'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang
hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi
Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama
kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman
yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang
tenang berubah warna.
"Apakah
maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini
saudara-saudaramu?"Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan
teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai
Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku
(ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga
ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah
menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda
bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi
mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku.
Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan
orang tua mereka."
Pada ketika yang
lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda:
"Siapakah
yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat" jawab sahabat.
"Bagaimana
para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir
dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat
terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"
"Bagaimana
para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin
kami" celah seorang sahabat.
"Bagaimana
kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah
menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau
begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab
seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu
ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka
membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang
dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang
beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh
rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika
membisu.
Ada berbaur
kesayuan pada ucapannya itu.'
p/s : Apa perasaan anda ketika ini...jawaplah dengan ikhlas...dan anda akan mendapat jawapannya...
No comments:
Post a Comment