Aku skrg masih dlm dilema....dh berbulan aku memikirkannya tapi masih ada perasaan berbelah bagi..perasaan celaru...ishhh boleh ke aku buat..x sekerat jln ke...teringat aku kpd perbualan antara sahabat ku..
" dah bersedia ke nak meninggalkan semua tu"...katanya.
dan aku hanya merenung dia sahaja sambil melepaskan satu keluhan yg dlm...bagaikan mengerti hati ku..dia hanya tersenyum ....
" untuk dptkan sesuatu perlu lepaskan sesuatu...itulah pengorbanan namanya...Nabi Muhammad kita juga
byk melakukan pengorbanan utk menegakkan syiar islam...sanggup beliau berhijrah ke Madinah dan akhirnya beliau kembali semula ke Mekah dengan kemenangan yg besar", katanya lembut ku dengar ....
ketika ini aku masih mencari kekuatan untuk melakukannya....dan dua tiga hari ni bagaikan aku mendapat petunjuk....secara tiba tiba..tanpa aku menggoogle lama web nie...keluar di laptop ku...terdetik jugak mcm mana tiba tiba jer ada di depanku...aku meneroka isi laman web tu...adakah ini petunjuknya...DIA bagaikan tahu hasrat hati ku....sungguh...dan hari ini aku membaca satu artikel yg betul betul kena dgn niat ku....dua tiga kali aku membacanya....dan tanpa aku sedari menitis air mataku...bagai tahu tahu saja penulis ini....
Kadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah keberkatan dalam hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf.
Segala hijrah yang kita lakukan ke arah yang baik pasti Allah berkat. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'Sebaik-baik manusia itu adalah yang bermanfaat'. Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh.
Ya ALLAH berikan aku kekuatan dan tetapkanlah setiap perubahanku ini hanya kerana MU YA ALLAH....
Bersediakah aku?????
No comments:
Post a Comment