Ramai yang bersedih hari ini sebab Malaysia gagal memperolehi pingat emas yang pertama melalui pertandingan badminton dan sudah pasti Dato' Lee Chong Wei adalah harapan semua rakyat Malaysia. Dan saya memang menitis airmata apabila DLCW gagal memenangi permainan tersebut tetapi secara peribadi inilah permainan yang terbaik ketika menentang Lin Dan untuk tahun 2012.
Saya tidak berhenti-henti berdoa Chong Wei memenangi permainan ini. Saya teringin melihat wajah kekecewaan Lin Dan tetapi sayangnya saya yang melihat DLCW kecewa...sungguh kita jarang melihat wajah dia kecewa selepas mengalami kekalahan dan hari ini dia benar-benar kecewa...mana taknya ini adalah kejohanan Olimpik dia yang terakhir..DLCW sudah menyuarakan hasrat beliau untuk bersara. Hemmm saya terus terfikir siapalah selepas ini mewarisi kehebatan Chong Wei digelanggang antarabangsa...siapa..tiada satu pun nama di fikiran saya bermakna adakah Malaysia kekurangan pemain gantian dan negara kita hanya ada DLCW...atau saya yang tidak mengetahui perkembangan sukan bandminton negara...
Takpe la..InsyaALLAH semoga akan ada seorang bintang muda yang dapat meneruskan legasi kehebatan pemain Malaysia di peringkat antarabangsa dalam acara badminton...jika dulu kita selalu dengar Malaysia hanya juara kampung namun dengan adanya nama nama besar dipersada antarabangsa Malaysia telah buktikan juara kampung juga boleh terkenal di peringkat antarabangsa...
Buat Dato' Lee Chong Wei ..tahniah anda telah bermain dengan semangat Malaysia sebentar tadi...itulah permainan sebenar anda kerana anda tidak mengaku kalah sehingga saat saat terakhir..hanya rezeki tidak memihak kepada Malaysia untuk memperolehi emas...sekurang-kurangnya anda memecahkan rekod Malaysia untuk tersenarai dalam negara negara yang memperolehi pingat untuk negara. Syabas....
p/s: jom tgk Azizul Hasni ...dan tunggu 100m lelaki akhir..
No comments:
Post a Comment