Semalam aku menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2012 Murid-Murid Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Khalid Al-Walid. Lebih 1,033 murid-murid tadika Islam MAIWP dari lima zon iaitu Zon Bandar Tun Razak, Zon Batu, Zon Bangsar, Zon Setapak dan Zon Titiwangsa mengambil bahagian. Dan syukur sangat kerana Iskandar adalah salah satu daripada pelajar tersebut.
Mula - mula menjejakkan kaki ke Masjid ini aku lihat ramainya pelajar dan juga guru-guru yang ada disekitar kawasan tersebut. Mata aku pula meliar mencari-cari kelibat anakku Iskandar namun pencarian ku menemui kegagalan. Jenuh juga aku melihat-lihat kanak-kanak yang ramai di situ..sampai pening kepala aku melihat mereka..mana taknya semuanya berpakaian sama kecuali beza warna bagi lilitan songkok anak -anak tersebut. Akhirnya aku menarik nafas lelah..berhenti seketika dan memfokuskan arah tujuan aku sambil berdoa ALLAH memudahkan aku untuk mencari anakku. Setelah bertanyakan guru-guru yang ada disitu namun mereka pun tak tahu di mana pelajar-pelajar Kasyiful Ulum berada..aku hanya meneruskan langkah sambil mataku memerhati setiap anak anak yang berada disitu dan alhamdulilah seorang guru menegur aku dan memanggil Iskandar...nasib baik ustazah itu mengenali diriku ..mungkin juga sebab aku sentiasa ada disetiap majlis yang melibatkan sekolah agama mereka. Lega aku rasa apabila Iskandar berlari dan memeluk aku...
Ingatkan boleh aku berbual-bual mesra dengan Iskandar tapi dia lebih suka berlari dan berlari dengan kawan-kawannya..almaklumlah dia seorang yang terlalu aktif..jadi aku mengambil kesempatan bertanyakan perkembangan pelajaran Iskandar..alhamdulilah dia seorang pelajar yang pintar dan cepat memahami serta cepat membuat latihan yang diberi cuma dia seorang pelajar yang agak nakal. Ada juga ustazah yang ingin jadikan anakku sebagai anak angkat kerana kelincahannya. Aku hanya tersenyum jer bila mendengarnya. Kenakalan Iskandar itu tak aku nafikan..Kadang kala aku sendiri sukar menanganinya kecuali jika dia berhadapan dengan laptop ataupun psp..baru la aman sikit tapi aku sendiri tidak menggalakkan anak-anak aku terlalu menumpukan kepada games psp ataupun apa sahaja yang melibatkan peralatan canggih nie. Aku risau ia akan mengganggu proses pembesaran dan pelajaran mereka.
Majlis yang bermula jam 2 ini, dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Baru aku tahu sebenarnya Majlis Khatam Al-Quran ini adalah kali kedua dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan aku harap majlis ini berterusan kerana banyak kebaikkannya kepada anak-anak ini kerana bak kata orang lama melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Dengan cara ini Insyaallah anak anak kita akan mencintai Al-Quran.
Ini gambar-gambar yang sempat diambil ketika majlis tersebut.
Alhamdulilah..aku juga berkesempatan mengikuti bacaan-bacaan ayat ayat al-quran. Sebak hati ini mendengar suara suara cilik yang ramai ini sama sama mengalunkan bacaan al-quran..mengalir airmataku malah aku melihat ramai ibu yang mengalirkan airmata dan aku pasti mereka juga bangga dan bersyukur kerana anak mereka berjaya mengkhatam al-Quran...
p/s: semoga ketiga-tiga anakku menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup mereka...semoga mereka semua dilindungi ALLAH SWT selalu...aammiinn..
No comments:
Post a Comment