Friday, 2 March 2012

Rindunya Hatiku.....Bersabarlah ...

' Macam mana kau boleh buat semua nie', kata seorang sahabat..kau ada hati dan perasaan tak. Membiarkan mereka merindui kau. Dah lama kau tak ambil diorang, keras benar bunyi suaranya.

Aku yang dari tadi hanya merenung jauh sedikit tersentak. Tersentuh hati ku mendengarnya. Aku dikatakan tiada hati, tiada perasaan. Ya ALLAH hanya engkau mengetahui betapa berat rindu yang aku tanggung sekarang ni. Hanya engkau yang tahu hati ini sentiasa meronta untuk bersama mereka. Tapi aku tak boleh, tak boleh.

Kenapa kau senyap, tingkah sahabat ku. Aku hanya mampu melihat wajahnya. Satu keluhan sahaja yang kedengaran untuk meringankan bebanan ku sekarang. 

' Kau nak aku cakap apa. Sedangkan kau sendiri tahu hakikatnya. Kenapa nak mendesak aku lagi. Tolong fahami keadaan aku',.  Itu saja yang mampu aku katakan. Dan dia merenungku.Tersenyum sinis melihat aku bagaikan berputus asa. ' Aku faham keadaan kau tapi tak kan nak biarkan sahaja, macam tak ada apa - apa berlaku', katanya lagi.

' Habis kau nak aku buat apa. Balas balik apa yang dia dah buat kepada aku. Kalau macam itu sama saja aku dengan dia. Tak ada beza'. Tegas sedikit kedengaran suara ku. 

Aku dah nekad aku akan bersabar selagi aku mampu. Aku tahu ada hikmah yang terbaik untuk aku dan mereka satu hari nanti. Semoga kesabaran ku terbalas. Dan aku juga tahu jika aku ikutkan hati, mati dan ikutkan rasa, binasa. Jadi lebih baik aku ikut kata iman. Bersabar selagi mampu. Redha dengan apa yang berlaku dan sentiasa berdoa meminta perlindungan Yang Maha Esa. Itu yang aku mampu buat sekarang. 
Aku akui jika ikutkan hati ini ingin saja aku mendampingi mereka setiap kali aku bercuti. Ingin saja aku memeluk mereka setiap kali mereka bersama ku, meluahkan kata- kata yang aku merindui mereka setiap saat, setiap detik, setiap hari. 

Aku sendiri tak pasti selama mana teguhnya dinding kesabaran ku. Tapi aku sendiri kadang kala tertekan dengan keadaan sekeliling. Tertekan dengan pandangan masyarakat.Ingin saja aku menghilangkan diri daripada mereka semua tapi aku tahu itu mustahil. Nak tak nak aku kena hadapi semua nie. Kuat atau lemah aku kena jugak berdepan semua ini. Yang perit yang sakit hanya aku yang rasa. 

'Takpe la kalau kau sebagai sahabatku tidak memahami aku. Aku tak mengharapkan simpati sesiapa pun. Cukuplah jangan mendesak aku dengan soalan - soalan yang aku sendiri susah nak jawab'. Akhirnya aku bersuara lemah. Aku bangun dan memandangnya sambil tersenyum. 'Terima kasih kerana mengambil berat tentang kehidupanku'.

' Kau nak ke mana', tanyanya cuba menahan aku dari pergi. Tanpa menoleh aku menjawab ' Mencari ketenangan dan kekuatan',. Dia mengiringi perjalananku dengan pandangannya yang cukup kecewa. 

p/s: rindu sangat sangat :(









2 comments:

  1. dugaan mu sangt berat....berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul....walaupun kata2 ini telah acapkali didengari, namun kata2 ini jualah yg harus aku ungkapkan...bersabarlah dan tabahlah menghadapi ujian ini. Allah maha mengetahui, dan Allah tahu yang engkau mampu mengatasinya....

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...sebenarnya saya tak kuat tetapi saya perlu kuat untuk anak-anak saya...Terima kasih kerana memahami dan memberi kata kata semangat ..saya amat menghargainya...

    ReplyDelete