalan lama...laluan yang agak jauh iaitu Temerloh ke Melaka....sepanjang perjalanan banyak yang aku lihat..banyak jugak tempat yang menyimpan sejarah dan rahsia diterokai walaupun sebentar...

Bera Waterfront tempat pertama disinggahi..hanya untuk menikmati sebentar pemandangan Sungai Pahang sungai terpanjang di Semenanjung...melihat keluasan sungai dan ketenangannya buat hatiku terpujuk kerana tidak dapat pergi ke Vietnam ....




Kemudian meneruskan lagi perjalanan ke Negeri Sembilan...memasuki sempadan Negeri Sembilan penuh dengan kehijauan dan ketenangan malah sunyi juga laluan ini. yang banyak hanyalah lori-lori sahaja. Ingat nyanyian Aizat bertajuk Sungai Lui...


Rupanya di sini terdapat sejarah hitam tentang keganasan dan kekejaman tentera Jepun ketika zaman pemerintahan Jepun. Tentera Jepun telah membunuh hampir 400 orang cina di sini tanpa mengira lelaki, wanita mahupun kanak - kanak. Dan mayat mereka semua di tanam dalam satu lubang besar. Dan untuk mengingati sejarah ini satu memorial telah didirikan di sini.







Seram juga melihat tempat ini. Walaupun hari masih cerah terasa suasananya yang agak menyeramkan. Mungkin kerana tempat ini bukanlah satu tempat persinggahan pelancong malah tempat ini sunyi. Yang kedengaran hanyalah deruan enjin kenderaan....Dan kembara di jalanan ini diteruskan lagi.....

Kembara Di Jalanan Part 1

Berikutan tak dapat ke Vietnam dan cuti masih berbaki 3 hari so aku pun buat keputusan cuti cuti di tanah air jer la...dengan menggunakan jalan lama aku ke Temerloh dulu. Di bandar yang lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin aku menyelusuri keindahan dan ketenangan Sungai Pahang...




Dan malam tu dapat la merasa tomyam kelapa. Harga pun tak mahal hanya RM 6.00 je...memang sedap..rasa tomyam nie pun lain kerana dia menggunakan air kelapa untuk memasak tomyam.


p/s : kembara akan disambung lagi...

Monday, 16 April 2012

ALLAH Yang Menentukan...

Dah setahun merancang percutian nie...punya la bersemangat siap beli kasut baru..beg baru dan beberapa helai baju...kira beli nie sekali dengan percutian bulan depan la...dah bermimpi nak enjoy dengan kakak ...dengan kengkawan..tapi last last tak dapat pergi...Vietnam oh Vietnam...tinggal impian la nak ke sana....

hemmm..tak pe la...mungkin tak ada rezeki nak tengok negara orang...nak luaskan pandangan dan pengalaman...sebenarnya tak pernah lagi kaki ini menjejak Vietnam..so bila dah ada promosi tambang murah oleh AirAsia so nak ikut la kakak and the geng jalan jalan...namun takdirnya dah ditentukan tak dapat pergi..InsyaALLAH lain kali nak pergi tapi tak nak cuti bulan April..bulan 4 sebab nie dah masuk kali kedua tak jadi melancong..tahun lepas nak pergi Kota Kinabalu dengan kak long jugak ..dan tahun nie pun sama tak jadi jugak...uuwwaaaa...sedih ...tapi pada masa yang sama gembira kerana ..adalah..biarlah rahsia...Alhamdulilah ..selesai sudah...semoga selepas nie semuanya kembali normal....

Betulkan..kita merancang tetapi ALLAH yang Menentukan mana yang terbaik untuk diri kita kan...so tahun depan tak mahu dah cuti bulan 4...hehehehe...

p/s : enjoy your holiday along..tapi jangan lupa pesanan pesanan ku...yeahhhh...

Tuesday, 10 April 2012

Ia Datang Lagi ....

Malam kembali sunyi...setelah membersihkan diri aku bersedia untuk beradu..hari ini agak meletihkan...letih sebab lalulintas sesak hingga ke rumah...jika setiap hari begini mampu ke tidak aku bertahan sehingga umur mencecah 56 tahun...dalam hati nasib baik tak ambik pencen sehingga 60 tahun..jawabnya mati tua di jalan jer la... hehehehe...

mata mula mengantuk..dah berapa kali aku menguap..aku mengiring kanan..mengiring kiri..mencari posisi yang selesa untuk meneruskan mimpi mimpi indah...macam kucing lak...hehehehe...sambil sambil itu aku melayan fikiran yang semakin melayang entah ke mana...dan ketika itu tiba tiba ia datang lagi...ahhh aku rimas..rimas mengingatinya...tiada apa yang perlu aku ingat lagi...bosannya..tak abis abis menganggu hidup ku...cukuplah..berhentilah..biarkan aku hidup tanpa perlu melihat bayang hitam itu...pergi jauh jauh dari sisi ku...pergi ...keluar dari rumah ku...hendak apa lagi engkau berada di sini...untuk melihat aku menderita...pergilah bawa sekali perasaan jahat itu...

dan tiba tiba saja perasaan ini mula ingin memberontak...mula memikirkan yang bukan bukan...hati mula ditekan...sakit..sakit aku merasainya...pergilah..tolong..pergi dari hidup aku...aku menarik nafas panjang panjang..perlahan lahan...berulang kali..semoga hatiku kembali tenang...dan aku mula berzikir..semoga ia dapat menenangkan perasaan aku yang pedih bagai tertusuk jarum...mengurangkan sakit dan bisa bisa di badan ku yang mula aku terasa kekejangannya.....sedikit demi sedikit air mata ini mengalir menahan sakit yang menjalar disetiap urat...Ya ALLAH...sakit...tapi hati ini lebih sakit...sampai hati ....itu yang mampu aku luahkan dari bibir ku....

Monday, 9 April 2012

Berdoalah ..( La Tahzan )

Marilah kita bersama - sama memanjatkan doa yang mujarab dan penuh ketulusan, yakni doa untuk menghilangkan kedukaan, kecemasan dan kesedihan.

Tiada Tuhan selain ALLAH yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan selain ALLAH, Tuhan pemilik 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain ALLAH, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan pemilik 'Arasy yang mulia. Wahai Zat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri, tiada Tuhan selain Engkau, dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.

Ya ALLAH, hanya rahmatMu yang ku harapkan maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaan ku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon keampunan kepada ALLAH, yang tiada Tuhan selain DIA, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepadaNYA.

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan yang telah berbuat zalim.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku adalah hambaMU dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMU. Hidupku dan matiku di tanganMu, telah berlalu qadakMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam kitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhluk Mu ( NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada disisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut dan dari bebanan hutang dan tekanan orang (jahat).


p/s : Cukuplah ALLAH bagi kita dan DIA adalah sebagai sebaik - baik Pelindung...
( Ali - 'Imran : 137 )

Masih Ada Yang Selalu Mengabulkan Permintaan Anda ( La Tahzan )

Siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu orang yang dilanda kegelisahan, kesempitan, kesulitan dan kesedihan? kepada siapakah mereka harus memohon pertolongan? Siapakah yang layak menjadi tempat bergantung, memohon, meminta dan meratap semua makhluk? Siapakah yang berhak menjadi gantungan hati dan selalu diucapkan oleh lidah manusia? Tidak lain adalah hanya ALLAH yang Tiada Tuhan Selain DIA.

Bagiku dan juga anda, adalah suatu kewajipan untuk berdoa dan meminta kepadaNYA dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan mudah mahupun ketika susah. Kita harus menumpahkan semua permasalahan ke pangkuanNYA dan kita juga tetap harus bertawassul kepadaNYA. Kita harus duduk bersimpuh di depan pintu gerbangNYA sambil memohon, menangis merendahkan diri dan meminta keampunanNYA dan kemudian tunggulah. Kerana pada saatnya nanti akan datang pertolongan, ma'unah ( huluran ), bantuan dan kemudahan yang bersumber dariNYA.

Ketika musibah dan bencana datang silih berganti menimpa anda, berzikirlah kepadaNYA, sebutlah namaNYA, mohonlah pertolongannYA dan mintalah jalan keluar dariNYA. Tundukkan wajah untuk mengkuduskan namaNYA demi mendapatkan mahkota kemerdekaanNYA. Lekatlah hidung pada tempat anda bersujud kepadaNYA agar anda mendapat keselamatan. Angkat kedua tangan anda, buka kedua telapak tangan anda, perbanyak memohon kepadaNYA, jangan anda bosan meminta kepadaNYAdan jangan anda berpaling dari depan pintuNYA. Harapkanlah kelembutan kasih sayang dariNYA, nantikan pertolongannya dan selalu berbaik sangkalah kepadaNYA. Curahkan seluruh waktu anda untukNYA dan beribadahlah kepadaNYA dengan tekun agar anda mendapat kebahagiaan dan kemenangan.

p/s: semoga kita semua menjadi hamba yang sentiasa mengharapkan kerahmatanNYA...

Sunday, 1 April 2012

Yang Lalu, Biarlah Berlalu ( La Tahzan )


Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kerana berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagiaan dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ia memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi - mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang - bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi?

Dengan kembali masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan perkara tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Smuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya menukar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnyake belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

p/s: kerana itu aku tidak akan kembali ke masa lalu..biarlah aku teruskan langkah perjalanan hidupku ke hadapan...yang penting aku ingin mencari keredhaan ALLAH S.W.T...kerana aku ingin kembali kepada NYA sebagai hamba Allah yang mendapat keredhaanNYA...

La Tahzan...Jangan Bersedih



Ketika ini buku La Tahzan ini menjadi teman untuk mengisi ruang dan masa...siapa yang tidak pernah berasa kesedihan dalam hidupnya...setiap hari kita akan merasa kebahagiaan dan juga kesedihan...mungkin hari ini kita bergembira dengan nikmat ALLAH dan sudah pasti akan ada juga kesedihan yang melanda diri keesokkan harinya...jadi buku ini boleh kita jadikan panduan dan menambah ilmu pengetahuan kita ....Saya petik kata kata penulis yang menterjemahkan karya asal penulis ini iaitu Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Jangan bersedih, kerana qadak telah ditetapkan. Sesuatu yang telah ditakdirkan telah terjadi, pena -pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipatkan dan setiap perkara telah ditetapkan. Kesedihan anda tidak akan dapat mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangkan apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman. Menyelubungi matahari agar tidak terbit. Memutarkan jarum jam kembali ke masa lampau, mengundurkan ke belakang dan mengembalikan aliran air sungai kepada sumbernya semula.

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah di mana mana, mengubah cuaca langit dan mencacatkan keindahan bunga - bunga yang sedang mekar berseri di taman.

Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya ke laut dan mengalir kembali ke laut. Dia juga ibarat seorang wanita yang menguraikan tenunan yang kuat pintalannya, ibarat seorang musafir yang meniup bejana kulit yang berlubang-lubang atau ibarat seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih, kerana usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu, jangan persiakan usia anda dalam kesedihan. Jangan biarkan malam - malam anda dalam kecemasan. Jangan tukarkan kebahagiaan dengan ketakutan dan jangan sia-siakan waktu anda yang masih bersisa. Kerana sesungguhnya ALLAH tidak sukakan mereka yang mempersiakan masa dan waktu.

Thursday, 29 March 2012

Bersatu...Tidak Mungkin...

Susah nak jawab atau nak beritahu...tidak mungkin aku akan bersatu kembali...tidak mungkin yang pecah berderai ini akan bercantum kembali..macam barang kalau dah pecah takkan nak ambil serpihan untuk digamkan..kalau pun boleh digamkan pasti ada kesan retakan..kesan pecah...mungkin juga ada yang tak lengkap cantumannya...sudah pasti ada cacat cela terhadap barangan tersebut..dari buang masa membaikinya lebih baik buang dan beli yang baru..mungkin beli barangan yang lebih baik kualitinya....sebab kita dah tahu kualiti barangan lama tak tahan dan mudah pecah...lagipun jika barangan tersebut tetap ada di dalam rumah pasti hati yang melihat terasa sakit dan sedih bila melihatnya...setiap saat setiap ketika...so jangan sakitkan hati...buang sahaja kan senang...

Begitu juga dengan kehidupanku..cukuplah aku lalui semua itu atas dasar kejahilan aku..sudah sampai masanya aku mencari sesuatu ...mencari diri dalam kehidupanku...mencari sesuatu yang kekal..lagipun kasih sayang manusia nie tidak kekal ..yang kekal hanyalah kasih sayang ALLAH...

Tak ramai yang faham...sebab tak ramai yang tahu...mungkin benar ...tiada rezeki aku di dunia ini..mungkin rezeki ku di alam sana nanti...biar apa pun mereka tetap darah daging ku..mereka tetap keluar dari rahim ku...dan aku tidak akan berhenti menyayangi malah aku sangat mencintai mereka...

Aku tidak mengharapkan apa apa atas pengorbanan ku ini....biarlah apa pun pengorbanan ku ..aku pasti Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya...kerana DIA yang mengatur hidupku dengan warna - warna ini...dan aku sebagai hamba NYA perlu menerima dengan redha walaupun kadang-kala aku kalah dengan perasaan dan naluri seorang ibu...Alhamdulilah aku tidak pernah menyesal dengan keputusan ku...dan Alhamdulilah..akhirnya aku tahu siapa diri ku ..Terima kasih YA ALLAH...

Wednesday, 21 March 2012

Fatihah ....Happy Birthday Sayang....

Hari ini genap sudah umur mu 8 tahun sayang...semakin membesar puteri umie nie..semakin bijak dan semakin lincah meniti hari hari dalam kehidupan mu tanpa aku disisi mu...

Bukan mudah saat saat umie membawa mu di dalam perut nie..sejak awal kandungan umie mabuk mabuk teruk..semuanya terganggu...kerja pun dah tak menentu...tapi alhamdulilah umie bersyukur kerana orang disekeliling cukup memahami... anak pertama la katakan..perubahan yang mendadak bagaikan tidak termampu nak ditanggung....tapi umie sikit pun tak merasakan ia satu beban tetapi ia merupakan pengalaman berharga yang akan umie simpan sebagai kenangan terindah.

Tanggal 21 Mac 2004 kedatangan mu ke dunia ALLAH ini disambut dengan penuh kesyukuran....ingat lagi umie ketika saat saat melahirkan mu, umie semakin lemah kerana menahan kesakitan yang lama ...namun apabila umie terfikirkan umie ingin melihat wajahmu, umie ingin mendengar tangisan mu akhirnya umie gagahkan juga ..alhamdulilah dirimu selamat dilahirkan..sihat dan cukup sempurna anugerah itu untuk umie...walaupun hari itu umie tak dapat mengundi buat kali pertama ...hehehehe

Nur Saidatul Fatihah itu lah namamu...cahaya permulaan dan pertama dalam hidup umie..merubah hidup umie daripada seorang wanita menjadi seorang ibu.....

Buat Fatihah tiada hadiah mahal untuk anak umie hanya doa doa yang mampu umie berikan untukmu sepanjang masa...semoga ALLAH memakbulkan doa doa seorang ibu untuk anaknya yang disayangi....

Umie sentiasa mendoakan Fatihah menjadi hambaNYA yang solehah, wanita yang sentiasa menjaga batas-batas pergaulan, tahu mana yang halal mana yang haram, jauhi segala maksiat dan dosa-dosa besar, tahu siapa dirimu, kenapa dirimu dilahirkan di bumi ALLAH ini dan yang tahu tanggungjawab kepada dirimu, agamamu, dan yang paling penting kepada ALLAH SWT...Semoga ilmu yang Fatihah perolehi dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat....

Ya ALLAH lindungilah anakku ini selalu kerana aku tidak mampu lindunginya.

p/s : maaf tak dapat memelukmu dan mencium mu dihari kelahiran mu. Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 tahun...Umie sayang kamu..sangat sangat sayang...

Monday, 19 March 2012

Izinkan Aku Pergi Dengan Penuh Redha...

Alhamdulilah..alhamdulilah..alhamdulilah..terima kasih kerana memberi aku peluang itu YA ALLAH..dan Kau juga maha mengetahui hatiku kini..disebalik kegembiraan ini terselit kesedihan yang perlu aku hadapi...susahnya menghadapi situasi ini jika melibatkan hati insan yang tersayang...tapi aku harap Kau permudahkan segala urusan ku kini dan akan datang...jika dengan izinMU...biarlah ia menjadi realiti..tapi aku tahu hanya KAU yang tahu apa yang terbaik bagi kami semua....itu hakikatnya...aku tidak bisa menolaknya....

YA ALLAH..izinkanlah ku pergi dengan penuh keredhaan...izinkan ku pergi bersama insan yang aku sayangi...izinkanlah YA ALLAH....

Sekiranya ia bukan seindah yang aku impikan..Kau terimalah hati ku ini yang memang hanya milik MU....

Tuesday, 13 March 2012

Terukir Di Bintang

Lirik ini khas untuk permata hati ku....Fatihah..Iskandar dan juga Zulqarnain...

Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu








p/s :  Percayalah sayangku ....Terukir di bintang...Tak mungkin hilang cintaku padamu...

Sunday, 11 March 2012

Bukan Senang Nak Senang...

Penatnya...sangat sangat penat tapi kalau tak berusaha mana nak dapat hasilnya kan...so kena la usaha lebih sikit kalau nak kehidupan berubah dengan lebih baik daripada sekarang kan...

Insya-ALLAH semoga rezeki berpihak kepada kami...kami telah berusaha....berdoa ...dan tawakkal..sekarang semoga ALLAH mengurniakan rezekinya kepada kami..

Buat sahabat sahabat diluar sana sama sama la kita berdoa semoga ALLAH sentiasa menberi kita rezeki tidak hanya pada wang ringgit tetapi juga kesihatan dan juga kebahagiaan...

Ok la nak sambung kerja lagi...break sekejap untuk melegakan badan dan otak supaya boleh kembali bekerja...

jumpa lagi....

Tuesday, 6 March 2012

Pesanan Untuk Dia..Jangan Sebut Namaku Lagi....

Mendengar pelbagai cerita..pelbagai versi..daripada pelbagai orang...hati ku tertanya -tanya...tak letihkah dia ingin mengambil tahu kehidupan ku lagi...susah ke membiarkan aku hidup sendiri dengan jalan yang telah ditakdirkan untuk ku...aku redha..kenapa dia tidak redha..kenapa masih berdendam...kenapa masih mempunyai perasaan benci sedangkan semuanya telah berlalu...biarkan ia menjadi sejarah dalam hidup...biarkan ia menjadi pengajaran dalam hidup kita...terimalah ia sebagai satu takdir yang telah ditulis untuk kita ketika kita masih di dalam rahim ibu...susah ke nak buat semua tu..hemmm....entah la rambut sama hitam hati lain lain...

Aku sedih..kecewa bahkan benci mendengar setiap kata - kata yang disampaikan kepada aku...cukuplah..cukup...pergilah jauh dari hidupku...aku dah beri apa yang kau mahu..aku dah berkorban demi sebuah kebahagiaan...jadi tolong tinggalkan aku mencari kebahagiaan mengikut acuan ku sendiri...kenapa perlu ingin mengambil tahu...mengapa ingin menceritakan keaiban orang lain sedangkan pada waktu yang sama kau sebenarnya telah membuka keaiban diri kau sendiri..jika tiada malu kepada orang sekeliling..malulah kepada ALLAH kerana DIA mengetahui apa yang terjadi....

Pergilah kau cari kehidupan kau sendiri...jangan biarkan diri kau lelah untuk mencari jalan atau usaha yang kau sendiri tahu ia salah...sangat salah..ingatlah ALLAH...DIA ada sentiasa melihat kita..melihat setiap kelakuan kau, aku dan hamba - hambanya yang lain...ingat ada malaikat yang menulis setiap apa yang kau lakukan..setiap apa yang kau lafazkan...jika engkau menafikan di dunia ini tak mengapa tetapi ingat di akhirat nanti kau tidak boleh menafikannya lagi....ingat... kau dan aku hanya hamba ALLAH.. Jika DIA ingin menarik kembali nyawa yang telah dipinjamkan sementara kepada kita semua...aku takut kita tidak sempat bertaubat..ingatlah janganlah hidup dipenuhi dengan dosa...banyaklah mencari keredhaan ALLAH...umur kita semakin meningkat..entah hari ini atau esok mahupun lusa pasti kita akan pergi jua menghadap ALLAH..ketika itu dah tak guna kalau kita menangis atau memohon kepada-NYA ...ketika DIA memberi kita peluang di dunia kita melupakan DIA....melanggar segala perintah-NYA...sebagai hamba allah..malulah kepada-NYA....

Kau ada tanggungjawab..jadi tolonglah amanah dengan tanggungjawab itu...bukan aku yang paksa kau memikulnya tapi kau sendiri yang memaksa aku melepaskan tanggungjawab itu...kerana apa biarlah ia menjadi rahsia antara kita tetapi kau kena tahu rahsia itu ALLAH jua mengetahuinya.....benarkan...itulah kenyataannya..

Tolong ....jangan sebut nama ku lagi...carilah kebahagiaan kau sendiri....

p/s: sedih sangat sangat :(

Monday, 5 March 2012

Jangan..Jangan..Jangan....


JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
 
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
 
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana ALLAH sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna
 
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
 
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
 
- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
 
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
 
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.
 
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
 
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
 
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
 
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
 
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
 
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam....


Friday, 2 March 2012

Rindunya Hatiku.....Bersabarlah ...

' Macam mana kau boleh buat semua nie', kata seorang sahabat..kau ada hati dan perasaan tak. Membiarkan mereka merindui kau. Dah lama kau tak ambil diorang, keras benar bunyi suaranya.

Aku yang dari tadi hanya merenung jauh sedikit tersentak. Tersentuh hati ku mendengarnya. Aku dikatakan tiada hati, tiada perasaan. Ya ALLAH hanya engkau mengetahui betapa berat rindu yang aku tanggung sekarang ni. Hanya engkau yang tahu hati ini sentiasa meronta untuk bersama mereka. Tapi aku tak boleh, tak boleh.

Kenapa kau senyap, tingkah sahabat ku. Aku hanya mampu melihat wajahnya. Satu keluhan sahaja yang kedengaran untuk meringankan bebanan ku sekarang. 

' Kau nak aku cakap apa. Sedangkan kau sendiri tahu hakikatnya. Kenapa nak mendesak aku lagi. Tolong fahami keadaan aku',.  Itu saja yang mampu aku katakan. Dan dia merenungku.Tersenyum sinis melihat aku bagaikan berputus asa. ' Aku faham keadaan kau tapi tak kan nak biarkan sahaja, macam tak ada apa - apa berlaku', katanya lagi.

' Habis kau nak aku buat apa. Balas balik apa yang dia dah buat kepada aku. Kalau macam itu sama saja aku dengan dia. Tak ada beza'. Tegas sedikit kedengaran suara ku. 

Aku dah nekad aku akan bersabar selagi aku mampu. Aku tahu ada hikmah yang terbaik untuk aku dan mereka satu hari nanti. Semoga kesabaran ku terbalas. Dan aku juga tahu jika aku ikutkan hati, mati dan ikutkan rasa, binasa. Jadi lebih baik aku ikut kata iman. Bersabar selagi mampu. Redha dengan apa yang berlaku dan sentiasa berdoa meminta perlindungan Yang Maha Esa. Itu yang aku mampu buat sekarang. 
Aku akui jika ikutkan hati ini ingin saja aku mendampingi mereka setiap kali aku bercuti. Ingin saja aku memeluk mereka setiap kali mereka bersama ku, meluahkan kata- kata yang aku merindui mereka setiap saat, setiap detik, setiap hari. 

Aku sendiri tak pasti selama mana teguhnya dinding kesabaran ku. Tapi aku sendiri kadang kala tertekan dengan keadaan sekeliling. Tertekan dengan pandangan masyarakat.Ingin saja aku menghilangkan diri daripada mereka semua tapi aku tahu itu mustahil. Nak tak nak aku kena hadapi semua nie. Kuat atau lemah aku kena jugak berdepan semua ini. Yang perit yang sakit hanya aku yang rasa. 

'Takpe la kalau kau sebagai sahabatku tidak memahami aku. Aku tak mengharapkan simpati sesiapa pun. Cukuplah jangan mendesak aku dengan soalan - soalan yang aku sendiri susah nak jawab'. Akhirnya aku bersuara lemah. Aku bangun dan memandangnya sambil tersenyum. 'Terima kasih kerana mengambil berat tentang kehidupanku'.

' Kau nak ke mana', tanyanya cuba menahan aku dari pergi. Tanpa menoleh aku menjawab ' Mencari ketenangan dan kekuatan',. Dia mengiringi perjalananku dengan pandangannya yang cukup kecewa. 

p/s: rindu sangat sangat :(