Wednesday, 30 November 2011

Aku Cinta Dia...Terima Kasih YA ALLAH

Assalamualaikum...sahabat ku

Membaca satu artikel oleh Ahmad Faiz Muhamad Sabri di dalam laman web iluvislam benar benar menyentuh hati. Ahmad Faiz merupakan seorang siswa tahun lima di Universiti Kaherah, Mesir. Beliau mengambil jurusan perubatan di sana. Alhamdulilah tulisan beliau banyak memberi manfaat kepada kita yang masih mencari cari cinta sejati. Aku cuba bawakan mengikut kefahaman ku mengenainya.

Cinta sejati ...siapa sebenarnya cinta sejati kita? siapa yang sebenarnya kita lebih kasih? cuba tanya diri kita..jawapan yang sering kita dengar ialah sudah pasti suami...anak anak..ibu bapa..keluarga...kekasih...namun jarang kita mendengar Aku Cinta Dia ...iaitu ALLAH.....

Ahmad Faiz menulis Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang. Maha Pencipta, Maha Pengampun. Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat. Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai.Katakanlah, Ku Cinta DIA

Ya memang benar..DIA lah segala galanya.....dan DIA yang patut kita cintai....kerana cintakan bunga ...bungakan layu...cintakan manusia..manusiakan mati...cintakan ALLAH ia kekal abadi....

Alhamdulilah. Kita dilahirkan sempurna oleh Pencipta kita...tidak dilahirkan pekak, mahupun bisu..tidak dilahirkan buta, apatah lagi cacat...tidak dilahirkan dengan akal yang lemah..semuanya sempurna berbanding mereka yang dilahirkan begitu namun adakah kita bersyukur dengan anugerah ALLAH ini? dan bagaimanakah kita bersyukur dengan anugerah ALLAH ini? Ingatlah ALLAH juga boleh menarik kembali kesempurnaan kita bila bila masa DIA mahukan. 

Ahmad Faiz menulis untuk menunjukkan kita bersyukur dan juga cintakan ALLAH perlulah kita sentiasa   dengan ketaatan dan kecintaan kepada Allah S.W.T. Pendengaran, penglihatan dan hati, perlu dihiasi dengan ketaatan dan kecintaan kepada-Nya. Dan dengan ketaatan ini kita pasti akan merasai kenikmatan dan kemanisan Iman.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah S.W.T dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


Pasti ada yang bertanya ..bagaimana rasa kemanisan Iman itu. Hemmm...begini...jika anda melihat satu air berwarna merah..difikiran anda pasti itu adalah air sirap..tapi anda hanya melihat belum meminumnya. Adakah anda tahu bagaimana rasanya? sudah tentu anda tidak mengetahuinya kan. Untuk merasainya anda perlu mengambil air tersebut dan merasainya...ya memang air sirap..apa yang anda rasa..samada manis ataupun tawar..begitu juga dengan kemanisan Iman..jika manis yang anda rasa alhamdulilah...pasti anda rasa nikmat ketika merasai air sirap tersebut....tapi jika tawar..tentu anda tidak mahu meminum air itu lagi... begitulah kenikmatan Iman itu sendiri ...nikmatnya hanya anda yang rasa...jadi untuk mendapat kemanisan Iman perlulah kita memperbaiki diri dan meningkatkan lagi Iman kita. 

Malah kata Ahmad Faiz kemanisan Iman itu..ianya suatu rasa yang lebih hebat. Kemanisan Iman, satu anugerah  daripada Allah S.W.T.Kemanisan Iman, rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.Kemanisan Iman itu adalah kegembiraan hati, tenangnya jiwa dan bahagianya hidup.                                         
                                                      
                                                                    من لم يذوق لا يفهم               
                                                Siapa yang tidak merasa, tidak memahami.

Kemanisan Iman, adalah sesuatu yang kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk merasainya. Kita taat dan mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya, demi kemanisan Iman. Kita perlu mencari kemanisan Iman untuk meraih Cinta Yang Maha Mencintai. 

Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara doa Nabi Daud 'alaihissalam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin."Dan bila Rasulullah s.a.w  mengingat Nabi Daud 'a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah S.W.T."(HR Tirmidzi 3412)



Mencintai Allah S.W.T tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan cinta daripada-Nya, dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni. Berbahagialah jiwa yang taat dan cinta kepada Allah S.W.T, kebahagiaan di dunia yang sementara dan kebahagiaan di syurga yang kekal abadi.
 
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku pohon, andai ada selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.

Ya ALLAH semoga cinta yang hadir ini adalah untuk-Mu .....Ammiinn....

jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment