Siapa yang tidak mahu kulit yang gebu,cerah dan bebas tanpa
sebarang cela. Tetapi bukan mudah untuk mendapat wajah sesempurna itu.
Melainkan jikalau anda benar-benar mahukan, dan berusaha tanpa jemu untuk tetap
mendapatkan kulit wajah yang cantik. Sekiranya anda orang
yang tidak mengenal erti putus asa, apakata cuba dengan petua lama. Nampak
leceh, namun amat mujarab.
Terdapat tiga jenis petua yang membantu anda dalam
mengatasi masalah parut pada wajah. Panduannya adalah seperti berikut:
Ambil daun pegaga
bersama bahagian akarnya sekali dan perlu di cuci dengan bersih. Giling hingga
lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lumurkan kebahagian yang
berparut.
Petua yang kedua
pula, anda juga boleh menggunakan daun sirih muda. Caranya adalah dengan
menumbuk sehelai sirih muda. Tepekkan pada muka terutama pada bekas jerawat.
Setelah kering, cuci muka dengan dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Sekiranya anda
merasakan bahan-bahan di atas tadi sukar didapati, petua seterusnya pula adalah
dengan meggunakan timun. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas
timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Rujukan : Majalah Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment