Thursday, 17 November 2011

Bersedialah Kehilangan Kawan.....

Assalamualaikum...sahabat semua..

Hidup tanpa didampingi kawan kawan mesti tak seronok dan ceria...apatah lagi dikelilingi kerja yang berlambak-lambak dan juga kerja yang boleh memberi kita stress berpanjangan...pasti melelahkan....so hanya kawan-kawan boleh menjadi ubat penenang kepada keadaan itu..lagipun aku rasa kita menghabiskan masa di ofis lebih lama berbanding di rumah kan....kalau dirumah mungkin 3 hingga 5 jam lepas tu kita dah melelapkan mata..melayari mimpi-mimpi indah..dan besoknya bangun pagi dan bersiap nak ke ofis lagi....24 jam yang ALLAH bagi nie rasa tak cukup ....semakin lama semakin pendek masa yang dilalui..apakah tandanya itu?? fikir fikirkan yer....

Aku ..hemmm..kawan memang ramai..jari sepuluh nie tak cukup kalau nak dikira ...tapi kalau bercakap pasal sahabat boleh dibilang dengan jari...hehehehe..berapa?..nak tahu..hemmm rasanya kurang kot dari lima orang atau lagi kurang dari itu...tak percaya..?? cuba tanya diri anda sendiri siapakah sahabat anda yang benar-benar menjadi seoarang sahabat..ingat yer..SAHABAT bukan KAWAN...ada beza tu....kalau ada yang kata ramai ..alhamdulilah....hargailah sahabat anda itu..kerana bukan senang dalam hidup kita untuk memiliki sahabat...sahabat yang setia, sahabat yang sanggup bersusah atau bersenang dengan kita...menerima kebaikan mahupun keburukan...menerima kejayaan mahupun kegagalan kita dengan redha...tidak cemburu apa yang kita miliki ....tidak menguris hati kita dengan kata kata mahupun perbuatan...bersahabat hanya kerana ALLAH...tak ada niat disebalik persahabatan yang dijalin...susahkan nak cari sahabat begitu dikalangan manusia yang bersifat materialistik ni kan...sekarang bagiku hanya ada manusia yang mengagungkan kehidupan duniawi sahaja..berkawan sebab ada kepentingan..kalau tak penting jangan haraplah..nak kenal pun payah apatah lagi berbual....

Aku akui aku sedih apabila kawan kawan yang selama ini menjadi tempat untuk meluahkan kegembiraan malah kesedihan mula menjauhi aku ...kenapa ya?..mungkin ada yang silap yang telah aku lakukan tanpa aku sedari....aku cuba mencari cari kesilapan aku..mana la tahu jika ada yang salah dimata dan hatinya...adakah hanya kerana status dan musibah yang aku terima ini mengubah ketetapan hatinya untuk terus berkawan dengan aku..agaknya aku ini dah tak layak menjadi kawan mu ...siapa la aku..hanya hamba ALLAH yang miskin didunia...tiada harta kekayaan seperti kalian semua..tak apa lah....sekurang kurangnya aku pelajari tidak semua kawan itu adalah sahabatku...dan tak semua sahabat itu akan kekal berkawan dengan ku...buat kawan kawan yang aku kenali aku mohon maaf jika selama perkenalan kita aku ada melukakan hati kalian... aku bersedia kehilangan kalian sebagai kawan ku mahupun sahabatku kerana ku tahu di alam sana nanti aku juga bersendirian tanpa kalian.....

Jumpa lagi....dilain luahan......

No comments:

Post a Comment