Friday 29 August 2014

Kata Hikmah Untuk Ku



Jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.


Kata-kata ini cukup memberi makna dalam hidupku ketika aku telah kehilangan segalanya tapi aku sentiasa yakin dan percaya ALLAH SWT sentiasa berada bersama- sama ku...tidak pernah melupakan hambaNYA ini...

Ya ALLAH..izinkan aku mencintaiMU melebihi apa yang ada di dunia ini kerana seisi dunia ini adalah milikMU yang mutlak...
 

Tuhan..Jaga Dia Untuk Ku


Aku memiliki sepasang mata,

Tetapi tidak pernah dapat melihat dirimu.

Aku memiliki sepasang tangan,

Tetapi, aku juga tidak dapat selalu melindungimu.

Namun aku memiliki sekeping hati,

yang selalu berdoa untukmu...



Sayang kalian sentiasa...Tuhan ...Jaga Dia Untuk Ku