Tuesday, 19 June 2012

Hari Sukan Sekolah Iskandar

Mak aiii dah lama benar tak menulis dan dah lama simpan gambar gambar ni...itu la kalau dah terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peribadi..banyak yang perlu diselesaikan...

Ini adalah suasana ketika Iskandar menyertai aktiviti sukan di sekolahnya...Sekolah Agama Rakyat Sri Petaling...Dia mewakili rumah hijau yang turut disertai oleh Sekolah Agama Masjid Negara. Ia diadakan di Padang TNB Bangsar. Saya ingatkan hanya sekolah Iskandar sahaja yang terlibat tetapi rupa rupanya sukan ini melibatkan sekolah agama di seluruh zon Bangsar..memang meriah dengan pelbagai gelagat kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan juga 6 tahun. Masih lagi ada yang menangis tidak mahu jauh daripada ibu bapa, yang berlari -lari dan bermain main di padang.. almaklumlah padang besar kan...so mereka ni terbang bebas ler meneroka seluruh padang...kesian bila tengok guru-guru diorang semua terjerit jerit memanggil murid murid...memang sabar guru guru melayan karenah anak murid mereka..itu tak termasuk lagi gelagat ibu bapa yang terlalu excited melihat anak anak mereka menyertai aktiviti sukan.Sehinggakan menyukarkan guru guru untuk mengawal keadaan. Pada pendapat saya sepatutnya ibu bapa perlu memberi ruang untuk guru guru menguruskan pelajar mereka sendiri. Kalau ibu bapa pun dah sama sama berada di dalam khemah sukan kan dah menyusahkan guru guru untuk melakukan kerja diorang. Mana nak handle anak anak murid yang memang aktif, nak handle lagi ibu bapa yang sibuk nak pastikan anak mereka selesa..hemm kesian guru guru nie...

Ok la berbalik kepada Iskandar hemmm dia masuk acara telur dalam sarang...acara ni sebenarnya Iskandar perlu baling bola ping pong masuk ke dalam sarang telur....tapi bila dia baling tak masuk pun hahahaha...kesian dia balik terus merajuk sebab tak masuk katanya. Puas jugak nak memujuk Iskandar tapi nasib baik la merajuknya tak panjang...dalam acara telur dalam sarang ni rumah sukan dia mendapat tempat ke-4 ...itu yang dia frust..takde hadiah katanya...untuk sejukkan hatinya saya belanja dia makan ais cream..baru la nampak dia tersenyum hehehe...













No comments:

Post a Comment