Sunday, 1 April 2012
La Tahzan...Jangan Bersedih
Ketika ini buku La Tahzan ini menjadi teman untuk mengisi ruang dan masa...siapa yang tidak pernah berasa kesedihan dalam hidupnya...setiap hari kita akan merasa kebahagiaan dan juga kesedihan...mungkin hari ini kita bergembira dengan nikmat ALLAH dan sudah pasti akan ada juga kesedihan yang melanda diri keesokkan harinya...jadi buku ini boleh kita jadikan panduan dan menambah ilmu pengetahuan kita ....Saya petik kata kata penulis yang menterjemahkan karya asal penulis ini iaitu Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
Jangan bersedih, kerana qadak telah ditetapkan. Sesuatu yang telah ditakdirkan telah terjadi, pena -pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipatkan dan setiap perkara telah ditetapkan. Kesedihan anda tidak akan dapat mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangkan apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman. Menyelubungi matahari agar tidak terbit. Memutarkan jarum jam kembali ke masa lampau, mengundurkan ke belakang dan mengembalikan aliran air sungai kepada sumbernya semula.
Jangan bersedih, kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah di mana mana, mengubah cuaca langit dan mencacatkan keindahan bunga - bunga yang sedang mekar berseri di taman.
Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya ke laut dan mengalir kembali ke laut. Dia juga ibarat seorang wanita yang menguraikan tenunan yang kuat pintalannya, ibarat seorang musafir yang meniup bejana kulit yang berlubang-lubang atau ibarat seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.
Jangan bersedih, kerana usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu, jangan persiakan usia anda dalam kesedihan. Jangan biarkan malam - malam anda dalam kecemasan. Jangan tukarkan kebahagiaan dengan ketakutan dan jangan sia-siakan waktu anda yang masih bersisa. Kerana sesungguhnya ALLAH tidak sukakan mereka yang mempersiakan masa dan waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment