Friday, 21 October 2011

Teguh Ku Berdiri Dengan Adanya Kamu..Tongkatku...


Tongkat ini pernah aku buang... 
ketika aku sudah gagah berdiri...
Tongkat ini pernah aku lontar jauh ... 
kerana aku sudah boleh berlari....
Tongkat ini telah aku lupakan dalam diari hidupku....
Kerana bagiku ia tak bermakna lagi...

Dan kini aku kembali tempang...
Dan kini aku kembali merangkak..
Dan kini aku tak bisa berlari jauh lagi...
Dan akhirnya aku dibiar sendiri...

Ketika ini... tongkat ini datang lagi....
tanpa perasaan marah mahupun benci ...
meminta untuk memimpin aku...
Ketika ini... tongkat ini ....
kembali menarik aku berdiri..
tanpa ada dendam dihati...

Biar tak segagah dulu ...
biar tak sekuat dulu...
tapi tongkat ini tetap setia disisi....

Aku menjadi malu.....
kerana pernah membiarkan tongkat ini terluka kerana aku...
Dan padamu tongkat yg sentiasa setia kepada tuannya...
Akan aku jaga dirimu...
seperti mana kau menjaga diriku...
Akan aku menyayangi dirimu ...
sebagaimana kau mencintaiku ...
Dan aku ingin kau tahu aku mencintaimu ....
kerana ALLAH YANG SATU...

Ketika ini tongkat ini kesakitan...
Ketika ini tongkat ini menderita...
Namun aku ingin kau tahu wahai tongkatku...
aku ingin menjadi tongkat mu pula.....
Menjadi kekuatan untuk kau terus berdiri.....
seperti aku

No comments:

Post a Comment