Tuesday, 6 December 2011

Tangani Kemarahan Anda..

Assalammualikum..sahabat ku

Anda pemarah? Anda suka marah marah...hemm..kita tak dapat lari daripada perasaan marah...Perasaan marah datang tanpa diduga..tanpa diminta..tiba tiba jer kita boleh angin satu badan..tiba tiba jer kita boleh melenting..sedangkan tadi baru jer kita ketawa dan bergurau senda dengan kawan kawan mahu pun keluarga..mengapa yer?..... tiba tiba jer tersentap...


Marah adalah salah satu senjata syaitan untuk menyuntik perasaan benci sesama kita..dengan kemarahan kita kadang kala terlupa apa yang kita luahkan...ye la kalau dah marah...kata kata yang keluar pastinya bukan kata kata yang baik..silap silap ada yang kena maki...kena hamun....dan bila orang yang dah kena maki dan hamun tu pula marah maka akan jadi la drama pergaduhan....jika kita tak dapat kawal kemarahan boleh jadi jugak akan membunuh sesama sendiri...tengok saja apa yang disiarkan di tv..disiarkan disuratkhabar..anak boleh bunuh mak..anak jugak boleh bunuh bapa...hanya kerana marah...hanya kerana ditegur..orang yang ditegur naik hantu maka disitulah syaitan mengambil kesempatan menghasut dan akhirnya bila dah berlaku baru tersedar..bila dah berlaku baru nak menyesal..bak kata pepatah nasi dah jadi bubur...dah tak guna ...


Dalam menangani perasaan marah ....apa yang penting ialah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah itu sendiri.....


Dari Abu Hurairah r.a. 

bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."

Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)

Lihatlah betapa pentingnya kita perlu mengawal marah kerana jika kita gagal mengawal marah sudah pasti banyak perkara negatif yang akan berlaku.


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)

Tetapi ketahuilah....kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah. 


Banyak cara kita untuk mengawal marah antaranya adalah mendiamkan diri ketika kita sedang marah.Sesungguhnya jika kita dapat mendiamkan diri ketika kita marah..sudah pasti kita dapat menghindari diri kita daripada mengeluarkan kata kata yang menyakiti hati orang lain..malah dengan diam kemarahan kita akan berkurangan...itu yang sebaiknya...

                            Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. 
                                                        (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Selain itu kita hendaklah membaca      أعوذ بالله من الشيطان الرجيم  

"Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)

Bacalah Ayat Qursi dan juga 3 Qul..semoga ayat ini melindungi kita dari terus merasa marah dan meredakan kemarahan di dalam hati kita. 
Jika anda masih marah...maka jika anda sedang berdiri ketika marah hendaklah duduk..tetapi jika masih duduk marah itu masih ada maka hendaklah kita berbaring...dengan cara ini Insya-ALLAH kemarahan yang menguasai diri kita akan hilang...

Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)


Jika anda masih gagal mengawal kemarahan melalui cara di atas..bangunlah dan ambil wudhuk ...dan dirikanlah solat sunat dua rakaat...minta diampunkan dosa dan dijauhi perasaan amarah...luahkanlah kepada ALLAH SWT ..semoga ALLAH sentiasa mendengar dan berada disamping kita semua.... 

Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.
(HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)


Semoga dengan cara cara ini kita dapat mengawal nafsu kemarahan kita....ingatlah syaitan itu sentiasa mencari cari kelemahan kita untuk menyesatkan kita kerana itulah janji syaitan kepada ALLAH untuk menyesatkan hamba hambanya sehinggalah hari kiamat.
Cara mengawal kemarahan :

1. Mendiamkan diri...
2. Bacalah  أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3. Jika berdiri,duduk, baring
4.Wudhuk 

Semoga kita semua dapat manfaat bersama....

No comments:

Post a Comment