Wednesday, 2 July 2014

Kesilapan Yang Berlaku Sepanjang Bulan Ramadhan (untuk yang nak diet)

Assalammualaikum.... dah masuk bulan Ramadhan...tapi badan tak jugak mengecil..membesar ada lah kan...hehehehe...Malaysia ni boleh dikatakan syurga makanan...semua ada...itu lah payahnya kalau berbuka dengan nasi dan lauk-pauk yang sedap sedap agaknya. Tapi nak buat camne ...dah memang makanan ruji kita ialah nasi kan...tak makan sehari rasanya mengigil kot hahahaha...

Tadi ketika belek-belek FB nampak la beberapa tips makanan dan diet ketika bulan puasa nie..so saya share kat blog nie..mana tau ada jugak faedahnya untuk sahabat-sahabat yang mempunyai masalah berat badan macam saya...



Kesilapan yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan:


1. Jangan minum air banyak waktu berbuka. Sebetulnya minum segelas air setiap 2 jam kerana memenuhkan perut dgn air menyempitkan ruang utk bernafas.


2. Jangan melakukan kegiatan sukan serta merta selepas berbuka . Sebetulnya bersenamlah selepas 2 jam berbuka agar makanan mudah di hadam kerana darah di dalam tubuh berpusat di perut.


3. Jangan makan kuih muih serta merta selepas berbuka. Sebaiknya makan selepas 2 jam berbuka utk mengelak daripada sakit kepala dan malas beribadat.


4. Jangan makan makanan yg mengandungi banyak sodium(garam). Sebaiknya makan makanan yg mengandungi banyak potassium kerana boleh menghalang drpd cepat haus.



Ringkasannya:


1. Makanlah pisang kaya dgn potasium dan makanan yg menguatkan hati. Makan sebiji pisang waktu sahur mengelak drpd dahaga sepanjang berpuasa.


2. Hendaklah kurangkan sodium(garam) ketika bersahur kerana boleh menyebabkab dahaga.

9 sumber potasium : pisang,susu,Tamar,avocado,aprikot kering,pistachio,labu kuning,kacang merah,dark coklat.


3. Jangan makan utk bersahur : briani, kebab, pizza, makanan segera, cheese. Adalah sebaik - baik pilihan waktu bersahur : kentang, roti putih, tamar, pisang


4. Sepatutnya minum air waktu sahur sgt penting tapi minum air sewaktu berbuka dan sepanjang waktu berbuka tidaklah penting. Sebaiknya minum air setiap 2 jam dari berbuka sehinggalah waktu imsak.


p/s : Makan kurma pun bagus untuk diet mengikut kata Kevin Zahri...

Thursday, 22 May 2014

Nak Atasi Dagu Berlapis...Kena Baca Ni



Ramai berpendapat dagu berlapis hanya dialami oleh golongan gemuk. Namun, sedarkah anda mereka yang kurus juga boleh berhadapan dengan situasi ini.

Dagu berlapis tidak sahaja terbentuk daripada kesan makanan berlebihan. Sebaliknya, terdapat pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada permasalahan ini termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

·         Apabila berdiri atau berjalan, jangan membongkok . Pastikan anda berjalan dan berdiri tegak supaya dagu sentiasa tegak.

·         Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan.

·         Urut dagu dengan pergerakan dari bawah ke atas. Selain mengetatkan otot, ia juga mampu merangsang peredaran darah.

·         Lakukan senaman dagu dan leher pada masa terluang terutamanya ketika bangun pagi, sebelum tidur atau ketika di pejabat.

Senaman dagu boleh dipraktikkan dengan mengikuti teknik berikut.

1)      Berdiri tegak dan pandang ke hadapan. Dengan menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menepuk secara lembut di bahagian bawah dagu. Lakukan sebanyak 40 kali.

2)      Menggunakan otot muka dan leher, angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

3)      Berteleku di bibir katil, tampung muka dengan telapak tangan untuk menampung dagu dengan keadaan siku di atas lutut. Lakukan setiap kali bangun pagi selama 10 minit. Ia dipercayai dapat mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.

Sumber : Majalah Nona

Thursday, 8 May 2014

Petua Menghindarkan Parut Di Muka



Siapa yang tidak mahu kulit yang gebu,cerah dan bebas tanpa sebarang cela. Tetapi bukan mudah untuk mendapat wajah sesempurna itu. Melainkan jikalau anda benar-benar mahukan, dan berusaha tanpa jemu untuk tetap mendapatkan kulit wajah yang cantik. Sekiranya anda orang yang tidak mengenal erti putus asa, apakata cuba dengan petua lama. Nampak leceh, namun amat mujarab. 
Terdapat tiga jenis petua yang membantu anda dalam mengatasi masalah parut pada wajah. Panduannya adalah seperti berikut:

Ambil daun pegaga bersama bahagian akarnya sekali dan perlu di cuci dengan bersih. Giling hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lumurkan kebahagian yang berparut.

Petua yang kedua pula, anda juga boleh menggunakan daun sirih muda. Caranya adalah dengan menumbuk sehelai sirih muda. Tepekkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Sekiranya anda merasakan bahan-bahan di atas tadi sukar didapati, petua seterusnya pula adalah dengan meggunakan timun. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Rujukan : Majalah Mingguan Wanita

Petua Mencerahkan Kulit Secara Tradisional

Jom ikuti kaedah mudah untuk cerah dengan bahan-bahan alami ini seperti berikut:

Petua yang pertama, anda boleh parut seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Perlu diamalkan setiap malam.

Manakala petua yang kedua, anda boleh menggunakan campuran bahan seperti lobak, kuning telur dan limau. Caranya pula, campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air tanpa sebarang pembersih muka.

Atau dengan kaedah lainnya yang juga berkesan dan lebih mudah adalah dengan mencampurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Rujukan : Majalah Mingguan Wanita


Tuesday, 22 April 2014

37 Tahun Hari Ini

Assalammualaikum sahabat semua...

Alhamdulillah...syukur ..hari ni ...22 April tarikh keramat dan hari ini umurku meningkat setahun lagi...Buat sahabat- sahabat dan keluarga yang mengucapkan selamat hari jadi ..terima kasih ku ucapkan dan semoga Allah memakbulkan doa doa kalian terhadap ku ini...InsyaAllah...sayang kamu semua...

Aneh tetapi benar...hari ni sepatutnya aku bergembira ..tetapi entah kenapa hati agak sayu daripada pagi tadi...tak rasa nak bangun dengan senyuman tetapi hanya bersikap biasa...rutin harian diteruskan..namun hati tak gembira...kalau tanya diriku jawapannya tak tahu kenapa...

Tak mengapa..hanya mainan perasaan agaknya...dan aku  berasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk bernafas di dunia Allah nie..terima kasih Ya Allah....semoga Engkau memberkati dan merahmati kehidupanku, setiap jejak langkahku dan setiap hembusan nafasku. Semoga satu hari nanti Engkau menerima ku disisi Mu Ya Allah...aku merindui saat itu...

Dah 37 tahun...aku berharap sinar kebahagiaan sentiasa menyinari hidupku..menyinari kehidupan mereka mereka yang aku sayang ...InsyaAllah...

37 Tahun sudah ku lalui kehidupan ini. Senyum sentiasa



Hadiah dari insan yang disayangi...

p/s : buat semua maafkan segala kesalahan ku..segala dosa dosa ku ... terima kasih kerana menerima aku sebagai sahabat kalian


Tuesday, 25 March 2014

Pengakhiran #MH370....Lautan Hindi Menjadi Saksi

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun .....   انا لله وانا اليه راجعون

Dari semalam ketika mendengar pengumuman Perdana Menteri hati telah dipagut rasa pilu...sedih sangat...hanya ucapan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun yang keluar daripada mulut ini...terpaku di depan tv.....

Sebenarnya hati telah dipasak dengan pelbagai kemungkinan samada baik atau pun buruk kesudahannya aku ingin menerimanya dengan tabah...kerana ia adalah ketentuan Allah..Allah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku...tapi menitis juga airmata kesedihan...walaupun aku tak kenal seorang pun krew atau penumpang di dalam kapal terbang tersebut...Bayangkan apa yang dirasai oleh ahli keluarga mereka... hancur luluh hati mereka dengan kehilangan ahli keluarga tersayang..Seperti aku  dan keluarga ku yang pernah kehilangan bapa tersayang secara tiba-tiba ...bagaikan tak percaya...sehingga melihat jasad terbaring kaku...dan akhirnya aku menerimanya dengan redha...kerana aku percaya Allah menyayanginya lebih daripada kami...

Berat mata yang memandang..berat lagi bahu yang memikul...tapi sebagai seorang yang beriman..kita perlu menerima segalanya dengan berlapang dada..redha dan percaya dengan segala Qada dan Qadar yang telah tertulis...bersabarlah...La Tahzan. Pengakhiran mereka telah ditetapkan sebegitu...dan kita yang masih bernyawa ini masih belum mengetahui bila dan bagaimana pengakhiran kita untuk bertemu Pencipta kita..Ya Rabb


Salam takziah buat semua ahli keluarga krew dan juga penumpang MH370... semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah...siapa pun kalian..apa pun pegangan kepercayaan kalian...inilah takdir yang telah tertulis ...jasad mereka terkubur dilautan...





Monday, 24 March 2014

Kecil Benar Hati Ini Rupanya

Assalammualaikum...sahabat..

Sejak akhir- akhir nie hati cepat benar terusik....cepat benar terasa..cepat benar berkecil hati...Masalah apa yang melanda diri...hinggakan aku hilang fokus..hidup bagaikan tak kena...buat itu salah buat ini pun salah...entahlah...

Kebaikan yang dilakukan kadang kala disalaherti ..kalau buat salah apatah lagi...pasti diri dihina dan dicaci...malas nak layan tetapi bila mengetahuinya terluka juga hati ini...susahnya nak puaskan hati dan perasaan orang lain...tapi tiada yang mengambil tahu susah atau payah hidupku...hidupkah aku...atau matikah aku...

Bagai ingin hilang ..menyembunyikan diri..bersendiri..tapi aku tahu aku tak mampu..banyak tanggungjawab yang perlu aku lakukan demi sebuah kehidupan...Ya Allah...tolonglah hamba Mu ini...permudahkanlah segala urusan ku...berkati perjalanan ku sehingga aku bertemu Mu...hanya Engkau yang mengetahui apa yang perlu aku lalui di dunia fana ini...

Penat...letih...nak rehat...jom melancong...siapa nak ikut...


Friday, 21 March 2014

Selamat Hari Lahir Puteri ku...10 Tahun Sudah Berlalu..

Selamat Hari Lahir puteri ku..Nur Saidatul Fatihah...10 tahun bermakna dirimu sudah mula belajar tentang tanggungjawab terhadap PenciptaMu...semoga kakak menjadi anak yang baik...jaga perilakumu...jaga pertuturanmu..jaga kelakuan mu..jaga solatmu ..jaga hubunganmu dengan golongan bukan muhrim..jaga maruahmu...

Ya Allah...Nur Saidatul Fatihah menyambut kelahirannya yang ke-10 hari ini...Kau berkatilah kehidupannya...Kau rahmatilah dirinya...jadikanlah dia seorang anak dan juga insan yang solehah dan bertakwa kepada Mu , baik dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan bapanya, guru-gurunya, sahabat - sahabatnya...Kau peliharalah maruah dan keindahannya sebagai seorang gadis remaja. Kau kurniakan dia fikiran yang baik dan tajam dalam mencari ilmu...lapangkan dadanya menerima setiap ilmu yang dipelajari dan jadikanlah dia seorang pelajar yang cemerlang. Jaga dan bahagiakanlah dirinya Ya Allah...aku serahkan jiwanya untuk Mu...aammiinn...Ya Allah makbulkanlah doa seorang ibu yang sentiasa merindui anaknya.

Buat Fatihah...manfaatkan hadiah yang umi bagi untuk mu..itulah pendamping mu...Bacalah....di dalamnya ada panduan kehidupan yang terbaik untuk setiap manusia di bumi ini. Itu adalah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. 

Akhir kata ...umi sangat merindui dirimu..pelukanmu..suaramu..merajukmu..sayang selalu sehingga akhir nafas ini...

21 Mac 2004 - 21 Mac 2014 ....

Friday, 14 March 2014

Hikmah Disebalik Misteri Kehilangan #MH370

Assalamualikum...sahabat..

Masih belum ditemui..itu status terbaru hari ini...misterikan kehilangannya...kalau mengikut akal logik pasti kita terdetik..kapal terbang yang besar hilang..tidak ditemui di darat mahupun di lautan....SubhanaALLAH....Sesungguhnya Allah jua yang mengetahui ke mana perginya kapal terbang kebanggaan Malaysia ini..#MH370...

Banyak spekulasi yang ditimbulkan..banyak teori konspirasi diutarakan..tetapi saya tak nak sentuh tentang isu tersebut...kita yang tidak mempunyai kepakaran dalam hal-hal ini..kita serahkan kepada yang pakar..yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini...kelebihan yang Allah jua kurniakan untuk mereka ...

Saya juga jika berkumpul dengan sahabat - sahabat lain membicarakan misteri kehilangan ini tetapi kami banyak memikirkan pengajaran disebalik semua ini berlaku... banjir, cuaca panas yang melampau, kekurangan air, jerebu, kebakaran hutan, penyakit denggi, kehilangan MH370 dan terkini lobi hotel concorde runtuh....inilah dugaan yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia dan rakyat Malaysia...dan ia sedang dipertontonkan di seluruh negara di dunia ini...

Adakah Allah sedang mengingatkan kita tentang DIA...ingin memberitahu dunia bahawa DIA ada di dunia ini...sedangkan kita semua mula melupakan kekuasaan-Nya..mula melupakan Pencipta kita sendiri..yang memberi roh dan nyawa untuk kita...DIA sedang mengajar kita supaya kembali sujud dan mengakui kewujudan-Nya, kekuasaan-Nya, kehebatan-Nya yang tidak boleh diatasi oleh akal dan kemajuan sains yang dicipta oleh manusia...dan apabila sesuatu musibah berlaku..kita selalunya akan mula mengakui ...DIA adalah segala-galanya...baru kita merayu dan berdoa kepadanya...baru kita berkumpul di masjid bersujud dan meminta belas ikhsan-Nya untuk memakbulkan doa-doa kita..supaya DIA memudahkan kembali kesusahan kita....bila ada musibah baru kaki kita melangkah ke masjid..itupun sebab diarahkan melakukan solat hajat...kalau tidak kosong sahaja masjid - masjid yang indah tercipta itu ....tetapi bila kita senang...kita merasa kesenangan itu adalah disebabkan oleh diri kita sendiri...inilah kenyataannya...

Sahabat berkata, Allah sedang mengingatkan kita bahawa kematian itu sentiasa dekat dengan kita...bila-bila masa tanpa kita duga MATI itu datang menyapa...kita sendiri tidak tahu bila kita akan pergi...bagaimana keadaan kita akan menghadap-Nya...bersedia mahupun tidak MATI tetap datang...tidak cepat mahupun lambat..jika Allah sudah mengarahkan Malaikat Maut untuk mengambil kembali hak-Nya ...Malaikat Maut dengan taat terus mencabutnya...dan ketika itu apa lagi yang kita boleh lakukan...hanya bersedia untuk disoal jawab di dalam kubur...samada kubur kita luas ataupun sempit...samada diberi nikmat atau seksaan..semuanya perlu ditanggung...jadi sebagai hamba Allah wajib kita sentiasa bersedia untuk MATI.....membersihkan roh kita untuk kembali menghadap Penciptanya..itu tanggungjawab kita di dunia...Setiap yang hidup pasti akan mati...

Apa yang berlaku sekarang ...sebenarnya atas kekhilafan dan kesalahan kita sendiri...kerosakan yang dilakukan di bumi adalah disebabkan oleh manusia...perlulah kita sentiasa muhasabah diri...memikirkan apa salah kita kepada Tuhan kita....dan kita sama-sama bertaubat dan memperbetulkan segala-galanya mengikut kehendak dan hukum-hukum Allah...yang penting kembali semula kepada-Nya...itu adalah kuncinya...

Hanya dengan izin Allah semua ini akan selesai....





Monday, 27 January 2014

27 Januari....Happy Birthday My Lovely Boy

27 Januari...Happy Birthday my lovely boy...my prince ..my heart...semoga dirimu menjadi seorang anak dan hamba Allah yang beriman, soleh dan bertakwa...semoga dirimu dilimpahi kebahagiaan dan kehidupanmu penuh keberkatan dari Pencipta-Mu...Ya ALLAH aku merindui dirinya dan KAU jagalah dirinya untuk ku..kerana Muhammad Iskandar Shah adalah milik-Mu 

Ini sahaja yang mampu ku tulis...hati sendiri merasa sayu...susah untuk anda memahami..tetapi siapa yang memahami situasi ini terima kasih...siapa yang tidak mengerti malah mencaci ku..tak mengapa.. pada ku tak penting kalian untuk menerima mahupun menolaknya..yang penting biarlah hanya DIA sahaja yang mengetahuinya...

Love u forever...sehingga nafas terakhir..Iskandar tetap anak umi...

Tuesday, 7 January 2014

Program Menderma Dan Melancong Bagi Pengumpulan Dana Pembinaan Sekolah Agama dan Maahad Tahfiz

Assalamualaikum...permulaan awal tahun nie agak sibuk dengan beberapa perancangan daripada Yayasan Amanah Niaga...banyak yang telah dirancang dan sekarang masa untuk melaksanakannya....sebagai bendahari yayasan saya hanya membantu beberapa aktiviti yang tertentu...antaranya ialah Pengumpulan Dana Pembinaan Sekolah Agama Dan Maahad Tahfiz Masjid Al-Firdausi Bandar Baru Selayang Selangor. Alhamdulilah Yayasan dan pihak masjid Al-Firdaus telah menandatangani MoU untuk pengumpulan dana ini secara lebih teratur dan sistematik.

Antara program di bawah pengumpulan dana ini ialah PROGRAM MENDERMA DAN MELANCONG....konsepnya anda hanya menderma RM500 dan akan mendapat baucer percutian yang bernilai RM2500. Dengan baucer ini anda boleh memilih destinasi yang tertentu dalam negara atau luar negara. Dan dalam baucer ini ada 3 kali percutian...terpulang bila anda ingin bercuti...

Perlu difahami ...pakej yang disediakan hanyalah tempat penginapan / hotel...untuk dalam negara 3 hari 2 malam dan untuk luar negara ialah 4 hari 3 malam...Percutian ini adalah untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak - kanak. Antara destinasi yang boleh dipilih ialah Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak...manakala untuk luar negara pula anda boleh memilih destinasi ke Bandung, Medan, Guzngzhou, Chennai, Phuket dan Bangkok.

Untuk maklumat lanjut ..boleh hubungi saya melalui 0133286996....

Semoga dengan derma anda pembinaan Sekolah Agama Dan Maahad Tahfiz Masjid Al-Firdausi Bandar Baru Selayang Selangor berjalan lancar...pihak masjid berhasrat untuk membina sekurang -kurangnya dua tingkat bangunan untuk kegunaan pelajar dan guru-guru.

Namun sekiranya anda ingin menderma terus tanpa pembelian baucer ini pun boleh...anda boleh menderma dengan memasukkan wang dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Yayasan Amanah Niaga iaitu dalam Tabung Kebajikan dan Pendidikan ...

No Akaun BIMB  : 14265010001190 (Yayasan Amanah Niaga )

Semoga usaha kecil kita yang ikhlas untuk membantu ini mendapat seribu keberkatan di dunia dan akhirat. Pada saya inilah saham akhirat yang sedang saya kumpul untuk melihat generasi seterusnya cemerlang dan melahirkan ramai anak-anak tahfiz yang dapat mendoakan kita satu hari nanti. Biar sedikit tetapi bermakna....

Marilah sama-sama menderma ...terima kasih saya ucapkan kepada sahabat sahabat yang menderma....

Pada syarikat - syarikat atau individu yang ingin menderma dalam amaun yang banyak boleh hubungi saya terus dan pihak yayasan...

jumpa lagi....




Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tinggal 2013...Selamat Datang 2014...Semoga Tahun Depan Cukup Membahagiakan

Assalammualaikum...good bye 2013...lambai-lambai tangan kat tahun 2013 kerana hari ini hari terakhir 2013....esok sudah datang tahun 2014....maknanya umur pasti meningkat lagi tahun depan....terfikir-fikir ...bilakah akan berakhir nyawa dari jasad ini...hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

2013...kedatangannya disambut dengan penuh harapan supaya kehidupan kembali ceria dan perjalanan langkah tidak pincang...Alhamdulilah ..aku bersyukur kerana DIA telah merencana dan mewarnai takdirku dengan cantik sekali. Tahun ini aku diberi pelbagai dugaan...hendak melihat ketabahan dan kekuatan aku menerima semua ini dengan redha atau tidak...syukur masih ada kesabaran di dalam hati ini...

Benar...dugaan seorang ibu adalah anak-anaknya. Jika ditanya apakah harta yang paling berharga pasti bibir ku pantas menjawab anak-anak...walaupun mereka jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati...tak pernah doa ku lekang untuk mereka...aku sentiasa mengharapkan DIA menjaga mereka untuk aku..kerana aku yakin hanya DIA yang boleh menjaga mereka dengan baik...terima kasih YA ALLAH kerana memahami apa seorang ibu ini lalui...aku redha demi kebahagiaan mereka...aku redha menerima dugaan ini demi MU YA ALLAH...kerana aku hanya hambamu yang hidup atas ikhsan dariMU...tak mungkin aku dapat membalas segala yang telah ENGKAU berikan apatah lagi dengan kasih sayang yang ENGKAU berikan kepada ku...YA ALLAH hamba MU ini amat menyayangi MU ...terimalah aku ...sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk MU..YA RABB

2013 menyaksikan aku dilanda sakit ...ya sakit yang pelbagai...semput tetiba muncul dalam hidupku...mungkin kerana amalan selalu mandi malam..degil..itu aje la untuk diriku..nak wat camno...dah suka tidur dengan badan yang bersih hehehehehe...apa lagi ya...sakit kepala a.k.a migrin yang tak sudah sudah..tetapi alhamdulilah akhir-akhir ini semakin tiada...kurangkan minum kopi...kurangkan minum coklat or makan coklat...tapi nescafe masih membuat kepala ku pusing...minum atau bau aromanya...boleh menyakitkan kepala ku..yut yut yut kepala ku hehehehehe..

Hari itu sakit mata..itu yang paling menyeksakan...sangat sangat sakit...tentang itu ada aku coretkan dalam blog ini...hilang nikmat penglihatan...benar...ALLAH menarik nikmat itu sebentar dan aku bagaikan hilang arah..semuanya serba tak kena...tapi sakit ini mengajar aku sesuatu iaitu TERIMALAH KESAKITAN INI DENGAN REDHA.... :)=

Dah abis sakit mata...tetiba lak jatuh tangga..dah nasib badan kan....sekarang pun kaki ni tak baik lagi..masih ada bengkak yang tak surut...dah tak boleh nak berjoging..dan sekarang badan dah mencanak naik...effect daripada makan ubat kot hehehehe...tak nak mengaku suka makan sebab tu naik badan tu hehehehehe

Dan 2013 menyaksikan aku semakin sibuk dengan urusan-urusan luar pejabat...dan akhirnya dilantik sebagai Bendahari dalam Yayasan Amanah Niaga sehingga tahun 2015...jawabnya semakin sibuk dan kerja semakin bertambah...kerje kat RTM lagi..keje kat Yayasan lagi..itu tak termasuk kerja-kerja Fisabililah...semoga dengan usaha usaha ini aku mampu merubah kehidupan ku yang tak punya apa apa kepada yang punyai segalanya...demi anak anak ku lakukan...aku perlu berubah untuk mereka aku miliki kembali...

Yang paling bermakna hidup ini apabila dianugerahkan sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata...biarlah hanya 'rasa' ini yang menceritakan segalanya...Alhamdulilah..syukur ku hanya untuk MU ..Tuhan Pencipta Alam...Tuhan Yang Menghidupkan dan Mematikan...

Esok 01012014....bermula hari baru dalam tahun baru..untuk semua sahabat sahabat ku...aku dengan rasa rendah diri meminta maaf dan ampun jika ada kata-kata, kelakuan atau perbuatan ku yang telah menguris hati dan perasaan kalian..maafkan aku..kerana aku berharap biarlah aku pergi dari dunia ini tanpa ada dosa terhadap kalian...yang pasti aku maafkan kalian juga kerana tiada apa yang ku harapkan dalam kehidupan ini...yang penting aku ingin hidup di sana...di alam selepas kematian...aaamiinn.

Buat semua SELAMAT TAHUN BAHARU 2014....welcome....semoga tahun depan cukup membahagiakan diriku serta kalian..

jumpa lagi next year ok...

Salam Sayang....






Wednesday, 27 November 2013

Petua Nak Cantikkan Kuku...


Gambar Hiasan - Cantik tak

Ahhh...ada satu ilmu yang boleh dikongsikan bersama...inipun sebab aku terbaca tentang petua nak mencantik dan mengilatkan kuku...takyah la nak buat treatment kuku bagai yang mahal mahal tu ...dapat jimatkan duitkan hehehehe mudah je...caranya macam nie..

Ambik berus gigi yang dah tak guna lagi...letak lah ubat gigi dan berus la kuku tangan dan kaki anda sehingga puas hati..pastu basuh seperti biasa...senangkan..jika selalu amalkan Insyaallah kuku akan semakin kilat dan bersih...

Aku pun dah mula lakukan...ketika mandi..hanya ambik masa seminit dua untuk buat treatment kuku...so buat semua kengkawan selamat mencuba...

jumpa lagi

p/s : gambar kat atas bukan gambar kuku jari ku...hehehehehe

Tuesday, 19 November 2013

Alahai..Kesian Rakyat Marhaen ...Aku Ler Tewww...

Assalammualaikum semua...adoiii laaa sakit kepala baca berita berita semasa sekarang nie..entah apa apa cadangan dengan alasan yang tak boleh diterima dek akal...dari kenaikan minyak, kenaikan gula, sehingga la beberapa cadangan yang memeningkan kepala rakyat...yang bagi cadangan bukan la calang calang orangnya tetapi semuanya..alahai...tak boleh pakai weeiiiii

Nak kata apa kata la..nak kata aku pembangkang ke..kata la..aku nie rakyat biasa jer..aku sokong sesiapa pun tak merubah apa yang dah terjadi...sekarang nie kena la telan sebagai rakyat biasa...yang pendapatan pun biasa biasa aje..duduk umah biasa biasa je..naik kereta pun biasa biasa jer..tak de luar  biasa pun....

Nak bagi alasan pun agak-agak la weeiii..jangan ikut sedap mulut je..tau la mulut tak bertulang...yang bercakap tu pun bukannya orang susah..entah entah ada merc berbiji biji...ada bmw berkepok kepok..ada audi..ada porsce...kita rakyat nie dapat naik viva pun dah bersyukur sangat sangat...

Bab kesihatan dengan makan pun macam macam alasan bagi nak kurangkan subsidi..kencing manis la..darah tinggi la..kolestrol banyak la..obesiti la...alahai...tak kan nak control semuanya...kalau nak control apa kata hapuskan air air bergas yg mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi..sanggup ke..kang kata ekonomi tak leh nak capai target lak...asyik fikir pendapatan negara je..cuba cuba la fikir pendapatan rakyat nie...cukup ke tidak...makan ke tidak..ingat takde orang miskin ke kat negara tercinta nie...masih ada la..kalau tak tak kan la ada rancangan bersamamu kat tv3 tu..maknanya masih ada lagi yang hidup susah..melarat...

Cadangan aku ...apa kata satu keluarga hanya boleh guna dua kilo gula je sebulan..amacam...cukup tak...jangan lak kata nanti tutup lak kilang gula sebab tak kencang keuntungan korang...

Payah weeiii nak control kehendak rakyat...aku percaya rakyat nie bijak dan pandai..diorang lagi tahu apa yang baik untuk diorang dan kesihatan diorang...lagipun aku rasa yang kena kencing manis tu tak semestinya sebab ambik gula berlebihan...banyak faktor lain lagi...saja je nak bagi alasan kan...

Tapi kalau nak kata obesiti aku rasa menteri menteri kesayangan kita tu banyak yang obesiti...perut semuanya ke depan..apa makna tu..confirm makan cukup dan terlebih..kalau tak cukup makan ..mesti perut six pax kan...ini takde menteri yang perutnya cantik pun kecuali KJ dengan Rafizi..itu yang aku nampak la..korang bagi la contoh menteri lain yang perut cantik jer....

Nak kata rakyat tak mengamalkan hidup sihat ...aku rasa rakyat la paling mengamalkan hidup sihat..tak percaya pergi la ke tempat tempat riadah...penuh je rakyat biasa...tak pernah pulak aku jumpa menteri yang dok jogging sorang sorang kat taman tu...kalau ada pun confirm menteri tu ada event..siap ada press lagi..dan puji la menteri nie sebab mengamalkan gaya hidup sihat so rakyat jugak disyorkan ikut teladan menteri nie...cehhh kalau setakat sekali setahun je tak yah la bangga sangat weeiii...semak aku tengok...

Aku bukan apa....nak cadang atau buat sesuatu tu tengok la keadaan semasa rakyat ...semasa nak mengundi macam macam cara nak ambik hati rakyat...bila dah berkuasa..senang senang je lukakan hati rakyat...mungkin mereka lupa sebenarnya mereka bekerja untuk rakyat ...bukan rakyat bekerja untuk mengkayakan mereka...anda senang atas kesusahan rakyat yang telah memilih anda...untuk apa...jadi pegang dan lakukan lah segala amanah itu dengan baik ...kerana setiap perbuatan kita di dunia ini akan diulang tayang di hadapan Allah...masa itu kita dah tak boleh membuat rayuan atau pun nak pancing undi lagi dah...masa itu kita kena tanggung segala - galanya ...jangan pulak masa tu nak salahkan kami rakyat yang memilih kalian..aku terus terang cakap tak mau masuk neraka dengan korang.....tak sanggup aku weeiiii....okbai...