Ya ALLAH hanya Engkau yang tahu betapa aku merindui anak ini..kuatkan hatiku kerana aku ingin melihat dia juga kuat dalam mengharungi hidup ini tanpa aku disisinya.
Sayang..umie doakan dirimu sentiasa bahagia, ceria, menjadi anak yang solehah dan beriman dan juga sentiasa dalam lindunganNYA. Ketahuilah sayang kau adalah bidadari ku selalu. Umie juga berharap hadiah yang umie berikan dapat mengembirakan hatimu di hari lahir mu sayang...semoga hadiah itu berada di tanganmu...
Umie harap tahun hadapan umie dapat meraikan hari bahagia ini dengan kalian semua..itu harapanku dan buat semua sahabat doakan semoga sahabatmu ini mendapat kembali haknya sebagai seorang ibu...
Bidadariku |
Nur Saidatul Fatihah |
p/s: umie ingin merasai pelukan mu puteriku..
No comments:
Post a Comment