Sunday, 1 April 2012

Yang Lalu, Biarlah Berlalu ( La Tahzan )


Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kerana berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagiaan dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ia memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi - mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang - bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi?

Dengan kembali masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan perkara tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Smuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya menukar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnyake belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

p/s: kerana itu aku tidak akan kembali ke masa lalu..biarlah aku teruskan langkah perjalanan hidupku ke hadapan...yang penting aku ingin mencari keredhaan ALLAH S.W.T...kerana aku ingin kembali kepada NYA sebagai hamba Allah yang mendapat keredhaanNYA...

No comments:

Post a Comment