Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tinggal 2013...Selamat Datang 2014...Semoga Tahun Depan Cukup Membahagiakan

Assalammualaikum...good bye 2013...lambai-lambai tangan kat tahun 2013 kerana hari ini hari terakhir 2013....esok sudah datang tahun 2014....maknanya umur pasti meningkat lagi tahun depan....terfikir-fikir ...bilakah akan berakhir nyawa dari jasad ini...hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

2013...kedatangannya disambut dengan penuh harapan supaya kehidupan kembali ceria dan perjalanan langkah tidak pincang...Alhamdulilah ..aku bersyukur kerana DIA telah merencana dan mewarnai takdirku dengan cantik sekali. Tahun ini aku diberi pelbagai dugaan...hendak melihat ketabahan dan kekuatan aku menerima semua ini dengan redha atau tidak...syukur masih ada kesabaran di dalam hati ini...

Benar...dugaan seorang ibu adalah anak-anaknya. Jika ditanya apakah harta yang paling berharga pasti bibir ku pantas menjawab anak-anak...walaupun mereka jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati...tak pernah doa ku lekang untuk mereka...aku sentiasa mengharapkan DIA menjaga mereka untuk aku..kerana aku yakin hanya DIA yang boleh menjaga mereka dengan baik...terima kasih YA ALLAH kerana memahami apa seorang ibu ini lalui...aku redha demi kebahagiaan mereka...aku redha menerima dugaan ini demi MU YA ALLAH...kerana aku hanya hambamu yang hidup atas ikhsan dariMU...tak mungkin aku dapat membalas segala yang telah ENGKAU berikan apatah lagi dengan kasih sayang yang ENGKAU berikan kepada ku...YA ALLAH hamba MU ini amat menyayangi MU ...terimalah aku ...sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk MU..YA RABB

2013 menyaksikan aku dilanda sakit ...ya sakit yang pelbagai...semput tetiba muncul dalam hidupku...mungkin kerana amalan selalu mandi malam..degil..itu aje la untuk diriku..nak wat camno...dah suka tidur dengan badan yang bersih hehehehehe...apa lagi ya...sakit kepala a.k.a migrin yang tak sudah sudah..tetapi alhamdulilah akhir-akhir ini semakin tiada...kurangkan minum kopi...kurangkan minum coklat or makan coklat...tapi nescafe masih membuat kepala ku pusing...minum atau bau aromanya...boleh menyakitkan kepala ku..yut yut yut kepala ku hehehehehe..

Hari itu sakit mata..itu yang paling menyeksakan...sangat sangat sakit...tentang itu ada aku coretkan dalam blog ini...hilang nikmat penglihatan...benar...ALLAH menarik nikmat itu sebentar dan aku bagaikan hilang arah..semuanya serba tak kena...tapi sakit ini mengajar aku sesuatu iaitu TERIMALAH KESAKITAN INI DENGAN REDHA.... :)=

Dah abis sakit mata...tetiba lak jatuh tangga..dah nasib badan kan....sekarang pun kaki ni tak baik lagi..masih ada bengkak yang tak surut...dah tak boleh nak berjoging..dan sekarang badan dah mencanak naik...effect daripada makan ubat kot hehehehe...tak nak mengaku suka makan sebab tu naik badan tu hehehehehe

Dan 2013 menyaksikan aku semakin sibuk dengan urusan-urusan luar pejabat...dan akhirnya dilantik sebagai Bendahari dalam Yayasan Amanah Niaga sehingga tahun 2015...jawabnya semakin sibuk dan kerja semakin bertambah...kerje kat RTM lagi..keje kat Yayasan lagi..itu tak termasuk kerja-kerja Fisabililah...semoga dengan usaha usaha ini aku mampu merubah kehidupan ku yang tak punya apa apa kepada yang punyai segalanya...demi anak anak ku lakukan...aku perlu berubah untuk mereka aku miliki kembali...

Yang paling bermakna hidup ini apabila dianugerahkan sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata...biarlah hanya 'rasa' ini yang menceritakan segalanya...Alhamdulilah..syukur ku hanya untuk MU ..Tuhan Pencipta Alam...Tuhan Yang Menghidupkan dan Mematikan...

Esok 01012014....bermula hari baru dalam tahun baru..untuk semua sahabat sahabat ku...aku dengan rasa rendah diri meminta maaf dan ampun jika ada kata-kata, kelakuan atau perbuatan ku yang telah menguris hati dan perasaan kalian..maafkan aku..kerana aku berharap biarlah aku pergi dari dunia ini tanpa ada dosa terhadap kalian...yang pasti aku maafkan kalian juga kerana tiada apa yang ku harapkan dalam kehidupan ini...yang penting aku ingin hidup di sana...di alam selepas kematian...aaamiinn.

Buat semua SELAMAT TAHUN BAHARU 2014....welcome....semoga tahun depan cukup membahagiakan diriku serta kalian..

jumpa lagi next year ok...

Salam Sayang....






Wednesday, 27 November 2013

Petua Nak Cantikkan Kuku...


Gambar Hiasan - Cantik tak

Ahhh...ada satu ilmu yang boleh dikongsikan bersama...inipun sebab aku terbaca tentang petua nak mencantik dan mengilatkan kuku...takyah la nak buat treatment kuku bagai yang mahal mahal tu ...dapat jimatkan duitkan hehehehe mudah je...caranya macam nie..

Ambik berus gigi yang dah tak guna lagi...letak lah ubat gigi dan berus la kuku tangan dan kaki anda sehingga puas hati..pastu basuh seperti biasa...senangkan..jika selalu amalkan Insyaallah kuku akan semakin kilat dan bersih...

Aku pun dah mula lakukan...ketika mandi..hanya ambik masa seminit dua untuk buat treatment kuku...so buat semua kengkawan selamat mencuba...

jumpa lagi

p/s : gambar kat atas bukan gambar kuku jari ku...hehehehehe

Tuesday, 19 November 2013

Alahai..Kesian Rakyat Marhaen ...Aku Ler Tewww...

Assalammualaikum semua...adoiii laaa sakit kepala baca berita berita semasa sekarang nie..entah apa apa cadangan dengan alasan yang tak boleh diterima dek akal...dari kenaikan minyak, kenaikan gula, sehingga la beberapa cadangan yang memeningkan kepala rakyat...yang bagi cadangan bukan la calang calang orangnya tetapi semuanya..alahai...tak boleh pakai weeiiiii

Nak kata apa kata la..nak kata aku pembangkang ke..kata la..aku nie rakyat biasa jer..aku sokong sesiapa pun tak merubah apa yang dah terjadi...sekarang nie kena la telan sebagai rakyat biasa...yang pendapatan pun biasa biasa aje..duduk umah biasa biasa je..naik kereta pun biasa biasa jer..tak de luar  biasa pun....

Nak bagi alasan pun agak-agak la weeiii..jangan ikut sedap mulut je..tau la mulut tak bertulang...yang bercakap tu pun bukannya orang susah..entah entah ada merc berbiji biji...ada bmw berkepok kepok..ada audi..ada porsce...kita rakyat nie dapat naik viva pun dah bersyukur sangat sangat...

Bab kesihatan dengan makan pun macam macam alasan bagi nak kurangkan subsidi..kencing manis la..darah tinggi la..kolestrol banyak la..obesiti la...alahai...tak kan nak control semuanya...kalau nak control apa kata hapuskan air air bergas yg mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi..sanggup ke..kang kata ekonomi tak leh nak capai target lak...asyik fikir pendapatan negara je..cuba cuba la fikir pendapatan rakyat nie...cukup ke tidak...makan ke tidak..ingat takde orang miskin ke kat negara tercinta nie...masih ada la..kalau tak tak kan la ada rancangan bersamamu kat tv3 tu..maknanya masih ada lagi yang hidup susah..melarat...

Cadangan aku ...apa kata satu keluarga hanya boleh guna dua kilo gula je sebulan..amacam...cukup tak...jangan lak kata nanti tutup lak kilang gula sebab tak kencang keuntungan korang...

Payah weeiii nak control kehendak rakyat...aku percaya rakyat nie bijak dan pandai..diorang lagi tahu apa yang baik untuk diorang dan kesihatan diorang...lagipun aku rasa yang kena kencing manis tu tak semestinya sebab ambik gula berlebihan...banyak faktor lain lagi...saja je nak bagi alasan kan...

Tapi kalau nak kata obesiti aku rasa menteri menteri kesayangan kita tu banyak yang obesiti...perut semuanya ke depan..apa makna tu..confirm makan cukup dan terlebih..kalau tak cukup makan ..mesti perut six pax kan...ini takde menteri yang perutnya cantik pun kecuali KJ dengan Rafizi..itu yang aku nampak la..korang bagi la contoh menteri lain yang perut cantik jer....

Nak kata rakyat tak mengamalkan hidup sihat ...aku rasa rakyat la paling mengamalkan hidup sihat..tak percaya pergi la ke tempat tempat riadah...penuh je rakyat biasa...tak pernah pulak aku jumpa menteri yang dok jogging sorang sorang kat taman tu...kalau ada pun confirm menteri tu ada event..siap ada press lagi..dan puji la menteri nie sebab mengamalkan gaya hidup sihat so rakyat jugak disyorkan ikut teladan menteri nie...cehhh kalau setakat sekali setahun je tak yah la bangga sangat weeiii...semak aku tengok...

Aku bukan apa....nak cadang atau buat sesuatu tu tengok la keadaan semasa rakyat ...semasa nak mengundi macam macam cara nak ambik hati rakyat...bila dah berkuasa..senang senang je lukakan hati rakyat...mungkin mereka lupa sebenarnya mereka bekerja untuk rakyat ...bukan rakyat bekerja untuk mengkayakan mereka...anda senang atas kesusahan rakyat yang telah memilih anda...untuk apa...jadi pegang dan lakukan lah segala amanah itu dengan baik ...kerana setiap perbuatan kita di dunia ini akan diulang tayang di hadapan Allah...masa itu kita dah tak boleh membuat rayuan atau pun nak pancing undi lagi dah...masa itu kita kena tanggung segala - galanya ...jangan pulak masa tu nak salahkan kami rakyat yang memilih kalian..aku terus terang cakap tak mau masuk neraka dengan korang.....tak sanggup aku weeiiii....okbai...




Wednesday, 30 October 2013

Jatuh Tangga La Pulak!!!!!!

Satu satu dugan sakit tu datang....kenapa..hemm tak perlu dipersoalkan..pernah bertanya soalan yang sama kena tidak pernah habis dugaan dalam hidup ku..tetapi jawapan yang diterima cukup membuatkan aku kembali sedar untuk bertapak di muka bumi ini...terimalah kesakitan ini dengan keikhlasan..

Semalam saat ingin ke tempat kerja aku jatuh tangga...sakitnya hanya ALLAH je yang tahu...nak bangun pun sakit..apatah lagi kaki ni terkehel dan terseliuh...dan pada waktu yang sama terasa diri ini nak pitam dan rebah...mengenangkan aku perlu kuat untuk bangun...aku paksakan diri juga untuk berdiri..dengan bantuan rakan yang memapah aku ..akhirnya dapat jugak aku mendaki tangga naik ke rumah...menitis air mata walaupun terasa lucu pulak bila dah terjatuh tergolek macam tu...macam nangka busuk jatuh pun ada...

Dan hari nie..sudah mula terasa lenguh-lenguh badan aku..buku lali kaki sebelah kanan juga mula berdenyut-denyut..agaknya kesan daripada jatuh semalam...jawabnya hari ni kena mengurut satu badan.....

Entah la...esok esok apa pula sakit yang akan aku terima...kalau ini dapat mencuci dosa dosa ku di masa lalu..aku terima..aku redha..semoga apabila kembalinya aku kepada Penciptaku....DIA menerima aku sebagai hamba-Nya...dan berada di dalam golongan roh roh yang beriman..aammiinn..



Tuesday, 22 October 2013

Insaf....Mata Oh Mata...

Assalammualaikum sahabat semua..dah lama tak menjenguk blog nie...dah lama tiada cerita dari hati ke hati untuk dikongsi bersama...bukan tiada yang menarik tetapi kadang kala ada juga yang perlu disimpan di dalam hati sahaja..bukan tak nak berkongsi tetapi belum masanya..mungkin..

Ok..semalam aku mula bekerja setelah mengambil cuti sakit selama dua minggu..dugaan ..dugaan..memang berat buat yang menanggung kesakitan ni...merasai pengalaman yang menyakitkan bahkan menginsafi diri sendiri dengan kekurangan insan lain..

Dua minggu mengalami sakit mata yang luar biasa...bayangkan Ahad malam tepat jam 12 tengah malam mata sebelah kiri terasa bagaikan dihiris hiris..memang sakit...memang tak boleh nak tidur tetapi aku paksa diri untuk lelapkan mata..dan esok paginya ...mata tidak boleh dibuka...cuba membuka mata sebelah kanan tetapi terasa sakit di sebelah kiri..menangis jugak aku tetapi rupa rupanya semakin sakit ..pedih bila airmata keluar...jadi aku tarik nafas dan tenangkan diri..cuba mengawal sakit nie..dan apa yang boleh aku boleh buat ialah cuma tutup mata dan baring sahaja di katil..memang tak boleh nak bergerak bila mata tertutup..bayangkan dua hari begitu...semuanya diuruskan oleh kawan kawan dirumah..nasib baik dapat housemate yang baik dan sanggup bersusah payah menguruskan aku yang bagaikan sudah kehilangan penglihatan..memang insaf dan terasa hilang nikmat penglihatan yang diberikan oleh Allah ni...terfikir jugak aku ...bagaimana perasaan insan insan lain yang kehilangan penglihatan setelah pernah melihat dunia ni..memang tertekan..

Hari ketiga pula..mata mulai boleh dibuka sedikit..itupun kesakitannya usah ditanya..berair je mata ni bila dibuka..tetapi aku paksakan juga..seksa bila bergerak dengan mata tertutup..dah jadi orang buta pulak..tapi malamnya aku langsung tidak boleh tidur..bila menutup mata saja terasa seperti pasir yang masuk ke dalam mata..memang pedih..sangat sangat pedih...hilang kesabaran aku menahan sakit nie..macam macam yang aku luahkan..dan roomate aku punya la baik turut menemani aku sehingga ke pagi..kesian dia...esoknya dia membawa aku ke hospital Selayang tetapi rupanya tanpa surat rujukan aku perlu ke klinik kerajaan dulu...satu keje lak aku ke sana..dah la dengan cuaca yang panas..memang mata nie tak boleh tahan ...merungut jugak aku kerana kena tunggu agak lama untuk sampai giliran berjumpa dengan doktor..dan bila jumpa doktor..tahu dia tanya apa..' sakit apa'..itu je..pastu suluh mata aku dengan torchlight dan kemudian tulis ubat yang perlu aku ambil di farmasi..tahu tak berapa lama aku kat dalam bilik doktor tu..tak sampai 1 minit pun aku dah keluar..member aku pun terkejut..aiikk cepatnya...aku cakap biasala servis seringgit..macam ni la..hemmm..cukup mengecewakan..

Aku sangat berharap sakit nie cepat baik...memang aku tak mahu sakit nie aku tanggung lama lama..tak tahan sakit..asyik berbaring sahaja...satu apa pun tak boleh buat...hanya mengharapkan pertolongan dan belas ikhsan orang lain dan satu petang setelah aku bangun tidur...aku terdengar satu suara memberitahu aku "terimalah kesakitan ini dengan keikhlasan"...cukup jelas kata kata tersebut...dan aku terfikir sendiri.. .ikhlas...memang tiada dihati ikhlas ketika itu...asyik merungut sakit sakit dan sakit...dan aku dengan sendiri mula tenang dan terima sakit mata ini dengan ikhlas..dan alhamdulilah..aku mula berzikir untuk mendapatkan ketenangan dan keikhlasan dalam menerima dan merasai kesakitan...aku belajar sesuatu ketika itu...dan aku abiskan hari hari yang aku lalui dengan berzikir..semoga dengan berzikir dapat meringankan kesakitan dan dugaan yang aku terima kerana sakit ini datang daripada -Nya dan semoga DIA yang dapat menyembuhkan sakit ini. Itu saja yang aku fikir saat itu...redha..dan ikhlas...

Alhamdulilah ...seminggu berlalu dan aku mula boleh menerima sakit ini...nak tak nak terima sahaja...tak perlu merungut...tetapi sakit masih terasa...mata tetap berair..bila pakai cermin mata ...aku perasan sesuatu iaitu mata aku tak boleh menerimanya ...semakin sakit dan semakin berair..jadi aku melihat dalam kesamaran...cahaya yang terlalu terang pun mata aku berair...memang bilik aku gelap..dan digelapkan...cahaya tidak dibenarkan masuk..dan dilarang masuk hehehehe...

Baca tak status aku di FB hari tu...kerana dah tak mampu lagi asyik sakit je...aku ambik keputusan titiskan perahan limau nipis dalam mata...ini adalah cara alternatif ...ubat doktor dah tak berkesan...semakin sakit lagi ada la..kali pertama memang meraung jugak la aku menahan pedih dan terasa seperti luka yang diperah limau nipis...memang sakit..sangat sangat sakit...lama jugak aku tutup mata nie..takut pun ada untuk bukak mata nie..takut pedih lagi..tetapi alhamdulilah...terasa lega sikit ... memang lega..itu baru sekali dititis...dan satu hari tu aku titis 4 kali..puas hati aku...biar aku bunuh segala kuman kuman dalam mata ni..memang terasa puas bila membuka mata...dan aku dapat menonton tv hehehehe...bosan beb duduk dalam bilik je...dan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan ATM siaran pertama aku tengok hahahaha...tetapi habis je ..terus aku masuk bilik ..baring dan rehatkan mata....dan sebelum tidur sekali lagi perah limau dalam mata...

Alhamdulilah...3 hari aku lakukan perahan limau dalam mata..syukur sangat..semalam dah boleh bekerja..boleh mengadap PC nie tetapi kadang kala terasa jugak kering mata ni ...so kena la rehatkan mata...pejam..tak boleh terlalu terdedah sangat apatah lagi dengan cuaca panas ....dan hari nie aku tulis blog dengan panjang lebar hahahahaha

Memang insaf aku dengan dugaan sakit mata ni...dan aku kini lebih menghargai nikmat nikmat yang Allah kurniakan...aku telah merasai bagaimana bila Allah menarik kembali nikmat kaki (sakit tahun lepas) dan mata walaupun sementara dan fahamilah perasaan insan insan lain yang merasai dugaan yang sama apatah lagi kehilangan kekal...memang aku insaf...

jumpa lagi ....






Tuesday, 24 September 2013

Duit Oh Duit

Assalamualaikum...fuhhh...agak mencabar kehidupan akhir-akhir ini...masalah tak habis habis...bermula dengan kehilangan duit mak di dalam maybank...bukan sedikit..RM600 ...adoiii..masalahnya duit itu daripada aku lak tu..hemmm memang agak kecewa..bukan sekali tetapi dah berkali kali duit hilang dari akaun orang tua aku tu..dah buat laporan tetapi..hemmm tiada apa apa perkembangan..asyik asyik dalam siasatan...entah lah..kalau aku artis agaknya cepat je kes nie selesai kot...so terpaksa la korek duit lain untuk diganti dan diberi kepada mak...

Dan khabar yang tak mengembirakan..along kata mak ada darah beku dibahagian kepala..Agaknya sebab kesan daripada kemalangan yang pernah berlaku 15 tahun dahulu..memang teruk keadaan mak masa tu...bertahun tidak boleh berjalan..bila dah baik berjalan menggunakan tongkat...rasanya hentakan di kepala ketika jatuh dahulu...sebab mak kata dia tak ada pulak jatuh baru baru nie...Ya Allah...risau gak hati ...dah la mak duduk seorang di Kedah sana..dah la jauh....KL Kedah bukannya dekat ...so apa yang boleh kami buat..kena la mak berubat dan mendapat rawatan di sini saja..tapi kena la pujuk mak tu..mak bukannya suka masuk hospital..lagipun dia memang tak suka nak duduk wad...agaknya sebab ada pengalaman berbulan-bulan jadi penghuni tetap wad hospital dahulu kot...agaknya itu yang buat mak fobia...harap harap adik yang berada di Parit Buntar boleh balik selalu tengok tengok kan mak tu...hemm kalau nak rawatan cepat kena la ke hospital swasta..so along kita kena standby duit ...takpe duit boleh dicari...mak tak ada galang gantinya..betul tak..semoga Allah memberi kita jalan terbaik dan permudahkan segala urusan kita...

Dan minggu lepas terima call mengatakan aku tak bayar duit kereta...dua bulan lak tu..biar betul..tiap tiap bulan dibayar..yang pelik tu ini kali ketiga benda yang sama berlaku dalam setahun...dan kali ini bila dapat call macam tu memang aku cool abis....malas nak bertekak...beri jugak cadangan supaya check betul betul semua traksasi..mesti ada kesilapan sebab benda yang sama sentiasa berlaku..aku yakin semuanya dah selesai..kalau tidak tak kan aku dapat surat untuk renew insurans dan road tax...dah la dia kata memang aku tak bayar....siap suruh aku bayar untuk 3 bulan supaya kereta tak kena tarik...gila ke apa..dan semalam alhamdulilah selesai..pihak mereka mengaku berlaku kesilapan dalam dokumentasi mereka..lewat di update katanya...adoii la..macam mana korang buat kerja...kalau orang gomen mesti kata tak buat kerja..mengelat..banyak lepak kat kantin..so ini swasta weeiii...tak efisen...nasib baik pihak maybank kata aku tak perlu bayar kos kos lain akibat 'bayaran tertunggak' tu...sabar je la...dugaan betul...

Dan semalam renew insurans dan road tax...duit lagi...sabar je la...nasib baik kat ofis ni kitorang main duit kutu...memang aku dah setkan duit kutu tu untuk insurans dan road tax...alhamdulilah..tak la terasa terbeban sangat..kalau tak ..mesti pening kepala...dan bermakna ..hari ini dah setahun kereta tu aku miliki...perjalanan masih jauh nak membayarnya setiap bukan hehehehehe

Duit ..duit ..duit...semuanya memerlukan duit..dan bulan ni..memang agak kering poket aku...nasib baik esok dah gaji..kalau hujung bulan ..parah jugak aku...

Jika dulu agak mengelabah jugak kalau tak berduit..tetapi sekarang dah semakin tenang menghadapi saat saat kritikal macam nie..alhamdulilah...memang duit penting dalam kehidupan kita tetapi kalau kita yakin dan berserah kepada Allah...InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya...biar DIA yang menentukan jalan kehidupan ku seharian...aku redha...tetapi aku tetap berusaha untuk mencari rezeki Nya di dunia ini...itu penting jugak..kalau hanya menadah tangan dan mengharap duit jatuh ke riba pun tak boleh jugak..so berusaha..tawakal..redha....dan sentiasa berdoa ..semoga Allah permudahkan segalanya...

jumpa lagi...


Friday, 13 September 2013

Wahai Anakku....

Wahai anakku
Setiap manusia telah ditentukan lorong rezekinya oleh Allah. Sekiranya kamu telah menemui lorong tersebut, istiqamahlah kamu di atasnya kerana itulah lorong rezekimu. Jangan sesekali kamu dengki dengan orang yang lebih darimu, kerana Allah telah tentukan bahagian masing-masing sejak alam rahim lagi.



Wahai anakku,
Orang yang tamak akan ditipu oleh dunia, sehingga tiada masa dengan Allah. Kesibukannya mencari rezeki di dunia menyebabkan penilaiannya turut berubah. Ia memandang besar apa yang ada di dunia, sehingga segala yang disediakan oleh Allah di akhirat dianggap kecil. Ketahuilah wahai anakku, perumpamaan dunia hanyalah sekadar mana air lautan yang melekat di jari yang dicelup dalam lautan, sedangkan akhirat ialah sebanyak mana air laut itu.

Wahai anakku,
Tentulah kamu rasa pelik bilamana ada manusia yang hanya berebut sesuatu yang sedikit di dunia ini, sedangkan yang lebih banyak dan kekal di akhirat dibiarkan.

Wahai anakku,
Janganlah kamu termasuk dalam kelompok yang ditipu oleh dunia, sedang ia semakin jauh dengan nikmat sebenar di akhirat. Mereka sanggup bertungkus-lumus mengejar sesuatu yang akan luput sehingga tiada masa dengan Allah. Sedarilah wahai anakku, sesiapa yang tiada masa dengan Allah, nescaya Allah tiada masa untuknya.


Wahai anakku,
Selagi mana kamu memelihara segala hak Allah, nescaya Allah memelihara hak kamu. Apakah kamu bimbang terhadap rezekimu lagi, sedangkan yang memeliharamu ialah Allah yang dalam gengamanNya segala kekayaan dunia dan isinya.

Wahai anakku,
Rasulullah dan para sahabat pernah dipulau, disisih, dikenakan sekatan ekonomi, ditekan dari sudut kebendaan agar meninggalkan ajaran Islam; musyrikin menyangka Baginda dan Islam akan padam dengan tekanan itu. Namun, Allah rezekikan yang lebih baik dari apa yang golongan musyrikin sangka. Kerana itu, aku tidak bimbang sedikitnya rezekimu namun apa yang aku bimbang kamu kaya dengan yang haram, menyebabkan segala keberkatan dan rahmat Allah akan tercabut dari kamu.

Wahai anakku,
Bilamana keberkatan hartanya hilang, maka segala harta akan merosakkan dirinya, atau keluarga dan anak-anaknya. Kerana itu jangan kamu taajub kepada seseorang yang dikurniakan harta yang banyak dari sumber yang haram, kerana kalau mereka sedekah, ia ditolak oleh Allah, kalau ia berbelanja, maka haram pembelian dan perbelanjaannya, dan sekiranya diguna oleh warisnya, maka ia menambahkan azab kepada pemiliknya di alam barzakh.

Wahai anakku,
Istiqamahlah kamu dengan Surah al-Waaqi’ah dan solat dhuha, nescaya Allah murahkan rezekimu yang penuh dengan keberkatan. Janganlah kamu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, kamu akan kecewa; tetapi haraplah apa yang ada di tangan Allah, kerana ia lebih baik dan lebih kekal.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, jauhi kami dari rezeki yang haram dan merosakkan kami, dan jadilah kami orang yang mengharap dariMu bukan kepada makhlukMu. Amin.

Senyum


info dari Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

p/s  : semoga satu hari anak anak ku akan membacanya...dan ketahuilah perjalanan kita bukan bermula di sini tetapi di akhirat kelak..kerana disitu lah kehidupan abadi untuk yang mengetahui dan menjumpai jalan menuju fitrah diri...

Tuesday, 10 September 2013

Indahnya Nikmat Ini

Assalamualaikum...indahnya nikmat dan rahsia Allah ini...kerana itu DIA sentiasa merahsiakan apa yang akan berlaku pada hambaNya...tetapi apabila ia dirasai ...hambaNya itu sendiri akan merasai keindahannya...

Siapa yang mahu hidup dilanda kecewa..tanyalah kepada sesiapa pun...pasti ada yang tak sanggup hidup yang penuh dengan masalah..tetapi di dunia ini memang penuh masalah..penuh dugaan...nak berjaya lepaskanlah dahulu semua dugaan dan ujian yang diberi dengan jayanya..baru anda boleh kecapi kejayaan...nak syurga ...jauhi neraka...bagaimana....jauhi perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada neraka...menjerumuskan diri kepada neraka...sesungguhnya ia adalah tempat yang paling menakutkan jika kita mengetahui kebenarannya... semoga Allah memilih kita ke syurgaNya...aamiinn..memang benar..kesabaran adalah kuncinya...sabar dan redha..memang susah untuk mendapatnya..tetapi Insyaallah pasti boleh jika kita boleh menundukkan nafsu kita...

Dan akhir-akhir ini ..sentiasa mimpi perkara yang sama...tak tahu apa ertinya..tapi pasti ada hati yang sedang merindui...diriku dan mereka..dan hanya mimpi yang menemukan kami...jadilah..sekurang-kurangnya terubat rasa rindu yang sesak di dada ni...

Dan aku tetap gembira kerana kini hidupku sentiasa ada yang menemani walaupun hanya bertemu di sebalik dinding tak bernyawa...kak lang sayang abah....






Friday, 30 August 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



31 Ogos - Salam Kemerdekaan...Salam Kebebasan...semoga kita rakyat Malaysia menghargai dan memahami erti Merdeka...

Sebagai anak yang lahir selepas Merdeka..ia sesuatu yang cukup bermakna..benar saya tidak merasai keperitan mereka yang terdahulu...namun hati saya amat mencintai negara Malaysia...di sini tumpahnya darah kelahiran saya..dan di sini saya dibesarkan ....i love Malaysia...

Uniknya Malaysia..ia dihuni oleh pelbagai kaum..yang bersatu dibawah satu negara ...MALAYSIA...semoga kita kekalkan semangat perpaduan ini kerana apabila timbulnya rasa iri hati, hasad dengki, akan berlaku pengkhianatan sesama sendiri...jadi teguh bersatu demi anak - anak bangsa kini dan akan datang...semoga anak-anak kita serta cucu cucu kita mewarisi kehebatan negara seperti hebatnya Kesultanan Melayu Melaka dahulu...

MERDEKA...bukan hanya untuk negara tetapi juga untuk diri sendiri...minda dan kehidupan...dengan dunia yang tiada sempadan...cubalah kita mengambil yang baik untuk diri dan buruk dibuang ketepi..jangan jadi bangsa yang suka copy and paste tanpa memikirkan ia memberi kebaikan ataupun keburukan ...jadikanlah keindahan Islam itu sebagai kehidupan kita....semoga setiap langkah kita dibumi ALLAH ini sentiasa ada DIA di hati...Insyaallah..kehidupan lebih diberkati dan MERDEKA yang sebenar akan dikecapi...

Salam Kemerdekaan 

jumpa lagi...

Wednesday, 21 August 2013

RAHSIA DI SEBALIK PANGKAL HURUF NAMA KITA

~huruf A~
 
> Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

~huruf B~

> Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

~huruf C~

> Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

~huruf D~

> Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

~huruf E~

> Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

~huruf F~

> Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


~huruf G~

> Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

~huruf H~

> Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

~huruf I~

> Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

~huruf J~

> Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

~huruf K~

> Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia.

~huruf L~

> Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.


~huruf M~

> Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

~huruf N~

> Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

~huruf O~

> Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

~huruf P~

> Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

~huruf Q~

> Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

~huruf R~

> Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


~huruf S~

> Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
~huruf T~

> Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

~huruf U~

> Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

~huruf V~

> Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

~huruf W~

> Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

~huruf X~

> Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

~huruf Y~

> Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

~huruf Z~

>Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
p/s : betul atau tidak...
 

Tuesday, 20 August 2013

Cara Murah Cuci Buah Pinggang

Buah pinggang merupakan salah satu organ badan paling penting kerana buah pinggang berfungsi untuk menapis segala makanan, minuman dan ubat-ubatan yang telah memasuki badan kita.

Jom ketahui cara membersihkan buah pinggang secara natural.

Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan bahan-bahan lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.


p/s : info ini saya kongsikan dari DEE GYM Supplements...Insyaallah saya nak cuba..hehehehe..memang sesuai untuk saya...kepada kengkawan yang nak cuci buah pinggang..jom sama sama kita cuba..semoga ada hasilnya...

Wednesday, 31 July 2013

Hanya Luahan Rasa(2)

Assalamualaikum...dh minggu minggu terakhir berpuasa...baru nak menulis entry baru..dah berhabuk blog ni ...kena kemas kan..so apa yang aku nak tulis ni hanya luahan rasa..lagipun semakin hujung hujung Ramadan ni aku memang takde mood nak raya...apatah lagi ada kerja yang masih tertangguh...kerja apa...hemmm agak rahsia...hehehe..lagipun tahun ni anak anak beraya dengan bapa dan keluarga mertua...opsss bukan bekas mertua yer sebab takde istilah bekas kerana sampai mati pun mereka tetap mertua aku walaupun hakikatnya mereka membenci aku ....biarlah..hati dan perasaan mereka aku tak boleh kawal..semoga Allah memberi mereka hidayah dan kesedaran bahawa ini semua adalah takdirNya..

Dan aku bila berjumpa dengan insan senasib..terasa tersentuh hati ini bila mereka berceritakan apa yang menimpa mereka...dan akhirnya penceraian juga menjadi pilihan...hemmm apabila seseorang suami itu memiliki sifat dan sikap panas baran memang susah untuk berubah...tidak kira berapa lama anda berada bersamanya..

Bagaikan kisah itu berulang..mereka juga merasainya dan memang benar hanya insan yang pernah merasai penderitaan ini akan memahami perasaan masing-masing. Tapi sedih bila ia berlaku perempuan juga disalahkan..isteri juga dikatakan jahat...Ya Allah ingatkan aku sahaja yang dituduh begitu oleh orang sekeliling. Habis..nak tunggu apa lagi..nak tunggu jasad menjadi kaku ditangan lelaki seperti ini. Sedih bila memikirkannya..kerana aku di saat ini masih ada yang memandang serong kepada janda seperti aku...tapi aku kini bahagia...bahagia kerana sudah tamat rasa derita itu...

Jika sahabat sahabat diluar sana sedang berbahagia dengan pasangan masing-masing..bersyukurlah dan sentiasa berdoa supaya Allah memberi keberkatan dalam kehidupan anda semua. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa rahsia disebalik kehidupan setiap insan...ada yang bahagia, gembira,ada yang derita, tetapi yang pasti setiap dugaan hidup yang diberi oleh Allah itu sebenarnya untuk menguji iman kita..di mana tahap keimanan kita..dan yang penting 'rasa' yang hanya Allah itu penolong dan penyelesaian segala masalah...saya gembira anda bahagia...dan doakan juga kebahagiaan saya satu hari nanti...Insyaallah..

jumpa lagi

Tuesday, 9 July 2013

Selamat Berpuasa Sahabat

Assalamualaikum..sahabat

Esok adalah 1 Ramadan...tanda mulainya umat Islam berpuasa...Selamat Berpuasa..selamat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh kesederhanaan namun lebihkan beribadat...jangan terbalik pulak yer kengkawan...jangan sentiasa ingat resepi apa untuk berbuka hari ini..esok..lusa..dan seterusnya...jangan pula berkira-kira untuk membeli persiapan raya dengan berlebihan kerana pada saya berhemahlah dalam membuat perbelanjaan menyambut lebaran nanti...

Tepuk dada tanya iman...semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan kepada hidup kita semua...sinarilah hati dan diri kita dengan cahaya Ramadan..

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.


2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.


3. Setiap hari Allah menghias syurgaNya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'


4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.


5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)
 



Monday, 24 June 2013

Tips Penjagaan Kaca Mata.

1. Gunakan bekas yang sesuai dengan saiz kaca mata anda. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Selepas menggunakan kaca mata, bungkus dalam kain pembersih lensa sebelum menyimpannya di dalam bekas. Ia akan mengelakkan lensa calar.

2. Jangan lokek mengeluarkan belanja untuk servis kaca mata anda. Lakukan pemeriksaan pakar optik sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan kaca mata berada dalam keadaan yang baik.  

3. Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai sebaliknya servis di kedai optik.

4.  Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.

5. Usah mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar.

6. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan pencuci lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.

7. Elakkan membuka kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.

8. Ketika membersihkan lensa, pegang bingkainya dengan cermat. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.

9. Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.

10. Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.

11. Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.

12. Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.

Sumber : Majalah Wanita
 

Thursday, 13 June 2013

Hidup Dan Mati Hanya Untuk Mu

Hati sedang merindu...rindu dengan kedamaian dan keindahan rasa ini.....bahkan nikmat dunia ini tidak mampu menandingi kedamaian ini...inilah rasa yang dicari cari dalam hidup...Alhamdulillah ia bertemu jua..syukur kerana aku sudah mengenali siapa diriku...kembali kepada fitrah kerana aku adalah hamba Allah...ingin aku berbakti untuk Mu seumur hidupku...kerana hidup dan matiku kini hanya untuk Mu..dan terimalah hamba ini dengan kasih dan sayang Mu...


Tuesday, 4 June 2013

Pesanan Imam Al-Ghazali


Alahai...

Hari ni agak lemah ..kenapa..akhir akhir ini badan agak sakit sakit dan sengal sengal...sendi pun terasa sakit sakit dan pedih...dan hari ni agak lewat masuk opis sebab pagi tadi bila bangun terasa sakit pinggang dan juga sakit kepala mula menyerang...jadi ambil masa untuk pulih kembali...rehat dan baring ...nasib baik hari ni ABC..so tak ada la tergesa gesa untuk bangun...nak tak nak kena juga berbaring sebentar...dua tiga kali bangun tetapi masih sakit...hemmm ingat nak ambil MC sahaja..ye la..sudah lewat..sakit pun masih tak menunjukkan tanda tanda akan baik ...

Jadi kembali tido..dan bangun jam 8 pagi...cuba juga bangun...dan melangkah juga untuk ke bilik air..mandi dan bersiap..hemmm memang lambat la...tapi memikirkan ada kerja yang belum selesai di opis..gagahkan juga..lambat pun lambat la..janji datang...

Dan akhirnya sampai juga opis jam 10 pagi...sekarang ni pun dah terasa badan melayang-layang..kepala mula pening-pening ....dan hari ini cuba tak nak makan...nak tengok ketahanan badan...boleh atau tidak sebab dulu sakit ini adalah penyebab utama aku tak boleh berpuasa penuh...memang tak boleh tahan..terlalu sakit bahkan pernah hanya kerana nak berpuasa akhirnya aku dikejarkan ke klinik dan diberi injection...dan kena marah dengan doktor sebab paksa diri untuk berpuasa..uhhuu...sedih...bukan best pun tak puasa sebenarnya sebab bila hari raya tak rasa kemeriahannya...sebab tak dapat puasa ...sebab orang tak puasa tak leh raya kan..uhhuuu....

Sekarang tengah berubat secara kampung atau tradisional...untuk buang batu karang ni..batu ni dah terlalu dekat dengan buah pinggang..jadi apabila batu karang ni bergesel dengan buah pinggang itu yang menyebabkan sakit...harap batu ni leh pecah sendiri..tengok keputusan seminggu dua nie..harap harap ada perubahan positif...tak nak ke hospital..nanti kena cucuk sana cucuk sini..sakit woooo...dah tua tua ni badan pun tak tahan sakit hehehehe...

Harap semuanya dipermudahkan..semoga Allah memberi kesembuhan atas penyakit ini...kita berusaha dan semoga Allah mengizinkannya ...Insyaallah...

jumpa lagi...

p/s : Jika dirimu diuji dengan ujian dan dugaan..Ingatlah ia adalah kerana Allah menyayangimu...Jangan pernah lupa itu ...(peringatan untuk diriku yang sentiasa dilanda dugaan hidup di dunia yang tidak kekal ini )

Friday, 31 May 2013

Rindu Hati Ingin Ke Sana....

Cuti sekolah...hemmm takde yang istimewanya...ye la...nak ke mana..kerja macam biasa..dan anak anak dah balik ke kampung bekas suami di Lipis Pahang...so tak ada aktiviti untuk bercuti...tapi hati rindu nak ke satu tempat...dan rasanya nak bermalam di sana...ingin merasa ketenangan malam di sana sambil menikmati keindahan pantai.....rindu benar suasana di sana...

Dulu pertama kali menjejakkan kaki ke sana, kira-kira 2 tahun lalu...terasa kedamaiannya ...hilang segala masalah yang melanda ketika itu..konflik rumahtangga....yang ada hanya kedamaian dalam hati...melawat makam makam indah milik wali wali Allah...sangat mengujakan...pelik kenapa orang kata pulau ini 'keras' kerana ada sesuatu di sana...ya tak dinafikan ketika pertama kali berada di sana terkejut kerana ada yang melakukan penyembahan..bahkan ada orang bukan Islam yang datang meminta hajat...sedih kerana pulau ini terlalu terbuka kepada orang yang bukan sepatutnya datang...malah liputan di tv juga banyak memaparkan dari sudut negatif...entah la..bagiku datang dengan niat yang baik dan suci Insyaallah ada kebaikannya..bukan datang dengan sesuatu'niat' lain takut terpesong nanti...jatuh akidah yang perlu dan penting untuk dijaga...

Pertama kali datang...bagaikan suatu mimpi kerana dapat memasuki kawasan di dalam makam yang sentiasa ditutup dan dijaga...itulah makam As Sheikh Sultanul Ariffin R.A...Beliau adalah cucu ke 18 dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w...Nama sebenar beliau ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir dan merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Rasa tenang dihati melihat makam beliau.....nak tahu lebih lanjut tentang Sultanul Ariffin boleh cari cari maklumatnya di internet...banyak...kenapa beliau singgah dan menetap di pulau ini juga ada diceritakannya...di dalam makamnya yang besar itu juga bersebelahannya adalah makam tok gurunya iaitu Syeikh Yussuf...Sempat juga ke makam Syarifah Rodziah iaitu anak kepada Sultanul Ariffin. Al-Fatihah untuk wali wali Allah ini...

Kemudian kaki terus melangkah mencari makam makam wali wali lain..makam tujuh beradik...tetapi telah dipindahkan kerana tempat tersebut jadi perhatian upacara kurafat oleh mereka yang tak bertanggungjawab...kemudian ke makam nenek kebayan dan disebelahannya terdapat perigi nenek kebayan tersebut...banyak misteri yang diceritakan oleh orang ramai terhadap perigi ini...kemudian mendaki lagi ke satu kawasan iaitu batu belah..dipercayai batu ini dibelah dengan hanya menggunakan lidah oleh Panglima Lidah Hitam...jika diperhatikan batu ini memang terbelah dua dan belahannya licin...sebenarnya pulau ini selain dikenali sebagai tempat penyebaran agama Islam yang terawal di nusantara pulau ini juga tempat sekumpulan pendekar dan juga pahlawan datang berguru..bahkan dipercayai Hang Tuah lima bersaudara juga pernah berguru di pulau ini. 

Dan kali kedua datang niat di hati untuk ke Gua Yunus...Gua Yunus diberi nama kerana beliau adalah orang pertama yang menjumpainya. Gua ini terletak di belakang pulau ini ...perlu mendaki untuk sampai ke gua ini...selalunya gua ini digunakan untuk pertapaan..tapi saya ke sana bukan untuk bertapa tetapi ada sesuatu yang 'menarik' saya ke sana...tempat ini memang sangat tenang...walaupun agak penat mendaki tetapi alhamdulilah setelah sampai terasakan keletihan itu hilang apabila melihat pemandangan laut dari dalam gua...patut la tempat ini sesuai untuk bersunyi sunyian mencari ketenangan hati....

Dan sekarang pulau ini adalah list utama jika datang ke Melaka..kalau tak dapat pergi dapat tengok pulau ini dari kejauhan juga cukup untuk menghilangkan rasa rindu...susah untuk saya gambarkan ketenangan yang ada..jika ada yang bertanya pasti saya katakan pergilah sendiri..rasailah sendiri kedamaiannya...tetapi pergilah dengan niat yang baik...jangan ada niat disebaliknya..

Nak tahu pulau apa..itulah PULAU BESAR yang terletak di negeri Melaka...negeri kelahiranku...

p/s : maaflah tiada gambar disertakan..dan sebenarnya banyak tempat yang anda boleh lawati di pulau ini...tak silap saya ada 14 tempat menarik boleh dilawati...Insyaallah jika saya ke sana lagi mungkin kali ini saya ambil gambar dan buat entry baru tentang lawatan ke Pulau Besar tapi harap harap dapat menceritakan suasana bermalam di sana nanti.

jumpa lagi

Thursday, 23 May 2013

Sakit Oh Sakit

Assalammualikum..dh lama tak mencoret kan..tiada yang menarik ingin dikongsi..apatah lagi macam-macam perkara yang terjadi selepas pilihan raya lalu...hahaha dah terasa seperti orang penting pulak dalam politik..tetapi bila dah terkena batang hidung sendiri..memang benar apa yang dipertikaikan selama ini...inilah Malaysia tanah airku...rakyat marhaen yang tak punya apa apa kuasa...aku respect dengan keberanian yang ada pada orang-orang tertentu sahaja....

Ok lupakan segalanya...tak mahu terkena dua kali...hehehehe..jom kita cerita bab lain..bab apa ya..hemm sebenarnya pagi semalam apabila bangun, perut ku dah terasa pedihnya...dalam fikiran ahh gastrik ke..sudah lama benar tak datang sakit gastrik ni..nak kata tak makan ..malamnya aku dah makan..tapi kenapa sakit..dan semakin lama semakin kuat dan pedihnya menjalar ke pinggang belakang..yang paling sakit di bahagian kiri dan ia membawa ke sebelah kanan....memang dah mengigil sakit apatah lagi perut ku juga memulas mulas..angin nie...

Aku yang ada sejarah sakit batu karang dahulu tak menyangka ia menyerang kembali..dahulu aku sentiasa dikatakan mempunyai gastrik..sakitnya hanya ALLAH yang tahu..dari tingkatan 3 hingga 6 atas...itulah yang diberitahu oleh doktor bila aku ke klinik kerajaan mahupun swasta sehinggalah satu hari sekolah aku mengadakan aktiviti menderma darah dan disitulah baru ku tahu aku rupanya sebenarnya mempunyai batu karang di area buah pinggang setelah selepas menderma darah aku sakit dan pengsan di sekolah dan dibawa ke hospital Yan. Kerana penyakit ini juga aku mengambil exam kertas Pengajian Am di hospital..hehehe..nasib baik lulus cemerlang...kalau gagal bermakna gagal la STPM aku uhhuu..impian nak masuk universiti sudah tentu berkecai...

Sakit ini berterusan di universiti..bayangkan hari pertama pendaftaran sahaja aku sakit dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan USM...dan aku mendapat MC selama seminggu untuk dikecualikan menyertai minggu orentasi..tapi aku degil dan mahu juga merasa pengalaman yang tak mungkin akan berulang. Akibat kedegilan aku sekali lagi aku dibawa oleh ambulans ke Pusat Kesihatan USM setelah aku pengsan ketika upacara membaca ikrar sebagai pelajar USM diadakan...dan akhirnya aku tidak merasai pengalaman tersebut...hemm tak silap aku, aku kemudiannya diarahkan berehat sahaja di bilik atau kembali ke rumah...

Sakit ini tak pernah baik ...hanya kadang kala je ia baik dengan aku..selebihnya memang ia kejam dengan aku..kerana sakit ini aku selalu jugak ponteng kelas kerana tak mampu bergerak ..dan ketika tahun ketiga..aku memang tidak mampu menahan lagi kesakitan yang boleh dikatakan setiap jam menyerang..dah tak larat nak ambil ubat ataupun injection untuk mengurangkan sakit jadi akhirnya aku direfer kepada Hospital Kuala Lumpur itupun setelah aku pengsan ketika menunggu giliran untuk berjumpa doktor mengikut temujanji di Hospital Pulau Pinang. Alhamdulilah akhirnya aku dinasihatkan untuk membuat kaedah laser ke atas batu karang kerana doktor kata batu karang yang ada hanya sebiji dan sebesar duit syiling 20 sen tetapi batu ni memang degil dan tak boleh pecah walaupun dah makan pelbagai ubat. Kaedah laser ini aku buat dua kali di Hospital Kuala Lumpur kerana laser yang pertama sedikit sahaja yang pecah dan hancur. Berdarah jugak badan aku akibat luka dilaser..rasanya memang pedih walaupun mungkin tak sesakit jika dibedah..dan alhamdulilah akhirnya batu karang ni tiada lagi selepas sebulan dilaser. Itu cerita tahun 2002.....

Dan sekarang batu karang ini bagaikan hidup semula dan kali ini ia bercambah..hemmm rasanya dalam ni ada 4 biji batu karang...dan yang paling besar adalah berdekatan buah pinggang..Ya Allah sekali lagi...dengan pengambilan ubat dan rawatan..bila di x-ray rasanya 2 atau 3 batu karang dah keluar..itu yang kecil kecil..dan sekarang masih tinggal yang besar jer..agaknya ia dah mula ingin mendera aku lagi ..uhhuu..jangan la sakit seperti dulu..jika berlaku pasti susah aku nak bergerak dan datang kerja...takkan asyik nak ambik MC jerkan...

Nampaknya mulai hari ni kena la aku berpantang makan...uhhuu sebenarnya aku pantang tengok..semuanya aku nak bedal...nasib badan la...

jumpa lagi


Monday, 13 May 2013

13 Mei - Tarikh Keramat...Kelahiran Anakanda Zulqarnain

13 Mei satu tarikh keramat..ada sejarah di sebalik tarikh itu ..ia sudah menjadi sejarah..dan didoakan tiada peristiwa sama yang berlaku..hari ini atau pun pada tahun - tahun mendatang. Di sebalik tarikh keramat ini,  ia adalah satu kenangan manis untuk saya yang bergelar ibu...4 tahun lalu Muhammad Zulqarnain Shah dilahirkan..alhamdulilah hari ini hari lahir adik...Selamat Hari Lahir anakandaku...semoga dirimu menjadi anak yang soleh...dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat...aammiinn...

Ummi hanya mampu memberi sedikit hadiah..untuk Zulqarnain mengingati ummi bahawa ummi tidak pernah melupakan dirimu...Insyaallah satu hari ummi sendiri akan membesarkan Zulqarnain dengan tangan ini...ummi cuba untuk tak bersedih pada sambutan hari ibu..kerana ummi tiada di sisi kalian untuk menyambutnya...dan hari ini ummi sekali lagi tidak mahu bersedih di hari kelahiranmu...

Ummi sayang adik..ummi sayang kak long dan ummi sayang abang ngah.....sayang selalu..

jumpa lagi 

Muhammad Zulqarnain Shah

Sayang Selalu - Ummi dan Adik