Monday, 8 October 2012

Jalan-Jalan...Bukit Bendera

Bukit Bendera...wahh dah lama tak pergikan...dan ketika pergi melencong sekejap sebelum sampai rumah kat Kedah...terfikir nak ke Bukit Bendera...Excited nak rasai pengalaman menaiki tren ke atas...makk aii memang laju...perghh boleh tahan berdebar jugak ketika menaikinya walaupun 5 minit jer dah sampai di atas. Yang seronoknya bila menaiki dengan rombongan sekolah..memang riuh keadaan di dalamnya..memang terasa suasana seperti melancong beramai ramai walaupun kami hanya bertiga sahaja...dan bila sampai ..terasa lutut aku lemah sekejap....terasa langkah kaki agak berat..mungkin kesan daripada kelajuan tren agaknya walaupun aku bukanlah seorang yang gayat ditempat tinggi..tapi masih terasa mengeletar kaki...mungkin ini pengalaman pertama menaiki tren laju ini. ok di sini sedikit info tentang tren laju nie.

Kereta api baru ini lebih laju dan menggunakan koc buatan Switzerland yang moden serta selesa untuk penumpang dan jadual perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai 6.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Penumpang tidak perlu menukar gerabak untuk sampai ke puncak bukit dan perjalanan hanya mengambil masa lima minit.

So aku ada la ambik gambar sekitar ketika menuruni tren dan juga suasana di sana...memang seronok kerana kali ini aku berpeluang meneroka Bukit Bendera secara keseluruhannya dengan menaiki buggy car dan yang bestnya pemandunya banyak memberi kami info-info tentang Bukit Bendera. Tentang keistimewaan Bukit Bendera, tentang banglo banglo mewah di sekitarnya dan siapakah pemiliknya, dan juga kawasan kawasan yang boleh diterokai secara jungle tracking...semuanya ada di Bukit Bendera. Nak tengok pelbagai periuk kera pun boleh tapi kalau nak masuk kena la bayar ..hehehe..
Jom layan gambar ... gambar suasana di dalam tren ada kat my friend..lupa nak ambik..anyway sebenarnya banyak gambar tapi tak boleh la upload semuakan...











No comments:

Post a Comment