Assalamualikum sahabat semua...
Untuk semua, semoga kedatangan Ramadan ini memberi seribu kebaikan, seribu keindahan dalam beribadat kepada ALLAH SWT. Semoga kita semua bukanlah golongan yang hanya berpuasa semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja. Rugi sangat jika kita adalah golongan tersebut. Semoga kita mendapat puasa yang khusus mahupun istimewa.
Imam Ghazali menyatakan tahap berpuasa itu terbahagi kepada tiga iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa istimewa.
Puasa umum adalah merujuk puasa yang dibuat semata-mata menahan makan, minum dan menjauhi perhubungan kelamin pada siang hari.
Puasa khusus, adalah merujuk puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan hubungan kelamin pada siang hari tetapi mereka juga menjaga adab tertib berpuasa dan menahan seluruh anggota pancaindera daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan atau merosakkan amalan puasa.
Puasa yang istimewa pula adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar, perhubungan kelamin pada siang hari dan segala pancaindera melakukan perkara haram malah mengarahkan hati, fikiran, perasaan dan tingkah laku berpuasa untuk allah semata-mata tanpa sedikit pun memikirkan hal-hal keduniaan. Puasa istimewa ini adalah menjadi amalan para rasul dan nabi-nabi dan merupakan martabat puasa paling tinggi di sisi Allah.
Rebutlah peluang ini yang datang setahun sekali..jika panjang umur yang dipinjamkan ALLAH ini Insya-ALLAH kita bertemu lagi dengan Ramadan akan datang..tetapi jika ditarik balik pinjaman ini bagaimana...semoga kita semua dipanjangkan umur oleh ALLAH SWT.
Maafkan kesilapan saya dengan sahabat semua jika tanpa saya sedar saya sebenarnya telah melakukan dosa terhadap sahabat sekalian. Semoga kemaafan yang diberi akan lebih memberkati hidup kita sesama muslim kerana kalian adalah saudaraku.
Selamat Menyambut Ramadan Kareem 1433H...
No comments:
Post a Comment