Sunday, 3 June 2012

Penat Tapi Berbaloi....

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis...entah kenapa idea seakan beku..apatah lagi hidup agak tidak terurus dan banyak masalah yang terpaksa difikirkan dan diselesaikan. Ikutkan hati rasa dah letih dengan kehidupan ini namun sebagai manusia biasa aku perlu akur itulah yang perlu aku hadapi sekarang....

Ialah manakan tidak segala perancangan terpaksa dibatalkan disaat saat akhir...banyak yang perlu diuruskan..semuanya urusan peribadi namun ia lebih penting daripada perancangan percutian ...ia perlu dikorbankan untuk mendapat kebaikan di masa hadapan...yang mana penting perlulah diutamakan ...betul tak??

4 hari terlantar sakit membuatkan aku benar benar menghargai nikmat sihat...benarlah ingat sihat sebelum sakit..namun yang paling aku terkejut rupanya aku diserang demam denggi..Ya ALLAH..nasib baik denggi tahap pertama...tidak serius..hanya perlu rehat dan makan ubat untuk sembuh..namun kerana sayang dan rindu kepada anak anak aku nekad balik Kedah walaupun kesihatan belum pulih 100%...tak apa la...janji mereka happy dapat berjumpa umie mereka kan..itu yang penting...

Sekali lagi perancangan untuk membawa anak anak bercuti ke Langkawi juga perlu dibatalkan...rezeki depan mata takkan nak lepaskan...lagipun ALLAH memberi peluang untuk aku menerima rezeki tersebut setelah setahun menunggu jadi terpaksalah memujuk anak anak melupakan Langkawi..nasib baik mereka memahami keadaan umie ketika itu...dan Alhamdulilah...segalanya selesai sudah ...semoga semuanya dipermudahkan...

Dan kini aku mengharap kehidupan ku semakin lancar, dipermudahkan,..penat mengharungi hidup namun berbaloi hasilnya...dan biarlah hasilnya membawa perubahan positif dalam hidupku...

No comments:

Post a Comment