13 Mei satu tarikh keramat..ada sejarah di sebalik tarikh itu ..ia sudah menjadi sejarah..dan didoakan tiada peristiwa sama yang berlaku..hari ini atau pun pada tahun - tahun mendatang. Di sebalik tarikh keramat ini, ia adalah satu kenangan manis untuk saya yang bergelar ibu...4 tahun lalu Muhammad Zulqarnain Shah dilahirkan..alhamdulilah hari ini hari lahir adik...Selamat Hari Lahir anakandaku...semoga dirimu menjadi anak yang soleh...dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat...aammiinn...
Ummi hanya mampu memberi sedikit hadiah..untuk Zulqarnain mengingati ummi bahawa ummi tidak pernah melupakan dirimu...Insyaallah satu hari ummi sendiri akan membesarkan Zulqarnain dengan tangan ini...ummi cuba untuk tak bersedih pada sambutan hari ibu..kerana ummi tiada di sisi kalian untuk menyambutnya...dan hari ini ummi sekali lagi tidak mahu bersedih di hari kelahiranmu...
Ummi sayang adik..ummi sayang kak long dan ummi sayang abang ngah.....sayang selalu..
jumpa lagi
Muhammad Zulqarnain Shah |
Sayang Selalu - Ummi dan Adik |
No comments:
Post a Comment