Hari ini ada gotong royong memasak bubur lambuk.Macam biasalah bila Ramadan menjelma tradisi memasak bubur lambuk di masjid mesti diadakan. Alhamdulilah rezeki umat Islam yang berpuasa. RTM juga mengadakan majlis gotong royong memasak bubur lambuk sempena Merdeka Raya 2012. Bubur lambuk ini diedarkan untuk jemaah solat Jumaat di Masjid RTM dan juga untuk kakitangan RTM.
Sempat juga la ambik gambar gambar suasana ketika majlis berlangsung. Alhamdulilah seronok melihat kerjasama dan kemesraan antara kakitangan RTM walaupun kami semua nie datang dari unit unit yang berlainan dan ada yang tidak mengenali antara satu sama lain tetapi dengan majlis macam nie dah terasa macam satu keluarga besar. Inilah kelebihan amalan bergotong royong kan...
Dan akhirnya kami semua keletihan dan ketiduran. Namun hasilnya memang bubur lambuk nie sedap.
No comments:
Post a Comment