Monday 14 May 2012

Selamat Hari Lahir Zulqarnain...Umie Sayang Adik...

Genap sudah umurmu 3 tahun...Selamat Hari Lahir Muhammad Zulqarnain Shah...maaf tiada hadiah, tiada ucapan malah tiada ciuman dipipimu tahun ini sayang....maafkan umie...bukan tak sayang...apatah lagi melupaimu tapi keadaan belum mengizinkan umie untuk bersamamu...

13 Mei....kelahiran ditarikh keramat....malah ada yang takut dengan tarikh ini kerana disebalik tarikh ini peristiwa 13 Mei 1969 dikenang sebagai titik hitam krisis perkauman di Tanah Melayu ketika itu...namun tarikh ini yang menjadi detik sejarah kelahiranmu...semoga anakanda mempunyai semangat yang kuat untuk mengharungi kehidupan yang penuh dugaan...penuh liku dan penuh warna..putih mahupun hitam...atau kehidupanmu dipenuhi warna - warna pelangi...cantik dan indah tetapi ingatlah anakku pelangi itu tidaklah kekal begitu juga dengan kehidupan ini ...mati itu pasti..hidup InsyaALLAH...jadi penuhilah kehidupanmu ini dengan keberkatan di dunia dan di akhirat kerana kedua- duanya penting supaya kehidupanmu dialam sana lebih bermakna...

Anakanda...umie tahu tangan ini tidak lama mengasuhmu...maafkan umie..semoga satu hari nanti engkau memahami mengapa ia terjadi...maafkan umie kerana tidak dapat mencurahkan kasih sayang secara dekat namun percayalah anakku..doa umie sentiasa ada untukmu...supaya dirimu sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT selalu...sentiasa bahagia walaupun tiada umie di sisimu...ketahuilah sayangku umie sentiasa merindui dirimu..merindui senyumanmu..merindui keletah manjamu...umie sangat merindui pelukanmu...sangat sangat merinduimu...

Dan 13 Mei hari ini adalah Hari Ibu...dan umie sebagai ibu mengharapkan anak anak umie sentiasa menjadi anak anak yang soleh dan solehah...menyenangkan hati umie...memberi kebahagiaan dalam kehidupan umie...Ya ...terlalu banyak yang umie inginkan dari anak anak umie...dan biarlah umie memohon kepadaNYA supaya DIA mendengar permintaan umie untuk anak anak umie...dan KAU bantulah aku YA ALLAH...merealisasikan setiap impianku untuk anak anak ku...hanya ENGKAU yang berhak menentukan jalan yang terbaik dalam kehidupan anak anak ku...dan sebagai hambaMU aku hanya mampu memohon dan berusaha dan semoga ENGKAU memberi aku kemudahan dan pertolongan dalam kehidupan kami YA ALLAH...

Untuk anakandaku Zulqarnain...semoga dirimu sentiasa menjadi insan yang bertakwa...insan yang mengenali siapa dirimu...insan yang tahu tanggungjawabmu di dunia ini dan juga diakhirat...jagalah kakakmu baik baik...sentiasalah bersama abangmu...jadilah adik yang disayangi oleh kakak dan abangmu kerana engkau adalah pendamai kedua - duanya...malah kekuatan mereka untuk terus bersatu...itu ada padamu wahai anakku...umie tahu jika umie pisahkan kalian pasti kakak dan abangmu akan sentiasa sedih dan kehidupan mereka tidak ceria....kerana itu InsyaALLAH kalian bertiga akan umie jaga juga satu hari nanti...bersabarlah sayang kerana umie percaya lambat atau cepat kalian akan menjadi hak umie kembali kerana janji ALLAH itu benar..dan DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA....dan ketika ini yang mampu umie lakukan hanya memohon padaNYA supaya memudahkan segala urusan umie...InsyaALLAH ...

Buat Zulqarnain..umie sayang dirimu... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...dah besar anak umie...umie rindu senyumanmu itu...