Tuesday 24 September 2013

Duit Oh Duit

Assalamualaikum...fuhhh...agak mencabar kehidupan akhir-akhir ini...masalah tak habis habis...bermula dengan kehilangan duit mak di dalam maybank...bukan sedikit..RM600 ...adoiii..masalahnya duit itu daripada aku lak tu..hemmm memang agak kecewa..bukan sekali tetapi dah berkali kali duit hilang dari akaun orang tua aku tu..dah buat laporan tetapi..hemmm tiada apa apa perkembangan..asyik asyik dalam siasatan...entah lah..kalau aku artis agaknya cepat je kes nie selesai kot...so terpaksa la korek duit lain untuk diganti dan diberi kepada mak...

Dan khabar yang tak mengembirakan..along kata mak ada darah beku dibahagian kepala..Agaknya sebab kesan daripada kemalangan yang pernah berlaku 15 tahun dahulu..memang teruk keadaan mak masa tu...bertahun tidak boleh berjalan..bila dah baik berjalan menggunakan tongkat...rasanya hentakan di kepala ketika jatuh dahulu...sebab mak kata dia tak ada pulak jatuh baru baru nie...Ya Allah...risau gak hati ...dah la mak duduk seorang di Kedah sana..dah la jauh....KL Kedah bukannya dekat ...so apa yang boleh kami buat..kena la mak berubat dan mendapat rawatan di sini saja..tapi kena la pujuk mak tu..mak bukannya suka masuk hospital..lagipun dia memang tak suka nak duduk wad...agaknya sebab ada pengalaman berbulan-bulan jadi penghuni tetap wad hospital dahulu kot...agaknya itu yang buat mak fobia...harap harap adik yang berada di Parit Buntar boleh balik selalu tengok tengok kan mak tu...hemm kalau nak rawatan cepat kena la ke hospital swasta..so along kita kena standby duit ...takpe duit boleh dicari...mak tak ada galang gantinya..betul tak..semoga Allah memberi kita jalan terbaik dan permudahkan segala urusan kita...

Dan minggu lepas terima call mengatakan aku tak bayar duit kereta...dua bulan lak tu..biar betul..tiap tiap bulan dibayar..yang pelik tu ini kali ketiga benda yang sama berlaku dalam setahun...dan kali ini bila dapat call macam tu memang aku cool abis....malas nak bertekak...beri jugak cadangan supaya check betul betul semua traksasi..mesti ada kesilapan sebab benda yang sama sentiasa berlaku..aku yakin semuanya dah selesai..kalau tidak tak kan aku dapat surat untuk renew insurans dan road tax...dah la dia kata memang aku tak bayar....siap suruh aku bayar untuk 3 bulan supaya kereta tak kena tarik...gila ke apa..dan semalam alhamdulilah selesai..pihak mereka mengaku berlaku kesilapan dalam dokumentasi mereka..lewat di update katanya...adoii la..macam mana korang buat kerja...kalau orang gomen mesti kata tak buat kerja..mengelat..banyak lepak kat kantin..so ini swasta weeiii...tak efisen...nasib baik pihak maybank kata aku tak perlu bayar kos kos lain akibat 'bayaran tertunggak' tu...sabar je la...dugaan betul...

Dan semalam renew insurans dan road tax...duit lagi...sabar je la...nasib baik kat ofis ni kitorang main duit kutu...memang aku dah setkan duit kutu tu untuk insurans dan road tax...alhamdulilah..tak la terasa terbeban sangat..kalau tak ..mesti pening kepala...dan bermakna ..hari ini dah setahun kereta tu aku miliki...perjalanan masih jauh nak membayarnya setiap bukan hehehehehe

Duit ..duit ..duit...semuanya memerlukan duit..dan bulan ni..memang agak kering poket aku...nasib baik esok dah gaji..kalau hujung bulan ..parah jugak aku...

Jika dulu agak mengelabah jugak kalau tak berduit..tetapi sekarang dah semakin tenang menghadapi saat saat kritikal macam nie..alhamdulilah...memang duit penting dalam kehidupan kita tetapi kalau kita yakin dan berserah kepada Allah...InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya...biar DIA yang menentukan jalan kehidupan ku seharian...aku redha...tetapi aku tetap berusaha untuk mencari rezeki Nya di dunia ini...itu penting jugak..kalau hanya menadah tangan dan mengharap duit jatuh ke riba pun tak boleh jugak..so berusaha..tawakal..redha....dan sentiasa berdoa ..semoga Allah permudahkan segalanya...

jumpa lagi...


Friday 13 September 2013

Wahai Anakku....

Wahai anakku
Setiap manusia telah ditentukan lorong rezekinya oleh Allah. Sekiranya kamu telah menemui lorong tersebut, istiqamahlah kamu di atasnya kerana itulah lorong rezekimu. Jangan sesekali kamu dengki dengan orang yang lebih darimu, kerana Allah telah tentukan bahagian masing-masing sejak alam rahim lagi.



Wahai anakku,
Orang yang tamak akan ditipu oleh dunia, sehingga tiada masa dengan Allah. Kesibukannya mencari rezeki di dunia menyebabkan penilaiannya turut berubah. Ia memandang besar apa yang ada di dunia, sehingga segala yang disediakan oleh Allah di akhirat dianggap kecil. Ketahuilah wahai anakku, perumpamaan dunia hanyalah sekadar mana air lautan yang melekat di jari yang dicelup dalam lautan, sedangkan akhirat ialah sebanyak mana air laut itu.

Wahai anakku,
Tentulah kamu rasa pelik bilamana ada manusia yang hanya berebut sesuatu yang sedikit di dunia ini, sedangkan yang lebih banyak dan kekal di akhirat dibiarkan.

Wahai anakku,
Janganlah kamu termasuk dalam kelompok yang ditipu oleh dunia, sedang ia semakin jauh dengan nikmat sebenar di akhirat. Mereka sanggup bertungkus-lumus mengejar sesuatu yang akan luput sehingga tiada masa dengan Allah. Sedarilah wahai anakku, sesiapa yang tiada masa dengan Allah, nescaya Allah tiada masa untuknya.


Wahai anakku,
Selagi mana kamu memelihara segala hak Allah, nescaya Allah memelihara hak kamu. Apakah kamu bimbang terhadap rezekimu lagi, sedangkan yang memeliharamu ialah Allah yang dalam gengamanNya segala kekayaan dunia dan isinya.

Wahai anakku,
Rasulullah dan para sahabat pernah dipulau, disisih, dikenakan sekatan ekonomi, ditekan dari sudut kebendaan agar meninggalkan ajaran Islam; musyrikin menyangka Baginda dan Islam akan padam dengan tekanan itu. Namun, Allah rezekikan yang lebih baik dari apa yang golongan musyrikin sangka. Kerana itu, aku tidak bimbang sedikitnya rezekimu namun apa yang aku bimbang kamu kaya dengan yang haram, menyebabkan segala keberkatan dan rahmat Allah akan tercabut dari kamu.

Wahai anakku,
Bilamana keberkatan hartanya hilang, maka segala harta akan merosakkan dirinya, atau keluarga dan anak-anaknya. Kerana itu jangan kamu taajub kepada seseorang yang dikurniakan harta yang banyak dari sumber yang haram, kerana kalau mereka sedekah, ia ditolak oleh Allah, kalau ia berbelanja, maka haram pembelian dan perbelanjaannya, dan sekiranya diguna oleh warisnya, maka ia menambahkan azab kepada pemiliknya di alam barzakh.

Wahai anakku,
Istiqamahlah kamu dengan Surah al-Waaqi’ah dan solat dhuha, nescaya Allah murahkan rezekimu yang penuh dengan keberkatan. Janganlah kamu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, kamu akan kecewa; tetapi haraplah apa yang ada di tangan Allah, kerana ia lebih baik dan lebih kekal.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, jauhi kami dari rezeki yang haram dan merosakkan kami, dan jadilah kami orang yang mengharap dariMu bukan kepada makhlukMu. Amin.

Senyum


info dari Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

p/s  : semoga satu hari anak anak ku akan membacanya...dan ketahuilah perjalanan kita bukan bermula di sini tetapi di akhirat kelak..kerana disitu lah kehidupan abadi untuk yang mengetahui dan menjumpai jalan menuju fitrah diri...

Tuesday 10 September 2013

Indahnya Nikmat Ini

Assalamualaikum...indahnya nikmat dan rahsia Allah ini...kerana itu DIA sentiasa merahsiakan apa yang akan berlaku pada hambaNya...tetapi apabila ia dirasai ...hambaNya itu sendiri akan merasai keindahannya...

Siapa yang mahu hidup dilanda kecewa..tanyalah kepada sesiapa pun...pasti ada yang tak sanggup hidup yang penuh dengan masalah..tetapi di dunia ini memang penuh masalah..penuh dugaan...nak berjaya lepaskanlah dahulu semua dugaan dan ujian yang diberi dengan jayanya..baru anda boleh kecapi kejayaan...nak syurga ...jauhi neraka...bagaimana....jauhi perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada neraka...menjerumuskan diri kepada neraka...sesungguhnya ia adalah tempat yang paling menakutkan jika kita mengetahui kebenarannya... semoga Allah memilih kita ke syurgaNya...aamiinn..memang benar..kesabaran adalah kuncinya...sabar dan redha..memang susah untuk mendapatnya..tetapi Insyaallah pasti boleh jika kita boleh menundukkan nafsu kita...

Dan akhir-akhir ini ..sentiasa mimpi perkara yang sama...tak tahu apa ertinya..tapi pasti ada hati yang sedang merindui...diriku dan mereka..dan hanya mimpi yang menemukan kami...jadilah..sekurang-kurangnya terubat rasa rindu yang sesak di dada ni...

Dan aku tetap gembira kerana kini hidupku sentiasa ada yang menemani walaupun hanya bertemu di sebalik dinding tak bernyawa...kak lang sayang abah....