Wednesday, 30 January 2013

Kecewa Bertamu Di Hati...

Alamak..aku terdelete dua entry..uhhuuu...itu la..nak kemaskini blog dan post... aku agaknya tersalah tekan ...dan akhirnya hari nie baru aku terperasan aku terdelete dua entry....haisshhh dah tua agaknya aku...hemmm xpe la..lagipun benda nak jadi....so entry nie di kira untuk ke 99 post...hemmm terbalik la pulak...tu la gatal sangat tangan ni ...hehehehe

Ehhh korang ada tengok tak sketsa komedi bertajuk Elak Elak di siaran warna tak silap aku...hemm aku ada tengok sekali...dan aku cukup kecewa dengan sketsa tersebut...aku tahu ia hanya sebuah komedi tetapi halal tetap halal..haram tetap haram...matlamat tidak menghalalkan sebarang cara...memang la ia diselitkan dengan pesanan seorang ustaz yang terkenal kat Malaysia ni tetapi cara mereka tidak kena...apa yang tidak kena..kebanyakkan pelakon adalah lelaki..seorang jer perempuan iaitu Jehan Raja Lawak...dan apabila ada watak wanita ..pelakon pelakon lelaki berpakaian wanita malah bersolek seperti wanita..memakai rambut palsu..dan akhirnya jadilah mereka seorang wanita atau perempuan..so di situ hukumnya apa...haram seseorang lelaki berpakaian seperti atau menyerupai wanita...dan yang tak manisnya ketika melakonkan situasi mengikut skrip... di hadapan mereka siapa..seorang ustaz yang tahu hukum hakam...malah bebas pula bersentuhan antara satu sama lain...

Entah la..samada pihak ASTRO dan penerbitan tidak sensitif atau mengambil ringan tentang adab Islam dan hukum agama Islam...kita bising apabila orang bukan beragama Islam menyindir malah menghina secara lisan tentang agama Islam..tetapi aku sedih bila orang Islam sendiri sebenarnya turut memperlekehkan agama kita sendiri...malah mereka semua gembira dan ketawa ketika sketsa itu berlangsung dan dirakamkan...kita orang Islam..maka kita tahu hukum dan batasan agama Islam itu sendiri..jadi mengapa kita sendiri tidak menghormati agama Islam...sedih sangat dengan situasi tersebut...tolong la sensitif ..jangan hanya memikirkan keuntungan yang sedikit kita memperdagangkan agama Islam itu sendiri..

Itulah sekali aku menontonnya...nak dikata kelakar sangat tidak la..entah apa yang mereka ketawakan..dan ketika aku menonton rancangan tersebut ...hati ku seakan panas dan membara...bagi aku ia menghina agama ku...agama Islam...jika anda belum menontonnya cuba la melihatnya sekali..aku tak tahu perasaan anda tapi aku tahu hati ku menolak rancangan tersebut...

Ini antara info tentang rancangan ini. Elak-Elak merupakan sebuah rancangan komedi berkonsepkan keagamaan di mana setiap pengakhiran persembahan lawak yang dibuat akan dirungkaikan menerusi mesej-mesej pedoman oleh Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.

Antara barisan pelakon Elak Elak

    
Saiful Apek berimej wanita


 p/s : takyah la gunakan agama untuk keuntungan mahupun kepentingan...benci aku

Tuesday, 29 January 2013

Entry ke 100 - Happy Birthday Iskandar...27 Januari..7 Tahun

Syukur..akhirnya sampai juga ke entry ke 100 dan istimewanya entry ini khas untuk anakku yang genap umurnya 7 tahun pada 27 Januari lalu...maaf lambat pula menulis ..kerana hati ini sedang memendam rasa rindu terhadap putera sulung ku ini...ehh jangan salah anggap..walaupun Iskandar anak ke dua tetapi dia adalah putera sulung ku..pertama mestilah puteri kesayangan ku...

Muhammad Iskandar Shah - suka gambar nie...  

27 Januari tanpa lafaz selamat ulang tahun kelahiran untuknya...kejamkah aku...Ya ALLAH hanya Engkau yang mengetahui halangan diriku terhadap mereka...luaran kehidupan aku seperti biasa namun realitinya terlalu pedih dan sukar diterima...entah la..hanya yang aku harapkan ia akan berakhir..

27 Januari 2006 dirimu dilahirkan..ketika sepertiga malam dirimu menjengah dunia..tangisan mu umie iringi dengan kesyukuran kerana kedatangan mu memang umie nantikan...setelah dikurniakan seorang puteri..dan Allah mengurniakan seorang putera buat umie...syukur sangat...walaupun keadaan umie agak berisiko mengandungkan dirimu..umie nekad demi satu nyawa yang Allah tiupkan di dalam rahim umie...alhamdulillah semua selamat...

27 Januari 2013 dirimu genap berumur 7 tahun...dirimu semakin kuat ..semakin tabah..mungkin kehidupanmu tidak seperti mana -mana kanak-kanak lain...dirimu cukup matang dan cepat memahami apa yang terjadi..sehingga kini umie masih berasa bersalah dengan apa yang terpaksa dirimu tanggung ..tanpa satu jari..ia sudah merobek hati umie..namun demi meminjam kekuatan mu umie juga tabah menghadapinya walaupun setiap kali mata ini melihat kekurangan mu..pasti terdetik pilu dan ngilu di hati umie...tapi umie yakin..anak umie tidak pernah menjadikan itu alasan untuk tidak berjaya kan...memang Iskandar telah membuktikannya..Iskandar cemerlang dalam pelajaran...aktif..cerdik..

Tiada hadiah untuk Iskandar..hanya doa seorang ibu untuk Iskandar dan doa itu telah umie titipkan kepada yang Esa..semoga ALLAH memakbulkan doa seorang ibu...

Untuk entry ke 100 ini ...syukur masih ada kekuatan untuk menulis..bukan ku kejar puluhan ribu yang membaca tetapi ingin aku kongsikan rasa seorang ibu yang terpaksa melalui hidupnya bersendiri dengan separuh jiwa dan nyawa ku tiada disisi...tetapi luahan ku bukan selalu kerana ada masanya aku terpaksa memendam rasa...kecewa, marah, terluka, geram...aku ambil kata kakak ku..luahkanlah ...bila anakmu besar nanti mungkin blog ini dapat membantu mereka memahami isi hati seorang ibu dalam melakukan pengorbanan yang tidak ramai memahaminya...beban yang ku tanggung tidak sama dengan yang lain..pelikkan ..kerana disitu ada rahsia yang masih ku pendamkan demi sebuah kehidupan terutama untuk anak anakku...

Untuk yang membacanya...jangan serik untuk melawat sahabatmu disini...dan terima kasih kerana sudi membaca dan memberi aku kekuatan ...

Wednesday, 23 January 2013

Aku Juga Merinduimu ..Wahai Rasulku...

'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.  Wajahnya yang tenang berubah warna.
   
 "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?"Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
   
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
     
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda: 

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat" jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"
     
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
    
"Mungkin kami" celah seorang sahabat.
   
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
  
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
     
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.'

p/s : Apa perasaan anda ketika ini...jawaplah dengan ikhlas...dan anda akan mendapat jawapannya...

Salam Maulidur Rasul




Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)




Tuesday, 22 January 2013

With Love....

Pagi ni ...banyak yang aku fikirkan...aku fikirkan diri sendiri...mana arah tujuanku seterusnya...apa matlamat aku...ketenangan yang ku cari...semuanya ku fikirkan dan alhamdulilah aku bersyukur perjalanan hidupku semakin baik dan teratur...alhamdulillah..langkah yang pincang telah aku susun walaupun kadang kala terpelecok, jatuh, sakit dan aku masih memerlukan bimbingan...aku masih memerlukan tongkatku dalam mencari siapa diriku...

Bukan itu sahaja...fikiranku juga terarah kepada mak, kedua dua kakak ku, abang abang iparku  malah adikku dan adik iparku...semoga kehidupan mereka semua diberkati ALLAH SWT dan kebahagiaan milik mereka....

Mungkin aku bukanlah anak yang terbaik...malahan bukan juga adik dan kakak yang sentiasa ada disamping kalian tetapi sungguh aku sayang kalian semua...Maaf jika kepincangan hidupku memberi kesan dalam kehidupan kalian...ahhh emosi pagi pagi nie..entah la.....tapi aku bersyukur..mereka menerima dengan redha apa yang telah aku lalui...dan aku kuat kerana keluarga ku kuat...

Entah kenapa aku meluahkannya di sini..di blog kesayanganku...inilah tempat untuk aku meluahkan perasaan...setiap rasa..setiap rindu...

Buat keluargaku...perjalanan hidup ini bukan hanya di dunia...kita tidak dilahirkan hanya untuk menikmati keindahan dunia ...mencari kebahagiaan, kepuasan dan kekayaan di dunia sahaja tetapi setiap apa yang kita lakukan di sini...akan menjadi penebusan di alam sana nanti...setiap amalan, setiap tanggungjawab yang telah disyariatkan dan setiap janji kita kepada ALLAH itu akan dihitung...adakah ia telah disempurnakan..semoga kita bukanlah dari golongan golongan hambaNYA yang lupa, atau pun buat buat lupa dan janganlah kita kerugian di sana nanti...kerana janji yang telah kita lafazkan adalah Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Semoga kita sama-sama berada di JannahNYA nanti...

Ya ALLAH ..aku merindui arwah abahku....al-Fatihah...

Thursday, 17 January 2013

Hati..Janganlah Kau Mati

Pada zaman Rasulullah dulu, ada sekelompok sahabat yang dikatakan mempunyai iman yang bersinar dan berkilau, setiap kali mendengar Rasulullah bercerita mengenai syurga, neraka, hari akhirat, mereka pasti mengalirkan air mata kerana rasa cinta dan takut pada Allah. Namun, ada seorang sahabat yang bernama Usamah tidak dapat mengalirkan air mata seperti sahabat-sahabat yang lain sehinggalah pada suatu hari, Usamah pergi mengadu pada Rasulullah tentang keadaannya itu. 

Jawab Rasulullah;

'Air mata itu tidak dapat mengalir kerana kerasnya hati. Dan kerasnya hati kerana banyaknya dosa. Banyaknya dosa kerana kurangnya mengingati mati. Dan kurangnya mengingati mati itu terjadi kerana kecintaan kamu kepada dunia. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kecintaan pada dunia itu merupakan punca pada segala masalah.'

 Mastura... When you feel sad, what you actually need is a little time to yourself with Quran in your hand, tears in your eyes, and Allah in your heart. And it will make you feel better. :')

Hanya kerana dunia, saya kehilangan kemanisan beribadah pada Allah.

Friday, 11 January 2013

Biodata Iblis: Tak Kenal Maka Tak Benci

Nama                     : Iblis
Gelaran                 : Laknatullah ‘Alaihi (semoga Allah melaknatnya)
Lahir                      : Sebelum diciptakan manusia
Tempat tinggal     : Bilik air, jamban atau rumah yang tidak disebut nama Allah ketika memasukinya
Singgahsana          : Di atas air
Rumah masa depan : Neraka Jahanam, seburuk-buruk tempat tinggal
Agama                   : Kafir
Jawatan                 : Pimpinan Umum orang-orang yang dimurkai Allah dan sesat
Tempoh Jawatan   : Hingga hari Kiamat
Pekerja                  : Setan, jin dan setan manusia
Rakan Kerja           : Orang yang diam daripada kebenaran
Ejen                        : Dukun dan paranormal
Musuh                    : Kaum Muslimin
Kekasih Di Dunia   : Wanita yang minatnya bertelanjang dan pamer aurat
Keluarga                : Para taghut
Cita-cita                 : Ingin membuat semua manusia kafir
Moto                       : Kemunafikan adalah akhlak yang paling utama
Hobi                        : Menyesatkan manusia dan menjerumuskan ke dalam dosa
Lukisan Kesayangan : Tatu
Mata Pencarian     : Mencari harta yang haram
Makanan Kesukaan : Bangkai manusia (ghibah)
Tempat Kesukaan  : Tempat-tempat najis dan tempat maksiat
Tempat yang Dibenci : Majlis ilmu dan tempat-tempat ketaatan kepada Allah
Alat Komunikasi     : ghibah (mengumpat), namimah (adu domba) dan dusta

Ikrar :
1. Melakukan kebatilan
2. Menamakan maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara bertahap
6. Menghalang-halangi manusia daripada kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat


Kelemahan :

1. Terdiam di hadapan orang yang ikhlas
2. Tewas menghadapi orang yang berilmu
3. Lari daripada suara azan
4. Lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya
5. Menghindari orang yang berzikir kepada Allah
6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah

Diringkaskan dan diadaptasi daripada kitab “Wiqayatul Insan minal Jin wasy Syayaathin”, karya Wahid Abdus Salam Bali, oleh : Abu Umar Abdillah 


Doa yang paling iblis gerun

p/s: kredit utk blog MyBabah.com

Friday, 4 January 2013

Gambar Sesi Persekolahan 2013

Alhamdulilah...anak anak semakin membesar...gembira melihat mereka seronok ke sekolah..Fatihah sudah memasuki darjah tiga ..jadi dia lebih berpengalaman...Iskandar pula baru melangkah ke alam persekolahan...tetapi sifatnya yang berani dan suka berkawan buatkan dia tidak kekok dengan suasana sekolah..yang pasti mesti kawan kawannya semakin bertambah...dan Zulqarnain dah memasuki tadika...tetapi sayang ketika adik memakai baju uniform tadikanya aku dilanda demam yang teruk...apatah lagi apabila cuaca yang panas menambahkan lagi demam ku yang belum sembuh sepenuhnya...

Antara gambar yang sempat ku ambil dan terima kasih kepada Azrai dan Ina kerana memenuhi permintaan ku untuk mengambil gambar anak anakku di sekolah agama kerana pagi itu aku tidak dapat datang kerana faktor kesihatan... aku hanya dapat datang waktu persekolahan petang sahaja..tetapi ia sudah cukup bagiku kerana dapat memeluk mereka walaupun seketika....

Tiga beradik

Alhamdulillah..Fatihah mula memakai tudung

Kak Long tersenyum

Iskandar yang mulutnya penuh dengan makanan

Sedang menyanyikan lagu sekolah

Sempat menjeling yer kak long

Iskandar tengah beratur membeli makanan

Bersedia untuk memasuki kelas


Berhimpun di dewan sekolah