Alhamdulilah...masih dipanjangkan umur..masih dipinjamkan nyawa ini untuk meneruskan kehidupan di dunia ALLAH ini...jika yang ada facebook mesti ada yang membaca tentang status aku iaitu ALLAH akan redha kepada kita jika kita redha dengan segala nikmat ALLAH...
Apa yang kita tahu tentang nikmat...adakah hanya mencakupi erti yang gembira sahaja seperti ada duit yang cukup, sihat, gembira, diberi khabar yang gembira...dan kita pun ucaplah Alhamdulilah..syukur...tetapi adakah kita tahu nikmat itu juga meliputi segala-galanya yang berlaku di dalam kehidupan kita...samada baik mahupun buruk..itulah nikmat..
Tahukah kita apakah nikmat yang terbesar dalam hidup kita...sebenarnya nikmatnya ialah kita dilahirkan di dalam roh Islam...sebagai umat Islam..umat Nabi Muhammad SAW..itulah nikmat yang paling penting yang ALLAH berikan kepada kita...dan sebagai balasan atas nikmat ALLAH ..apa...????
Kita sentiasa diasak dengan perkataan membalas budi..balas budi kepada manusia yang telah berjasa kepada kita..dikecohkan...tak balas budi kita dianggap orang yang tak mengenang budi malah ada yang menganggap sebagai pengkhianat ....tetapi adakah kita sentiasa membalas budi ALLAH yang telah memberi kita nikmat itu secara percuma ...setiap masa..setiap detik...tetapi ada yang berani secara terang-terangan mengkhianati ALLAH...tak malukah kita kepada Pencipta kita ...beraninya kita melanggar segala-galanya...segala perintahnya...dipimpin kita dengan Al-Quran tetapi kita tak mengikutinya..telah diperintahkanNYA dengan ayat-ayatNYA...Dia berkata-kata dengan kita melalui ayat-ayatNYA tetapi kita hanya menganggap ia adalah sebuah buku sahaja...tak lebih daripada itu...
Tidak ada alasan kita untuk menolak segala perintahNYA...apa yang diperintahNYA bukan sia-sia..ada balasannya jika kita mengikutinya...kita tak rugi sedikit pun jika kita memahami apa yang ALLAH perintahkan...kita akan rugi apabila kita menolak segala yang telah ditulis di dalam al-Quran...
Hidayah itu perlu dicari wahai sahabatku..jangan ditunggu hidayah itu datang ke riba mu...fahamilah dan hayatilah erti agama tauhid yang sebenar kerana di situ ada kemanisan dalam beribadah kepada ALLAH..semoga ALLAH sentiasa menyayangi kita dan meredhai kita ketika kita hidup mahupun setelah kembali kepadaNYA.
No comments:
Post a Comment