Wednesday, 30 November 2011

Aku Cinta Dia...Terima Kasih YA ALLAH

Assalamualaikum...sahabat ku

Membaca satu artikel oleh Ahmad Faiz Muhamad Sabri di dalam laman web iluvislam benar benar menyentuh hati. Ahmad Faiz merupakan seorang siswa tahun lima di Universiti Kaherah, Mesir. Beliau mengambil jurusan perubatan di sana. Alhamdulilah tulisan beliau banyak memberi manfaat kepada kita yang masih mencari cari cinta sejati. Aku cuba bawakan mengikut kefahaman ku mengenainya.

Cinta sejati ...siapa sebenarnya cinta sejati kita? siapa yang sebenarnya kita lebih kasih? cuba tanya diri kita..jawapan yang sering kita dengar ialah sudah pasti suami...anak anak..ibu bapa..keluarga...kekasih...namun jarang kita mendengar Aku Cinta Dia ...iaitu ALLAH.....

Ahmad Faiz menulis Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang. Maha Pencipta, Maha Pengampun. Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat. Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai.Katakanlah, Ku Cinta DIA

Ya memang benar..DIA lah segala galanya.....dan DIA yang patut kita cintai....kerana cintakan bunga ...bungakan layu...cintakan manusia..manusiakan mati...cintakan ALLAH ia kekal abadi....

Alhamdulilah. Kita dilahirkan sempurna oleh Pencipta kita...tidak dilahirkan pekak, mahupun bisu..tidak dilahirkan buta, apatah lagi cacat...tidak dilahirkan dengan akal yang lemah..semuanya sempurna berbanding mereka yang dilahirkan begitu namun adakah kita bersyukur dengan anugerah ALLAH ini? dan bagaimanakah kita bersyukur dengan anugerah ALLAH ini? Ingatlah ALLAH juga boleh menarik kembali kesempurnaan kita bila bila masa DIA mahukan. 

Ahmad Faiz menulis untuk menunjukkan kita bersyukur dan juga cintakan ALLAH perlulah kita sentiasa   dengan ketaatan dan kecintaan kepada Allah S.W.T. Pendengaran, penglihatan dan hati, perlu dihiasi dengan ketaatan dan kecintaan kepada-Nya. Dan dengan ketaatan ini kita pasti akan merasai kenikmatan dan kemanisan Iman.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah S.W.T dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


Pasti ada yang bertanya ..bagaimana rasa kemanisan Iman itu. Hemmm...begini...jika anda melihat satu air berwarna merah..difikiran anda pasti itu adalah air sirap..tapi anda hanya melihat belum meminumnya. Adakah anda tahu bagaimana rasanya? sudah tentu anda tidak mengetahuinya kan. Untuk merasainya anda perlu mengambil air tersebut dan merasainya...ya memang air sirap..apa yang anda rasa..samada manis ataupun tawar..begitu juga dengan kemanisan Iman..jika manis yang anda rasa alhamdulilah...pasti anda rasa nikmat ketika merasai air sirap tersebut....tapi jika tawar..tentu anda tidak mahu meminum air itu lagi... begitulah kenikmatan Iman itu sendiri ...nikmatnya hanya anda yang rasa...jadi untuk mendapat kemanisan Iman perlulah kita memperbaiki diri dan meningkatkan lagi Iman kita. 

Malah kata Ahmad Faiz kemanisan Iman itu..ianya suatu rasa yang lebih hebat. Kemanisan Iman, satu anugerah  daripada Allah S.W.T.Kemanisan Iman, rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.Kemanisan Iman itu adalah kegembiraan hati, tenangnya jiwa dan bahagianya hidup.                                         
                                                      
                                                                    من لم يذوق لا يفهم               
                                                Siapa yang tidak merasa, tidak memahami.

Kemanisan Iman, adalah sesuatu yang kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk merasainya. Kita taat dan mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya, demi kemanisan Iman. Kita perlu mencari kemanisan Iman untuk meraih Cinta Yang Maha Mencintai. 

Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara doa Nabi Daud 'alaihissalam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin."Dan bila Rasulullah s.a.w  mengingat Nabi Daud 'a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah S.W.T."(HR Tirmidzi 3412)



Mencintai Allah S.W.T tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan cinta daripada-Nya, dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni. Berbahagialah jiwa yang taat dan cinta kepada Allah S.W.T, kebahagiaan di dunia yang sementara dan kebahagiaan di syurga yang kekal abadi.
 
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku pohon, andai ada selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.

Ya ALLAH semoga cinta yang hadir ini adalah untuk-Mu .....Ammiinn....

jumpa lagi...

Tuesday, 29 November 2011

Maal Hijrah Bersama Fatihah...

Assalamualaikum..sahabat ku ..


Fuhh berjalan jauh jugak aku time cuti Awal Muharaam hari tu..memang tak planning nak balik kampung..tetapi Fatihah beria ia nak balik kampung... katanya nak balik Kedah umah nenek..nak bercuti di sana..tak nak menghampakan dia aku menuruti kehendaknya..so terpaksa la aku membatalkan hasrat nak ke Pulau Besar Awal Muharram tu...


So malam Jumaat dah balik..tapi naik bas ajer...dari KL terus ke Parit Buntar sebab mak tak ada kat rumah gi umah mak ngah kat Baling sebab sepupu ku kahwin dengan orang Lubuk Buntar..kalau tak silap aku lerr..so baik aku gi umah adik kat Parit Buntar...rupa - rupanya best gak ekk naik bas malam malam nie..hehehe..bukan tak pernah naik bas ekspress ..pernah tapi bila dah 8 tahun tak menggunakan perkhidmatan awam nie ..kekok pun ada..hehehe...nasib baik Fatihah relex jer naik bas....bila dok jer dalam bas...so terus ZZZzzzzzz ...hahaha tapi rasanya dua tiga kali jugak la aku bangun tapi tak sampai sampai...dan akhirnya kul 2 pagi baru sampai...bila sampai umah adik jer terus sambung tido lagi ZZZZzzzzz....fuhh leh tahan letihnya...


Besoknya kitorg pun tunggu la rombongan pengantin perempuan dari Baling..sambil duk tunggu tunggu tu sempatlah aku snap beberapa gambar terbaru Fatihah..dia nie mmg suka berposing...nak wat camner....ikut mak dia la hahahaha...


                                                                 Gambar terbaru Fatihah




                                                                        Ibu dan anak




                                        Bersama adik ipar, Nita dan anak anaknya Aqilah dan Aqlan


Nie gambar sepupu aku yang baru jer berkahwin..nikah 11.11.11 hari tu tapi majlis berlangsung seminggu kemudian. So kepada Syakira dan Din selamat berhijrah ke alam rumahtangga....didoakan semoga ALLAH melimpahi perkahwinan kalian dengan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat...Ammiin...


                         Pasangan pengantin baru..bagai pinang dibelah dua..tahniah Din dan Ira


Bila perut dah kenyang so kitorg nie pun dah nak balik..rupa rupanya semua keturunan Yusof nie.... hehehe..ada planning nak gi umah kahwin lagi kat Alor Setar...wahhh dapat makan lagi nasi minyak...dan akhirnya dengan 10 biji kereta kami pun beramai ramai la gi Alor Setar..dan akhirnya kitorang semua sampai dalam kul 7 malam gak..yer la leh tahan gak jem kat sepanjang lebuhraya..myb semua balik kampung sebab cuti kan panjang sampai hari Isnin...Selesai semuanya kami pun berpisah mengikut haluan masing masing..ada yang balik Kuala Nerang..ada yang balik Baling..dan aku kena la balik Baling sebab mak tinggalkan barang barang kat sana...dan akhirnya kitorang sampai umah kat Sungai Lalang dah tengah malam...fuhhh dah nampak katil...nak tido ZZZzzzz....letihnya.....


                                                     Cian dia keletihan..tertidur pun penuh gaya...


Dua hari di umah memang tak gi mana mana..nie betul betul cuti dan rehat...yang best nyer..area umah mak nie sunyi dan tenang..memang mendamaikan..depan ada Gunung Jerai...cantik pemandangan area umah mak..aku ambik kesempatan nak berehat....sebab dah tak tau nak wat apa..akhirnya aku gatal gatal tangan ambik daun pokok inai kat belakang umah mak ...wat inai secara tradisional...hehehehe...so aku bland semuanya dan pakaikan kat tangan Fatihah..suka dia...tapi dia tak tahan nak tunggu lama lama so tak sampai 2 jam dia dah buang inai tu....tapi merah gak la jari dia...dan aku hahahaha..sepuluh jari berinai macam aku lak nak kahwin hahahaha..orang lain kahwin aku yang pakai inai..tapi sebenarnya inai nie bagus sebab inai nie kira salah satu cara tradisional nak cantikkan kuku dan merawat kuku...ada gak niat nak pakai inai tu di rambut...tapi terlupa lakk sebab bila malam aku dah lena...sebab esok pagi pagi aku dah nak balik KL ...so Fatihah aku tinggalkan di kampung...biar la dia berehat dan menikmati suasana kampung yang menyamankan...


Nak menangis!!!!!  kenapa?? sebab perjalanan jauh ini cukup menyeksakan bagi aku..mana tidaknya..kaki dan lutut aku sakit kerana terlalu lama duduk di dalam bas...hampir 8 jam baru sampai KL uhhwaaa...rasa macam nak berhenti tengah jalan jer nak turun bas tapi kalau aku berhenti macam mana nak balik kehkehkeh...so pengajaran bagi aku ..AKU TAK MAHU NAIK BAS LAGI.....serik ...


ok jumpa lagi....

Friday, 25 November 2011

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum..sahabat ku

Aku mendapat berita sedih hari nie apabila sahabatku telah meninggal dunia akibat terjatuh dalam bilik air dan beliau koma beberapa hari..dan hari nie Jumaat 25 November bersamaan 29 Zulhijjah...Jumaat terakhir sebelum Awal Muharram yang akan kita sambut Ahad nanti....beliau pergi tak kembali.....

Arwah bukanlah kawan saya yang rapat namun mengenali arwah melalui sahabat sahabat lain sudah cukup menjalinkan satu hubungan yang baik antara kami....tersentuh juga hati takala menerima berita tersebut...bagaikan tak percaya..arwah masih muda...belum berkahwin dan berkeluarga..namun siapa boleh menolak takdir ALLAH...siapa boleh menidakkan kematian arwah...janji ALLAH itu benar....

                                                             كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ    
                                           Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati
                                               (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 185)

Buat sahabat ku yang mengenali dan menyayangi saudara Shafaril Ekhmal Sharim atau Kimai kita redhai pemergian arwah menemui Penciptanya....dan kita hadiahkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada arwah sebagai tanda kita kasih kepada arwah...buat rakan rakan yang tidak mengenali arwah...ku pinta kepada kalian sebagai saudara sesama  Islam marilah kita hadiahkan arwah ayat suci Al-Fatihah...dan kita semua doakan semoga arwah tergolong dalam hamba hambaNYA yang beriman...semoga rohnya tenang di alam sana....selamat berhijrah sahabatku...semoga roh mu sentiasa diredhai ALLAH selalu.....

Al-Fatihah...buat mu Shafaril Ekhmal Sharim...



p/s: pasti aku juga akan berhijrah ke sana..dan bila tiba waktu itu ..semoga hati ku merindui untuk bertemu Mu YA ALLAH...


Thursday, 24 November 2011

Maal Hijrah Datang Lagi....

Assalammualikum...sahabat ku

Ahad nanti kita akan menyambut Maal Hijrah...Alhamdulilah...umur kita dipanjangkan lagi untuk meneruskan kehidupan di tahun baru Islam....akhirnya buku lama ditutup dan disimpan dan akan dibuka kembali bila tiba waktu yang dijanjikan...tahukah anda 27 November 2011 bersamaaan 1 Muharram 1433H kita akan ada buku baru..buku yang mencatitkan segala perbuatan kita..segala kebaikan dan keburukan kita..semua pahala kita dan semua dosa dosa kita..kecil mahupun besar....yang kita tahu atau pun kita tak tahu...semuanya dicatitkan tanpa tinggal satu pun..sangat teliti...kerana malaikat yang sentiasa menjaga kita ada di kanan dan kiri kita....setia mencatitkan setiap perbuatan kita...

Buat sahabat saya sekalian....ingatlah dunia ini adalah jambatan untuk ke akhirat kelak dan akhir perjalanan hidup kita adalah bertemu ALLAH SWT....
tanyalah diri kita sendiri adakah kita telah berhijrah dan bersedia menemui Pencipta kita....berubahlah demi ALLAH SWT kerana di situlah adanya kebahagiaan abadi untuk kita hamba NYA.... 


    وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).


salam sayang dan jumpa lagi...Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H

Tuesday, 22 November 2011

Nasihat Seorang Sahabat Kepada Temannya....Part II

Assalammualaikum....sahabat ku kalian....

Sepatutnya dah lama entry nie aku tulis tapi kekangan masa dan juga masalah yang bertimpa timpa membuatkan aku terlupa seketika bahawa aku belum menyambung kata kata nasihat sahabat ku ini untuk renungan kita bersama...walaupun nasihat ini dituju khas kepada ku tapi ia amat berguna untuk kita bersama...tetapi kalian semua hendaklah membaca dulu part 1 entry nie..kalau tak... tak faham pulak nasihat yang diberi....

Dia..
...lepaskanlah segala keinginan terhadap yang lain melainkan terhadapNya sahaja...nescaya barulah kita lepas dari ikatan yang menambat diri kita itu...majulah kita kepadaNya...dan DIA akan memuliakan kita dan berada dalam hadratNya...

...barulah kita diberi kebahagiaan dan keredhaanNya...dan segala rahsia Ilahi tidak lagi terhijab daripada kita...insyaallah kasyaf itu akan dibukakan untuk kita...

...sabarlah...jangan terburu-buru...redha dan jangan merungut...jika tidak susahlah kita untuk mendapat keampunan...ilmu...kasih sayang dan keredhaanNya...moga Allah merahmati dan melindungi kita semua.....Aminnn.....

Katamu memang  benar sahabatku...jangan merungut..jangan mengeluh...jangan merasakan kehidupan ini penuh masalah....penuh derita....tetapi jadikanlah hidup ini satu perjuangan ...
Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagiaan yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!
Ujian adalah rencah hidup; bukan penghalang bahagia; bukan juga derita untuk selamanya. Ujian hidup bak tali yang regang, pasti akan kendur atau putus juga akhirnya; dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” - ar-Ra’du ayat 11.
Ya aku akan teruskan perjuangan kehidupan ini sehingga nafas ku yang terakhir...semoga aku dan kalian semua berada dalam keredhaanNYA...ALLAH Yang Maha Esa..ALLAH Yang Maha Penyayang.....
jumpa lagi di lain entry...
 

Thursday, 17 November 2011

Bersedialah Kehilangan Kawan.....

Assalamualaikum...sahabat semua..

Hidup tanpa didampingi kawan kawan mesti tak seronok dan ceria...apatah lagi dikelilingi kerja yang berlambak-lambak dan juga kerja yang boleh memberi kita stress berpanjangan...pasti melelahkan....so hanya kawan-kawan boleh menjadi ubat penenang kepada keadaan itu..lagipun aku rasa kita menghabiskan masa di ofis lebih lama berbanding di rumah kan....kalau dirumah mungkin 3 hingga 5 jam lepas tu kita dah melelapkan mata..melayari mimpi-mimpi indah..dan besoknya bangun pagi dan bersiap nak ke ofis lagi....24 jam yang ALLAH bagi nie rasa tak cukup ....semakin lama semakin pendek masa yang dilalui..apakah tandanya itu?? fikir fikirkan yer....

Aku ..hemmm..kawan memang ramai..jari sepuluh nie tak cukup kalau nak dikira ...tapi kalau bercakap pasal sahabat boleh dibilang dengan jari...hehehehe..berapa?..nak tahu..hemmm rasanya kurang kot dari lima orang atau lagi kurang dari itu...tak percaya..?? cuba tanya diri anda sendiri siapakah sahabat anda yang benar-benar menjadi seoarang sahabat..ingat yer..SAHABAT bukan KAWAN...ada beza tu....kalau ada yang kata ramai ..alhamdulilah....hargailah sahabat anda itu..kerana bukan senang dalam hidup kita untuk memiliki sahabat...sahabat yang setia, sahabat yang sanggup bersusah atau bersenang dengan kita...menerima kebaikan mahupun keburukan...menerima kejayaan mahupun kegagalan kita dengan redha...tidak cemburu apa yang kita miliki ....tidak menguris hati kita dengan kata kata mahupun perbuatan...bersahabat hanya kerana ALLAH...tak ada niat disebalik persahabatan yang dijalin...susahkan nak cari sahabat begitu dikalangan manusia yang bersifat materialistik ni kan...sekarang bagiku hanya ada manusia yang mengagungkan kehidupan duniawi sahaja..berkawan sebab ada kepentingan..kalau tak penting jangan haraplah..nak kenal pun payah apatah lagi berbual....

Aku akui aku sedih apabila kawan kawan yang selama ini menjadi tempat untuk meluahkan kegembiraan malah kesedihan mula menjauhi aku ...kenapa ya?..mungkin ada yang silap yang telah aku lakukan tanpa aku sedari....aku cuba mencari cari kesilapan aku..mana la tahu jika ada yang salah dimata dan hatinya...adakah hanya kerana status dan musibah yang aku terima ini mengubah ketetapan hatinya untuk terus berkawan dengan aku..agaknya aku ini dah tak layak menjadi kawan mu ...siapa la aku..hanya hamba ALLAH yang miskin didunia...tiada harta kekayaan seperti kalian semua..tak apa lah....sekurang kurangnya aku pelajari tidak semua kawan itu adalah sahabatku...dan tak semua sahabat itu akan kekal berkawan dengan ku...buat kawan kawan yang aku kenali aku mohon maaf jika selama perkenalan kita aku ada melukakan hati kalian... aku bersedia kehilangan kalian sebagai kawan ku mahupun sahabatku kerana ku tahu di alam sana nanti aku juga bersendirian tanpa kalian.....

Jumpa lagi....dilain luahan......

Wednesday, 16 November 2011

Resahnya Hati Siapa Yang Tahu......

Assalammualaikum...sahabat semua...

Dari pagi hingga kini aku hati aku bagaikan resah..gelisah memikirkan masalah yang melanda dan akan melanda diri..keluarga....dan masa depan...entah apa yang aku fikirkan...banyak sehingga tak tahu mana nak mula ..tak tahu macam mana nak selesaikan....bunyi macam masalah beratkan....memang berat..sangat berat...sakit kepala aku dibuatnya...migrin..migrin..migrin....ahhhh...sakitnya kepala memikirkan jalan terbaik untuk selesaikan semua nie....apa aku nak buat Ya ALLAH...tolonglah aku hambaMu yang lemah nie....

Semoga ada jalan terbaik untuk menyelesaikan semua masalah nie....bagaikan menarik rambut dalam tepung..tepung tak selerak..rambut tak putus...supaya semua mendapat kebaikkannya.....kerana dibahu ku tergalas tanggungjawab ini...

Friday, 11 November 2011

Sahabat....Doakan Kesejahteraan Ku Selalu.....

Assalamualaikum...sahabat ku ...

Masih ada yang tertanya tanya apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup ku....ada yang ingin tahu apa kisahnya....bukan tidak mahu aku menceritakannya..bukan aku mahu merahsiakannya....tetapi cukuplah dengan sahabat semua menyelami segala isi hati ku melalui blog ini...blog ini diwujudkan untuk aku meluahkan isi hati... untuk aku menyatakan perasaan rindu kepada anak anak....pelikkan setelah hampir setahun baru aku berani meluahkan apa yang berlaku dalam hidupku..sungguh... bukan simpati yang aku minta ...bukan perasaan kasihan yang aku tuntut daripada kamu sahabat - sahabat ku...cukuplah memahami perasaan ku..dan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan diri ku..itu sudah cukup bermakna buat aku menjalani kehidupan ini sehingga ALLAH mengambil kembali hakNYA ini...

Alhamdulilah...aku kini dapat menerima kenyataan...menerima hidup sendirian tanpa anak anak di sisi biarpun kadang kala kalah juga dengan perasaan rindu yang mencengkam tapi aku pasti anak anak ku selamat dan bahagia tanpa aku di sisi mereka....semoga mereka menjadi anak anak yang soleh dan solehah biarpun datang daripada keluarga yang melalui perpisahan....semoga mereka kuat mengharungi hidup...Insyaallah...

Ya ALLAH bantulah mereka..lindungilah anak anak ku...hanya padaMU aku memohon dan padaMU jua aku pasrah atas apa yang berlaku dalam hidupku kerana hanya KAU yang mengetahui apa yang aku tidak ketahui..Aaamminnn...

Wednesday, 9 November 2011

Umie Sayang Kalian....

Assalamualaikum...sahabat ku ...

Alhamdulilah....akhirnya aku mendapat meraikan Hari Raya Aidiladha yang lalu bersama anak anak tercinta...hemm...bagaimana nak ku gambarkan hati ini..pasti aku gembira..namun disebalik kegembiraan ini terselit rasa terkilan dan sedih melihat setiap perubahan yang dilalui mereka...

                                                                    Fatihah dan Iskandar

Fatihah dah semakin membesar..malah lebih matang daripada umurnya yang baru 7 tahun..bertanya kepada aku satu soalan yang aku sendiri tidak mampu menjawabnya...malah permintaannya yang jujur tidak dapat aku penuhi....tidak akan aku penuhi.....aku tak tahu sampai bila soalan ini akan ditujukan kepada aku dan apa jawapan yang perlu aku berikan....buat Fatihah ..kak long terlalu muda untuk mengetahui kebenaran yang tersembunyi...tanggungjawab kak long sekarang belajar bersungguh - sungguh..umie tak nak anak umie nie gagal dalam mencari ilmu pengetahuan..ingat pesanan umie...umie tak nak Fatihah memikirkan sesuatu yang berat seperti orang dewasa...semoga Fatihah menikmati kehidupan yang indah di zaman persekolahan ini...doa umie semoga ALLAH sentiasa melindungi dirimu selalu..hanya kepada ALLAH sahaja umie meminta perlindungan mu anak ku...

Iskandar terlalu aktif...gelagatnya kadang kala mendatangkan marah..ingin perhatian aku agaknya..ialah sekali sekala berjumpa dia seperti melepaskan hasratnya....tetapi kerana apa yer dan akhirnya aku dapat jawapannya...maafkan umie jika umie bersalah tapi suatu hari nanti Iskandar akan mengerti malah memahami mengapa ini yang terjadi ...Buat Iskandar..jangan begitu sayang..biar apa pun yang terjadi umie tetap sayangkan Iskandar...tetap sayangkan anak anak umie...tak pernah kurang.....
buat abahnya..tolonglah..berikan kasih sayang kamu kepada anak anak mu itu..jangan abaikan mereka..ingat janji yang telah engkau berikan ketika engkau mengambil hak aku..ingat..jangan ulangi perkara yang sama supaya engkau tidak akan kehilangan mereka juga suatu hari nanti....seperti engkau kehilangan kasih sayang ku....

Zulqarnain...alhamdulilah..sikapnya membuatkan aku tersenyum ..melihat gelagatnya bersama sama kakak dan abangnya membuatkan aku terhibur...sikap manjanya terhadap aku bagaikan merawat luka dihati ku....erat pelukannya terasa apabila bersama aku...dia dah mula pandai bercakap..banyak yang ingin diberitahunya...celotehnya mengundang tawa dalam hidupku...ingin aku mengambilnya tetapi tidak adil untuk kakak dan abangnya..tidak mungkin aku memisahkan mereka...dapat aku melihat keakraban mereka..sikap melindungi antara satu sama lain...

                                              Zulqarnain..gambar nie jer yang dapat ambik...
                                              merajuk dan menangis bila mintak berposing 
                                              akhirnya ambik bila dia tido..hehehehe

Buat diriku..bersabarlah..Insya-ALLAH  mereka akan aku miliki suatu hari nanti...buat masa ini aku perlu mencari siapa diriku...ingat ALLAH itu sentiasa melindungi mereka dan semoga mereka tetap bahagia tanpa aku disisi mereka....

Akhir kata umie tetap sayang dan mencintai kalian kerana kalian anugerah ALLAH yang terindah dalam hidupku....

Thursday, 3 November 2011

Diam ...Bukan Aku Salah..Bukan Aku Kalah

Assalamualaikum....sahabat ku semua..

Mungkin entry nie agak mengejutkan semua sahabat diluar sana...dulu aku takut dan malu untuk memberitahu keadaan sebenar..takut dikeji..takut dipandang hina oleh orang - orang sekelilingku..siapa yang mahu jadi seperti aku..siapa yang mengimpikan mahligai yang dibina hancur berderai....siapa yang mahu kehilangan orang tersayang...tapi takdir yang tertulis dalam hidup aku ini perlu aku hadapi dengan penuh redha..bukan hanya melafazkan tetapi juga perbuatan...redha itu perlu dalam hidup kita ...

Bukan aku mempertahankan bahawa aku tak bersalah dalam hal nie...aku tahu aku juga ada melakukan kesilapan..aku juga gagal mempertahankan..tapi sebagai manusia biasa yang ALLAH anugerahkan aku perasaan..aku juga tahu erti terluka..aku juga tahu erti terseksa....aku juga tahu erti kecewa...bukan aku mengharapkan belaian bagaikan bidadari..kekayaan seperti orang kenamaan..cukuplah seseorang yang memahami diriku..menghargai segala pengorbanan tu...menghargai aku sebagai seorang wanita..isteri dan ibu kepada anak-anakku....tapi jika cemburu menguasai jiwa...jika kemarahan menghiasi mahligai..di mana manisnya kebahagiaan..di mana manisnya percintaan...

Siapa sangka...perpisahan ini terus menafikan hak aku sebagai seorang wanita...sebagai seoarang isteri..dan sebagai seorang ibu...luluh hati ini....tapi jika ini yang aku perlu bayar untuk kebahagiaan aku..aku sanggup walaupun ada yang mengatakan aku bodoh..aku hanya pentingkan diri...tetapi inilah yang terbaik...aku memberikan nyawa aku sebagai ganti untuk mereka meneruskan kehidupan ini...semoga mereka juga tabah seperti umie mereka mengharungi detik-detik hidup mereka tanpa aku....siapa tak sedih ..siapa tak kecewa ....hanya doa yang dapat aku berikan buat mereka supaya mereka sentiasa dilindungi oleh ALLAH...sentiasa bahagia tanpa aku melihat mereka membesar...tapi aku tahu aku sentiasa menyayangi mereka bahkan tidak pernah kurang malah kerinduan ini membuatkan aku lebih menghargai mereka...

selama ini aku diam..selama ini aku hanya membiarkan segala kata kata nista..fitnah yang melanda diri..aku tahu sebanyak mana pun aku pertahankan ...aku tetap disalahkan....dan sekarang aku nekad ...jangan sesekali mempermainkan maruah aku...cukup ....aku tak nak mengaibkan sesiapa....jadi tolong jangan mengaibkan aku kerana ALLAH pasti membuka aib dirimu...ingat...ALLAH itu sentiasa mengetahui apa yang berlaku...