Thursday 16 August 2012

Selamat Menyambut Kedatangan Syawal 1433H

Assalammualaikum..buat semua sahabat..

Alhamdulilah...hari ini dah masuk malam 27 Ramadan....lagi tiga hari kita akan menyambut 1 Syawal 1433H bersamaan hari Ahad...dan kita akan meninggalkan Ramadan dan menanti kedatangan Ramadan untuk tahun depan, namun kita tak tahu samada sempat ataupun tidak tahun hadapan kan..hanya ALLAH Yang Maha Mengetahuinya kerana tarikh kematian kita adalah satu rahsia yang dipegang oleh ALLAH SWT pencipta kita...

Saya teringat kata kata tok guru saya..di bulan Ramadan merupakan bulan yang mengajar kita lebih bertakwa dengan ALLAH SWT...dan bulan seterusnya hendaklah kita meneruskan ketakwaan tersebut..jangan berhenti...jangan hanya mengharapkan kedatangan Ramadan untuk mengubah sikap kita..tetapi ia perlu berterusan seumpama setiap hari dan setiap bulan itu adalah Ramadan. Ya dan itulah aku harapkan malah semua umat umat Islam di dunia ini..sentiasalah bertakwa dan beriman kepada Pencipta kita tanpa ada batasan waktu dan masa...carilah hidayah itu bukan hanya di bulan Ramadan...

Sedih meninggalkan Ramadan namun kebahagiaan Syawal menanti kita...Tanpa kad raya kertas mahupun elektronik saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL 1433H...semoga kalian sahabatku dan saudara Islamku maafkan segala dosa dosa ku...maafkan segala kekhilafan yang telah ku lakukan selama perkenalan kita di alam nyata mahupun di alam maya...kerana sesungguhnya keburukkan itu datangnya dari diriku sendiri...untuk semua saya sayang kalian...semoga kita dipertemukan sekali lagi dengan RAMADAN 1434H nanti...Dan saya Syawal ini amat bermakna kerana dapat merainya dengan permata hati kerana tahun ini adalah giliran mereka beraya bersama umie mereka dan ku doakan mereka bahagia selalu dan gembira beraya bersama keluarga ....

p/s: tak sabar menanti Syawal...


Saturday 11 August 2012

RTM Merdeka Raya 2012

Hari ini ada gotong royong memasak bubur lambuk.Macam biasalah bila Ramadan menjelma tradisi memasak bubur lambuk di masjid mesti diadakan. Alhamdulilah rezeki umat Islam yang berpuasa. RTM juga mengadakan majlis gotong royong memasak bubur lambuk sempena Merdeka Raya 2012. Bubur lambuk ini diedarkan untuk jemaah solat Jumaat di Masjid RTM dan juga untuk kakitangan RTM.

Sempat juga la ambik gambar gambar suasana ketika majlis berlangsung. Alhamdulilah seronok melihat kerjasama dan kemesraan antara kakitangan RTM walaupun kami semua nie datang dari unit unit yang berlainan dan ada yang tidak mengenali antara satu sama lain tetapi dengan majlis macam nie dah terasa macam satu keluarga besar. Inilah kelebihan amalan bergotong royong kan...









Dan akhirnya kami semua keletihan dan ketiduran. Namun hasilnya memang bubur lambuk nie sedap.



Sunday 5 August 2012

Cebisan Coretan Olimpik 2012

Ramai yang bersedih hari ini sebab Malaysia gagal memperolehi pingat emas yang pertama melalui pertandingan badminton dan sudah pasti Dato' Lee Chong Wei adalah harapan semua rakyat Malaysia. Dan saya memang menitis airmata apabila DLCW gagal memenangi permainan tersebut tetapi secara peribadi inilah permainan yang terbaik ketika menentang Lin Dan untuk tahun 2012.

Saya tidak berhenti-henti berdoa Chong Wei memenangi permainan ini. Saya teringin melihat wajah kekecewaan Lin Dan tetapi sayangnya saya yang melihat DLCW kecewa...sungguh kita jarang melihat wajah dia kecewa selepas mengalami kekalahan dan hari ini dia benar-benar kecewa...mana taknya ini adalah kejohanan Olimpik dia yang terakhir..DLCW sudah menyuarakan hasrat beliau untuk bersara. Hemmm saya terus terfikir siapalah selepas ini mewarisi kehebatan Chong Wei digelanggang antarabangsa...siapa..tiada satu pun nama di fikiran saya bermakna adakah Malaysia kekurangan pemain gantian dan negara kita hanya ada DLCW...atau saya yang tidak mengetahui perkembangan sukan bandminton negara...

Takpe la..InsyaALLAH semoga akan ada seorang bintang muda yang dapat meneruskan legasi kehebatan pemain Malaysia di peringkat antarabangsa dalam acara badminton...jika dulu kita selalu dengar Malaysia hanya juara kampung namun dengan adanya nama nama besar dipersada antarabangsa Malaysia telah buktikan juara kampung juga boleh terkenal di peringkat antarabangsa...

Buat Dato' Lee Chong Wei ..tahniah anda telah bermain dengan semangat Malaysia sebentar tadi...itulah permainan sebenar anda kerana anda tidak mengaku kalah sehingga saat saat terakhir..hanya rezeki tidak memihak kepada Malaysia untuk memperolehi emas...sekurang-kurangnya anda memecahkan rekod Malaysia untuk tersenarai dalam negara negara yang memperolehi pingat untuk negara. Syabas....

p/s: jom tgk Azizul Hasni ...dan tunggu 100m lelaki akhir..