Assalamualaikum sahabat semua..maaf la dah lama tak ada entry baru...setiap hari memang blog ni di belek belek tapi bila nak tulis entry jer idea seakan membeku..itu la kalau otak nie tak digunakan sepenuhnya..banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah yang tak diundang...hemm kekadang sehingga sakit kepala nie memikirkan masalah yang entah mana datangnya...sedihkan bila kita tak ganggu orang tapi orang lain lak suka ganggu hidup kita...
Ok entry ni berkenaan anakanda putera ku iaitu Muhammad Iskandar Shah...alhamdulilah dia akhirnya sudah menamatkan zaman persekolahan tadikanya...syukur sangat..Iskandar mula belajar pada umur 4 tahun di tadika Kristal Riang..dan alhamdulilah dia menunjukkan perkembangan yang baik...ketika 4 tahun dia cemerlang dalam pelajarannya bahkan beberapa mata pelajaran dia mendapat markah penuh 100% bahkan ketika itu dia mendapat anugerah dan sijil penghargaan sebagai pelajar yang paling banyak baca buku Peter and Jane....sebenarnya aku pun pelik sebab bila dia di rumah memang dia tidak akan belajar malah membaca buku..yang dia tahu ialah bermain, berlari, melompat dan sebagainya..aduhaii terlalu aktif anak ini...
Ketika umurnya 5 tahun dia aku sekolahkan di Smart Reader sebab aku dah mula berpisah dengan abah dia...tapi sayang dia hanya sempat belajar 6 bulan sahaja apatah lagi kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan satu jari agak mengganggu pembelajaran dia kerana hampir dua bulan jugak dia tak ke sekolah..kemudian dia kembali bersekolah di Tadika Kristal Riang dan alhamdulilah keputusan dia cemerlang walaupun dia tak la dapat nombor satu.
Dan akhirnya ketika umurnya 6 tahun aku ambil keputusan untuk masukkan dia di sekolah agama. Dan aku bernasib baik abah dia turut setuju dengan keputusan aku. Bukan apa sekurang-kurangnya setahun ini dia mula mengenal huruf jawi dan agama. Hari pertama dia didaftarkan aku tak henti henti berdoa semoga dia dapat menerima pembelajaran di sekolah agama tersebut dan alhamdulilah Iskandar dah buktikan yang dia boleh...dan aku harap kecemerlangan ini dia teruskan apabila di sekolah rendah nanti..bahkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi...
Dan pada 31 Oktober lalu Iskandar telah menamatkan persekolahan dan satu majlis konvokesyen Tadika Islam Maiwp Zon Bangsar telah diadakan untuk meraikan pelajar pelajar dan dimajlis itu Iskandar mendapat Anugerah Kurikulum Terbaik bagi Sekolah Agama Kasyiful Ulum Sri Petaling...Alhamdulilah...hati seorang ibu tersentuh..memang sebak seketika apabila melihat dia mengambil anugerah tersebut...ye la tanpa kasih sayang seorang ibu dia masih lagi mampu meraih salah satu anugerah di majlis tersebut. Aku sangat sangat bersyukur kepada ALLAH kerana dia mengurniakan anak-anak yang tabah dalam menghadapi keadaan ini. Aku percaya ALLAH mendengar rintihan seorang ibu supaya anak-anaknya sentiasa cemerlang dan bahagia walaupun umie diorang tiada disisi selalu.
Dan dibawah nie ialah gambar-gambar suasana ketika Majlis Konvokesyen tersebut...
Apa yang aku harap sekarang Iskandar sudah bersedia menghadapi alam persekolahan. Tahun depan dia di tahun satu di Sekolah Rendah Bukit Jalil satu sekolah dengan kakaknya Fatihah...semoga anak anak umie sentiasa cemerlang di dalam pelajaran dan yang penting ilmu yang kalian perolehi dapat dimanafaatkan dalam kehidupan kalian.
p/s: tak sabar nak hadiri majlis orientasi Iskandar nanti dan Zulqarnain akan mula belajar tahun depan..syukur..
No comments:
Post a Comment