RAHSIA DI SEBALIK PANGKAL HURUF NAMA KITA
~huruf A~
> Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah
berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan
perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
~huruf B~
> Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan
penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya sangat mudah tersinggung.
~huruf C~
> Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di
kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
~huruf D~
> Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat
bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai
cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai
orang lain.
~huruf E~
> Pandai dan penuh
pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila
hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan
boleh membuatkan hati orang lain terluka.
~huruf F~
> Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras
kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati
bila berbelanja.
~huruf G~
> Kerap murung dan
bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika
rakannya sedang tekun.
~huruf H~
> Mudah
simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang
lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan
bercita-cita terlalu tinggi.
~huruf I~
> Suka
memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan
cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
~huruf J~
> Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak
tegas.
~huruf K~
> Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia.
~huruf L~
> Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka
bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
~huruf M~
> Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka
akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya boros dan keras kepala.
~huruf N~
> Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan
tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah
bersedih hati dan kurang percaya diri.
~huruf O~
> Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka
memilih teman.
~huruf P~
> Pandai berjenaka
dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan
sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
~huruf Q~
> Setia dan mudah memaafkan orang
lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar
diatur dan mudah emosi.
~huruf R~
> Pendiam
dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan
bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar
mengawal bicara ketika marah.
~huruf S~
>
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang
suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
~huruf T~
> Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan
buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.
~huruf U~
> Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang
lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata
jika berbicara didepan orang ramai.
~huruf V~
> Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain
itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan
cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
~huruf W~
> Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi
yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi
hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
~huruf X~
> Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah
tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
~huruf Y~
> Pendiam dan tidak suka menonjolkan
diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah
sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
~huruf Z~
>Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
p/s : betul atau tidak...
No comments:
Post a Comment