Tuesday 18 August 2015

Alahai Hutang PTPTN...

Assalammualaikum...

Sehari dua ni panas cerita tentang pinjaman pelajaran PTPTN...mana tidaknya...peminjam PTPTN yang tidak membayar secara konsisten akhirnya akan dipotong gaji setiap bulan untuk melangsaikan hutang pinjaman pelajaran mereka...kesian jugak Cik Mass dengar bila semuanya merungut kerana potongan setiap bulan bukan sedikit..dua tiga ratus jugak katanya...

Dengan keadaan sekarang Cik Mass rasa memang terkesan jugak la nak membayarnya...dengan gst lagi...dengan harga barang semakin tinggi berbanding 5 atau 10 tahun dulu...

Teringat pulak Cik Mass tentang soalan ketika ditemuduga untuk naik pangkat...dan ketika itu isu tentang PTPTN menjadi isu hangat dan salah satu isu ketika musim pilihan raya yang ke-13...penemuduga bertanyakan apakah pendapat Cik Mass tentang isu tersebut..dan jawapan Cik Mass ketika itu ialah tidak perlu dihapuskan pinjaman tersebut tetapi kerajaan perlu mengkaji kembali persen yang dikenakan terhadap amaun pinjaman kerana ia sedikit sebanyak membebankan peminjam dan Cik Mass cadangkan kerajaan membuat potongan pinjaman sekiranya student melepasi tahap yang baik dan memuaskan. Cik Mass memberi contoh seperti pinjaman JPA yang Cik Mass ambik..Cik Mass dapat potongan 75% dari jumlah pinjaman dan hanya perlu membayar RM4000 sahaja daripada keseluruhan pinjaman atau memberi intensif sekiranya peminjam membayar secara konsisten atau awal. 

Tetapi sayang pendapat dan cadangan Cik Mass ketika itu ditempelak oleh seorang penemuduga (wanita) mengatakan cadangan Cik Mass seperti bersetuju dengan pihak pembangkang untuk menghapuskan PTPTN dan dia mengatakan hutang perlu dibayar...adoiiii..masa tu Cik Mass tarik nafas panjang dan meneruskan pendapat dengan mengatakan tak semua student yang keluar terus mendapat kerja apatah lagi kebanyakan majikan inginkan pekerja yang mempunyai pengalaman..kalau dah fresh graduate macam mana nak bekerja setelah 6 bulan keluar dari universiti mahupun kolej...dan Cik Mass kata cadangan ini sebenarnya baik dan tidak perlu dihapuskan PTPTN tetapi kerajaan perlu membantu dan meringankan peminjam...

Yang pasti Cik Mass gagal dalam temuduga tersebut hahahaha....takde rezekikan..tak apa la...tapi akhirnya cadangan Cik Mass ketika ditemuduga akhirnya diaplikasikan sekarang kan...hahahaha...bunga untuk pinjaman telah dikurangkan...insentif untuk peminjam bayar habis diberi 20% dan peminjam yang konsisten membayar setiap bulan 10%. Kan betul cadangan Cik Mass tu walaupun apa yang kerajaan buat tu bukan atas cadangan Cik Mass pun...Cik Mass memberi cadangan berasaskan pemikiran profesional..ceeewahhh...profesional la sangat Cik Mass ni hahahaha

Memang kerajaan kena fikir bagaimana nak menggalakkan peminjam bayar hutang pinjaman macam sekarang...potong gaji..ahhh kali ni tiada siapa yang dapat lari daripada membayar hutangkan...bagus cadangan ni walaupun nampak terpaksa tapi rasanya PTPTN dah beri banyak masa untuk peminjam bayar balik pinjaman tu...ada peminjam yang dah berkawin dan beranak pinak pun...ada juga yang berpangkat tinggi pun masih tak bayar hutang...kita kena ingat...orang lain pun nak sambung belajar jugak..orang lain pun nak pinjam duit PTPTN...kalau tidak dibayar...bagaimana kita nak bantu mereka...kan kan

Cik Mass tertarik dengan cadangan seorang rakan FB Cik Mass...dia mencadangkan pegawai kerajaan yang enggan membayar PTPTN tidak perlu dinaikkan pangkat atau diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana gagal membayar PTPTN...cadangan ni Cik Mass setuju gak...tapi kalau cadangan menahan kenaikan gaji tahunan tu Cik Mass tak berapa la setuju...sebab kalau gaji tak naik macamana nak bayar hutang kan hehehehe...bagus cadangan kau Effa...

So nak tak nak hutang yang telah diambil perlulah dibayar..secara rela atau dipaksa...kena bayar jugak..redha je la....dan Cik Mass bersyukur Cik Mass dan lama selesai bayar hutang belajar dengan JPA dan Cik Mass bersyukur tak ambik PTPTN pada akhir tahun kedua sebab masa tu PTPTN baru sahaja diperkenalkan dan kami ditawarkan PTPTN walaupun pelajar sudah dapat pinjaman JPA atau MARA...kadang kala jeles gak bila tengok member yang ambil PTPTN ketika itu mewah berbelanja namun akhirnya Cik Mass rasa inilah keputusan bijak yang Cik Mass buat..biarlah tak mewah ketika itu janji tak berhutang seumur hidup...Alhamdullilah.

Salam Sayang Buat Semua 



No comments:

Post a Comment