Pagi ni ...banyak yang aku fikirkan...aku fikirkan diri sendiri...mana arah tujuanku seterusnya...apa matlamat aku...ketenangan yang ku cari...semuanya ku fikirkan dan alhamdulilah aku bersyukur perjalanan hidupku semakin baik dan teratur...alhamdulillah..langkah yang pincang telah aku susun walaupun kadang kala terpelecok, jatuh, sakit dan aku masih memerlukan bimbingan...aku masih memerlukan tongkatku dalam mencari siapa diriku...
Bukan itu sahaja...fikiranku juga terarah kepada mak, kedua dua kakak ku, abang abang iparku malah adikku dan adik iparku...semoga kehidupan mereka semua diberkati ALLAH SWT dan kebahagiaan milik mereka....
Mungkin aku bukanlah anak yang terbaik...malahan bukan juga adik dan kakak yang sentiasa ada disamping kalian tetapi sungguh aku sayang kalian semua...Maaf jika kepincangan hidupku memberi kesan dalam kehidupan kalian...ahhh emosi pagi pagi nie..entah la.....tapi aku bersyukur..mereka menerima dengan redha apa yang telah aku lalui...dan aku kuat kerana keluarga ku kuat...
Entah kenapa aku meluahkannya di sini..di blog kesayanganku...inilah tempat untuk aku meluahkan perasaan...setiap rasa..setiap rindu...
Buat keluargaku...perjalanan hidup ini bukan hanya di dunia...kita tidak dilahirkan hanya untuk menikmati keindahan dunia ...mencari kebahagiaan, kepuasan dan kekayaan di dunia sahaja tetapi setiap apa yang kita lakukan di sini...akan menjadi penebusan di alam sana nanti...setiap amalan, setiap tanggungjawab yang telah disyariatkan dan setiap janji kita kepada ALLAH itu akan dihitung...adakah ia telah disempurnakan..semoga kita bukanlah dari golongan golongan hambaNYA yang lupa, atau pun buat buat lupa dan janganlah kita kerugian di sana nanti...kerana janji yang telah kita lafazkan adalah Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Semoga kita sama-sama berada di JannahNYA nanti...
Ya ALLAH ..aku merindui arwah abahku....al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment