Monday, 31 December 2012
Selamat Tinggal 2012...Selamat Datang 2013
Alhamdulillah...berakhir sudah tahun 2012...bermakna sudah dua tahun aku melayari hidup bersendirian ...syukur masih dapat bertahan dengan liku-liku kehidupan yang sentiasa datang menjengah diri..menyapa sanubari...menguji hati adakah mampu seorang wanita bernama Mastura Ismail ini melepasi setiap dugaan...
2012 banyak memori suka dan duka telah ditulis di dalam kamus hidup aku....aku sentiasa diberi pilihan...demi kepentingan diri atau orang lain terutama bila melibatkan anak-anakku... aku terpaksa berkorban dalam diam demi kebahagiaan mereka...siapa yang tahu hati ini merintih pilu dalam kerinduan yang dipendamkan...aku boleh mengira tahun ini berapa kali aku menatap wajah-wajah mereka....tapi demi sebuah kehidupan yang panjang aku bersabar...aku percaya mereka tetap akan aku miliki kerana telah tertulis mereka tetap anak-anakku..darah yang mengalir di dalam badan mereka ada darah ku jua..
2012 juga menyaksikan kemerosotan kesihatan ku...sentiasa dilanda sakit yang datang secara tiba-tiba..aku dinasihati sentiasa menjaga kedua-dua buah pinggang ku kerana sakit batu karang di buah pinggang kiri ku kembali lagi setelah hampir 12 tahun aku bebas dari penyakit batu karang akhirnya batu karang itu muncul kembali..di tempat yang sama ...ditambah pula dengan sakit kepala yang sentiasa datang tanpa diundang..Kesihatan ku juga terjejas dengan peningkatan berat badan ku...aku tidak boleh melepasi berat ideal supaya lutut dan kaki ku tidak sakit kerana tidak dapat menampung berat ..hehehehe mana tak nyer saiz kaki kecil sedangkan badan dah semakin besar..kesian kat lutut dan kaki kan...permulaan 2012 berat aku ialah 52kg dan akhir 2012 berat ku kini ialah 62kg...alahai naik 10kg dalam masa setahun...agaknya ubat-ubatan yang aku ambil memberi kesan kot...aku sentiasa rasa lapar...memang ramai yang menegur ...akak nampak semakin gemuk la...ehh Mass kenapa gemuk nie...hati senang yer...dan aku hanya mampu senyum...nak buat camner..berat nie nak naik senang..nak turun Masyaallah..susahhhh... So permulaan 2013 aku nekad nak berjalan -jelan atau pun berjoging...semoga nekad menjadi kenyataan yer Mass....
Kerjaya aku alhamdulillah..seperti biasa...tetapi tahun ini menyaksikan kegagalan aku dalam temuduga kenaikkan pangkat...tak apa la..mungkin belum rezeki aku lagi..tetapi syukur perancangan daripada tahun 2011 dulu telah dapat direalisasi pertengahan tahun 2012 dan semoga tahun 2013 ia semakin berkembang dan memberi hasil yang lumayan kepada kami....terima kasih sahabat kerana masih memeprcayai aku...
Buat semua ...Selamat Tahun Baru 2013...semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan perjalanan hidup kita dipermudahkanNYA...untuk semua..janganlah hanya mengejar dunia tetapi cari juga jalan menuju ke sana kerana kehidupan yang abadi adalah di sana...dunia ini hanya lah tempat sementara untuk kita terus mencari siapa diri kita ...mencari nikmat iman yang diberikan oleh ALLAH dan berusahalah kita semua mencari hidayah dan rahsia ALLAH itu...sesungguhnya ilmu ALLAH itu amat luas untuk hamba-hambaNYA yang ingin mencari kebenaran dalam kehidupan...
Oh yaa...apa azam 2013..jawapanku tetap sama....terus mencari siapa diriku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment