Wednesday, 27 June 2012

Cukup...Cukup Sudah

Terasa benar hati ini apabila mendengar khabar khabar angin yang masih menyapa diri. Sedangkan ia telah pun lama berlalu. Terfikir di akal fikiran ini apakah tujuannya dia menyebarkan fitnah tersebut? Kalau tidak berpuas hati berjumpa atau bersua muka..kenapa perlu kata kata di belakang...tahu tak ia hanya mendatangkan dosa..cukuplah mengumpul dosa dengan mengaibkan aku...ataupun dah banyak sangat pahala yang dikumpul dan mahu sedekahkan pahala itu untuk aku...terima kasih aku ucapkan..tapi nasihat aku sudah sudahlah menyebarkan fitnah itu..aku bukannya artis walaupun aku pernah bergelumang dengan kerja - kerja di belakang tabir bersama artis...

Pelik aku dengan sikap dia..ingin mengambil tahu apa yang berlaku terhadap aku...kalau aku susah bertepuk tangannya..tetapi bila aku ada rezeki lebih banyak pula suaranya yang mengatakan aku makan duit anak...duit siapa... duit Iskandar ke? Kenapa tak bertanya aku sendiri apa yang berlaku..kenapa nak buat skrip drama pulak...untuk pengetahuan kau duit pampasan Iskandar belum ada apa apa perkembangan...malah aku terpaksa mencari peguam baru untuk handle kes nie ..kau faham ke tak..dah la tak ambil peduli tentang semuanya apatah lagi bila masuk bab bab duit..takut benar aku meminta minta duitnya untuk membayar upah lawyer tu..tapi bila aku dah boleh bernafas disebarkan cerita yang duit Iskandar tu aku makan tak nak berikan sedikit pun untuk anak anak...Ya ALLAH demi Tuhan ku Yang Satu..duit itu belum ku terima..malah kesnya pun masih tertangguh...lawyer dah bagitau kes ini mengambil masa..bukan senang senang nak menang kes dengan syarikat besar dan terkenal..aku nie siapa hanya ikan bilis...sebab tu aku menukar peguam yang lebih berpengalaman dalam hal hal ini...untuk kau jika tak tahu bercerita jangan nak menuduh...benci aku mendengarnya...

Siapa yang tidak mengenalinya mungkin akan membenarkan segala ceritanya..tapi apa yang boleh aku lakukan, bila aku menegur dikatanya aku mengada-adakan cerita...depan aku baik sekali tutur katanya...tetapi di belakang aku hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya...aku hanya menyerahkan segala-galanya kepada ALLAH..biarlah DIA sahaja yang membalasnya...yang mampu aku lakukan berdoa dijauhi segala fitnah yang boleh membawa kehancuran hidupku...

Jangan sangka aku hanya mendiamkan diri, bermakna aku salah..aku dah malas nak ambil tahu kehidupan kau...kau nak buat apa buat la...aku berhubung dengan kau pun sebab anak-anak masih lagi tanggungjawab kita berdua...jadi aku bagi amaran JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN....

No comments:

Post a Comment