Thursday, 16 February 2012

Energizer Night Race 2012....Ada Berani....


Ahhh..akhirnya terjebak jugak dengan aktiviti lari lari nie...uhhh first time nie nak join larian nie...dah lama tak mengaktifkan diri...rasanya since 1997..itu kali terakhir aktif bersukan..itu pun kat sekolah...hahaha..kenangan terindah di sekolah bila dapat merangkul emas, perak mahupun gangsa...dalam semua acara larian yang masuk bertanding..tak percaya cuba tanya mak kita..banyak medal kat umah tu...masih disimpan dengan baik oleh mak..thanks mak...kalau nak harapkan kak lang rasanya dah hilang semua tu..hehehehe

Apa acara kita ambik..hemm my favorite ialah 800m, 1500m, 4x100m and 4x400m...empat acara nie tiap tiap tahun mesti masuk bertanding...nak medal punya pasal...hahaha...ok close citer lama lama...

Acara nie setiap tahun ada... nie info lanjut kalau nak tahu
Energizer Nite race registration is open now.
Date-21/4/2012
Venue: Sepangcircuit.
Fee:$50 for 5.5km
Distance: 5.5km, 15km & 42km...more info www.energizernightrace.com
Nie sebenarnya nak suka suka..kira macam nak panas panaskan badan...nak tengok kaki nie boleh ke nak berlari lagi..lagipun boleh cuba aktiviti baru dalam jadual kehidupan...hemm sebenarnya dah lama kak long ajak tapi dulu amat amat la malas apatah lagi sibuk dengan agenda keluarga...apatah lagi kekangan masa untuk menguruskan anak anak dan keluarga..so lupakan aje la...dan hari nie bila tengok Zuridah, adik ipar kak long aku nie dah post pasal nie terus hati rasa nak cuba la....yang kelakar nye abang ipar aku kata jalan jalan jer tengok orang lari lari hahaha...dalam sejam abis la 5.5km..dan akhirnya... ok boleh la...

Dan hari nie aku akan memulakan misi joging joging manja dulu..macam kakak aku cakap ' kau lari ayam ayam jer kat area umah kau tu' hahahaha...aku agak ayam lagi laju lari dari aku kot...hahahaha...memang excited nie...ye la dah lama nak join tapi banyak halangan...harap harap lutut nie dah baik...tak ada masalah nanti...so ada sesiapa nak join saya ..5.5km jer...kita jumpa kat sana nanti....

Info terbaru .... along, angah gan Jepp ambik 15km...abang long gan Sedi ambik 42km...aku ambik 5.5km ...agak agak diorang tunggu aku ke atau aku yang tunggu diorang atas trekk sambil guling guling....hahahaha ...

p/s : Mastura kau jangan hangat hangat taik ayam dah ler yer...chaiyokkk....Mastura boleh.....
      

Monday, 13 February 2012

Bila Apa Yang Disayang Melayang

Assalammualaikum..sahabat..

Hemmm pagi - pagi lagi mood dah hancur...akhirnya sedikit kesedihan menampung di dalam hati...betul la kalau permulaan pagi bermula dengan kesedihan ..maka terasa sesuatu serba tak kena...nak marah diri sendiri pun ada..kerana kecuaian sendiri ..akhirnya inilah akibatnya...sedih tau....

Ini bukan la kali pertama berlaku...apa sahaja menjadi kesayanganku pasti akan berlaku sesuatu yang menyebabkan aku akan kehilangannya. Hemm..dulu ketika arwah abah hadiahkan baju batik sutera dari Terengganu kepada kami sekeluarga..aku memilih satu baju batik tu..warnanya kuning hitam...itulah baju yang mahal yang aku ada...dan akhirnya baju itu koyak dan aku hanya memakainya dua tiga kali sahaja..memang sedih sehinggakan baju itu hanya aku simpan untuk menjadi tatapan ku sahaja...dan perkara ini berterusan..apa sahaja barangan kesayanganku pasti tidak lama ku simpan...pasti akan rosak atau hilang..pelikkan..bagaikan ada satu sumpahan pulak....tidak boleh menyayangi sesuatu..benda atau orang...

Dan ketika aku menyayangi keluarga ku..anak anak ku...akhirnya aku juga kehilangan mereka...hemm begitu la takdir dalam hidupku..bila apa yang disayang pasti akan melayang...dan dah setahun aku tidak mahu menyayangi apa apa pun...takut kehilangan...dan kini bila aku mula menyukai dan menyayangi tudung ku ...akhirnya pagi tadi ketika mengosok tudung purple tadi ia terbakar..mungkin atas kelalaian ku ..terlalu panas seterika tu agaknya...so apa lagi berlubang la tudung tu..memang sedih...sebab tudung tu baru jer aku pakai sekali ...masa nak beli tudung tu..hati sangat tertarik dengan warna tudung ...ada tiga tona..harga memang agak mahal tapi aku bernasib baik ketika tu ada sale so tudung tu aku dapat beli dengan harga separuh dari asal...namun kini hanya tinggal kenangan...nak buang ..hemm mungkin tak sebab niat dihati pagi tadi nak cari tudung yang serupa di sini kalau tak ada jugak kena la aku ke Penang sebab aku beli tudung tu di sana...

So Mastura jangan terlalu menyayangi apa apa pun sebab ALLAH itu cemburu ..DIA nak kau menyayangi DIA sahaja ....apa yang kau sayang pasti DIA akan ambil..tak apa la... Semoga DIA memberikan aku yang lebih baik....Insya ALLAH...yang pasti aku menyayangi MU dan mencintai MU YA ALLAH..lebih dari segalanya...

                                               Akhirnya Tinggal Kenangan

p/s : itulah hakikatnya...kan...

Tuesday, 31 January 2012

7 Sunnah Rasullulah...

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya

Di antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara.”

1 : Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan & berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2 : Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati & berasa cinta kepada Allah.

3 : Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud & membantu orang yang dizalimi.

4 : Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat & nasihat menasihati.

5 : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan & sanggup menanggung kesulitan.

6 : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman & suka berjemaah.

7 : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi & memperelokkan akhlak.

8 : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah & bertaubat dari melakukan maksiat.

9 : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat & bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

10 : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan & membenci kemaksiatan

Friday, 27 January 2012

Happy Birthday Sayang Ku...

Assalamualaikum...

Hari ini 27 Januari 2012 adalah hari kelahiran Muhammad Iskandar Shah. Hati ku hari nie memang sayu..terasa sedih .. terasa pedih....akhirnya buat pertama kali aku tidak dapat meraikan hari jadinya..tanpa kek...tanpa ciuman..tanpa dakapan..dan tiada ucapan ...maafkan umie sayang....

Dah 6 tahun anak umie...anak yang comel...dengan sifatnya yang periang.....dia tak kisah apa yang berlaku di sekeliling dia tapi dia tahu dan memahami...itu aku pasti...dia juga seorang yang tabah menghadapi sesuatu...dan dia dah buktikannya walaupun ketika itu umurnya baru 5 tahun...tabah kehilangan satu jari dalam kemalangan tahun lalu...dia tidak seperti anak anak yang lain...meraung atau menangis sebab sakit...malah dia tidak pengsan akibat kehilangan darah yang banyak..doktor ada beritahu kalau kanak-kanak lain sudah pasti akan pengsan tetapi Iskandar tidak malah meminta aku jangan menangis melihat kesakitan dia...tabahkan anak ini...kalau aku pun tak tahu macamana keadaan aku...malah setelah dia selesai menjalani operation, esoknya boleh pulak dia meronda ronda sekitar wad kanak-kanak tu...hemmm siap bermain di tempat permainan mini untuk kanak-kanak di situ...kita pulak yang takut jika jarinya berdarah kembali....itulah Iskandar...kerana kelincahannya jari yang mengambil masa dua minggu untuk baik terpaksa mengambil masa sehingga sebulan setengah sehingga kan doktor mengambil keputusan terpaksa memotong sebahagian lagi jari sekiranya jari Iskandar masih tidak sembuh....Mendengarkan cadangan doktor tu membuatkan aku kecut perut dan sejak itu aku buat apa sahaja cara supaya jari dia sembuh...dan akhirnya alhamdulilah dua minggu kemudian jarinya telah sembuh...so no operation...lega...

Ya ALLAH semoga hambaMu yang ku lahirkan ini...menjadi anak yang soleh, anak yang sentiasa diberi hidayah dan rahmatMu..Engkau lindungilah anakku ini selalu..Engkau kurniakanlah anak ini dengan ilmu-ilmu yang bermanafaat untuk dirinya, agamanya dan hidupnya. Semoga dia sentiasa berbakti kepada orang tuanya dan Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya. Ammmiinn...

Untuk Iskandar, umie sayang sangat Iskandar sehingga akhir hayat umie bahkan nama ini umie beri kerana nama ini banyak kenangannya...dan semoga Iskandar menjadi seorang pemimpin agung...menjadi seorang pemimpin yang dapat memimpin diri sendiri, memimpin kakakmu...adikmu...memimpin keluargamu dan yang penting jadilah pemimpin di dalam agamamu...Ingat anakku..jadikanlah Islam sebagai agamamu, hidupmu,dan matimu......InsyaALLAH rahmat ALLAH itu sentiasa ada untuk dirimu....Salam sayang selalu...

Thursday, 19 January 2012

10 Ciri Suami Mithali

Assalammualaikum.....
10 Ciri Suami Mithali ....jom baca artikel dari Ustaz Mohd Zamri Abdullah...

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak,mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia membuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith di mana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh di mana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukanlah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden di mana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia di atas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah meminta supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Alhamdulilah..banyak manafaat daripada artikel nie saya kongsikan buat kita semua...kepada isteri boleh la bagi artikel nie buat suaminya..kepada suami apa kata anda amalkannya..jika memang anda seorang suami yang mempunyai ciri-ciri nie...teruskan lagi dan kekalkan dalam perkahwinan anda semua...saya doakan perkahwinan anda semua kekal hingga ke akhir hayat...
Untuk saya...saya ingin menemui lelaki yang memahami siapa saya...hahahaha..kontroversi pulak kenyataan saya nie nanti...hemmm..sebenarnya apa yang anda semua faham dengan memahami...bukan hanya memahami siapa Mastura nie sebab siapa nak tahu sifat-sifat saya boleh tengok sifat kelahiran bulan April..itulah saya ....hehehehe
Tetapi apa maksud saya ialah ...dia memahami siapa dirinya yang sebenar..memahami kenapa dia berada di dunia ini....jika dia tahu kenapa..mengapa..untuk apa ...dia dilahirkan dia sudah pasti akan memahami dengan sendirinya tanggungjawabnya terhadap dirinya,keluarganya,isterinya,anak-anaknya,agamanya,malah yang paling penting tanggungjawabnya kepada ALLAH...
Jika saya menemui HAMBA ALLAH ini sudah pasti kebahagiaan dan ciri - ciri suami mithali seperti di atas akan ada kan...ehhh berat ke impian saya...Insya-ALLAH tidak kerana di luar sana saya pasti ada lelaki yang memahami siapa dia sebagai HAMBA ALLAH....itulah hakikatnya...uppsss lupa saya ada tiga orang anak ....sanggup ke hahahaha...jumpa lagi ...
 

Monday, 16 January 2012

Terima Kasih YA ALLAH

Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis di blog nie....nak kata sibuk tak la sangat tapi idea untuk mengarang tak ada...so berehat sebentar untuk mengali idea kembali....

Alhamdulilah..minggu ini aku bersama-sama dengan anak-anak...seronok melihat kegembiraan dan keriangan mereka bermain dengan sepupu sepupu mereka yang ramai tu...pelbagai gelagat boleh dilihat terutama Zulqarnain..dia dah mula pandai bercakap....bila ditanya pandai dia menjawab...jawapan dia cukup membuatkan aku tersenyum bahagia...gembiranya hati seorang ibu melihat anak-anak yang lama tidak bertemu...dapat memeluk mereka bertiga Ya ALLAH sukarnya untuk aku gambarkan perasaan ini. Tetapi aku sentiasa berharap dan berdoa mereka sentiasa bahagia walaupun aku tiada disisi mereka...

Dan hari ini aku mendapat sms daripada Mr. Anton dari Singapura untuk menguruskan urusan membuat jari palsu Iskandar...YA ALLAH terima kasih kerana mendengar doa ku yang satu ini. Dah lama aku menunggu tetapi masalah duit merupakan halangan terbesar namun Syukur Alhamdulilah ALLAH telah memudahkan segalanya...sesungguhnya Kau Mengetahui apa yang terbaik untuk ku...TERIMA KASIH YA ALLAH......

Insya-ALLAH ini adalah hadiah kelahiran Iskandar untuk bulan ini...semoga semuanya berjalan lancar dan tiada masalah...Semoga ALLAH memudahkan segalanya. Benarlah sekiranya kita menyerahkan segala-galanya kepada ALLAH sudah pasti DIA akan membantu hambanya......Alhamdulilah DIA tidak akan membiarkan hambanya terus dalam kesusahan....

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..Terima Kasih YA ALLAH...terima kasih....

Friday, 6 January 2012

Belajar Erti Sebuah Kehidupan

Buat anak-anakku...belajarlah  memahami erti sebuah kehidupan yang telah dianugerahkan ALLAH SWT.....
Jika anak hidup dalam kesabaran... dia belajar jadi penyabar.
Jika anak hidup dalam pujian... dia belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam penerimaan... dia belajar jadi menyayangi.
Jika anak hidup dalam persetujuan... dia belajar menyayangi diri.
Jika anak hidup dalam galakan... dia belajar jadi yakin.
Jika anak hidup dengan ilmu... dia belajar memahami pesekitaran.
Jika anak hidup dalam pengiktirafan... dia belajar membina matlamat hidup.
Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik... dia belajar berfikir dengan baik.
Jika anak hidup dengan kemahiran... dia belajar berdikari.
Jika anak hidup dengan adab... dia belajar sopan santun.
Jika anak hidup dengan keyakinan... dia belajar membina jati diri.
Jika anak hidup dengan penghargaan... dia belajar membina maruah diri.
Jika anak hidup dengan kebersihan... dia belajar peka terhadap penyakit.
Jika anak hidup dengan kejayaan... dia belajar erti kebenaran.
Jika anak hidup dalam keselamatan... dia yakin pada diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan... dia belajar dunia tempat memberangsangkan.
Jika anak hidup dengan doa... dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
Jika anak hidup dengan al-Quran... dia belajar mengenali Tuhan.
Jika anak faham Al-Quran dan Hadis... dia faham apa itu akhirat....
 Ya ALLAH jadikanlah aku anak yang solehah kepada ibu bapaku...jadikan aku hambamu yang mentaatimu...dan jadikanlah anak-anak ku, anak-anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mencintai Mu serta agama Mu...Aaammiin....

Monday, 2 January 2012

Aamminn....Aamminn...Aamminn....

Assalamualaikum..sahabat ku..

Permulaan tahun 2012 ....blog yang berwajah baru.....dan ku titipkan doa untuk kita sama-sama mengamalkannya....


Ya ALLAH

kurniakanlah kami dengan keimanan yang sebenar-benarnya
serta keyakinan yang tiada lagi kekufuran sesudahnya
kurniakanlah kami dengan kerahmatan
yang dengannya dapatlah kami beroleh kemuliaan
disisiMu di dunia dan di akhirat

Ya ALLAH

lindungilah agama kami
bangsa kami
dan negara kami
dari dicabuli oleh musuh-musuhMu 
dan juga musuh-musuh kami
kurniakanlah taufik dan hidayah
kepada para pemimpin kami
untuk mencurahkan baktinya kepada kami
serta mendapat keredhaanMu ya ALLAH

Ya ALLAH

ampunilah dosa kami
dosa kedua ibubapa kami
dan kasihanilah mereka
sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil lagi
ampunilah dosa guru-guru kami
dan kesalahan sekelian muslimin dan muslimat
samada yang masih hidup atau yang telah mati

Ya ALLAH

jauhilah kami dari kegelapan
kejahilan
serta kealpaan
kurniakanlah kami dengan ilmu pengetahuan
terangilah kami dengan cahaya keimanan
kurniakanlah kami pengetahuan para nabi
dan juga hafazan para rasul

Ya ALLAH

kurniakanlah kami kebahagiaan hidup di dunia
dan kesejahteraan hidup di akhirat
jauhilah kami dari siksaan api neraka


Aamminn...

p/s: doa yang diberikan oleh seorang sahabat kepada ku....semoga kita semua mengamalkannya setiap hari.....

Thursday, 29 December 2011

Jangan Mengumpat...

Rasullulah SAW bersabda : Sesiapa mengumpat (ghibah) satu kali sepanjang hidupnya, maka ALLAH menimpakan 10 macam derita (seksa) kepadanya, iaitu :

1. Jauh dari rahmat ALLAH

2. Para malaikat menyatakan putus hubungan (enggan) mendekatinya

3. Terlepas nyawa dari badan ketika mati terasa sangat pedih

4. Menjadi hampir terjerumus ke dalam neraka

5. Menjadi jauh dari Syurga

6. Merasakan beratnya derita seksa kubur

7. Kehilangan amal pahala kerana terhapus kerana dosa ghibah yang besar itu

8. Jiwa Nabi SAW merasa sakit akibat ghibahnya

9. ALLAH marah kepadanya

10. Menipislah kebaikannya nanti di hari kiamat ketika menghadapi mizan (hisab)

p/s : memperkatakan keburukan orang lain walaupun yang diperkatakan itu adalah benar ia tetap dinamakan mengumpat, jika memperkatakan tentang seseorang tetapi tidak benar itu fitnah..maka janganlah kita mengumpat …diam itu lebih baik…renung renungkanlah..

Untuk Kita Semua....

 Assalammualaikum...sahabat ku
4 perkara yg pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
  1. bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, ...mengikut amalan mereka itu wajib.
  2. membaca Al Quran itu fadhilat, ... beramal dengannya itu wajib.
  3. menziarahi kubur itu fadhilat, ....bersedia untuknya itu wajib.
  4. menziarahi orang sakit itu fadhilat,.... menunaikan wasiat itu wajib...

  Sayidina Usman Ibnu Affan r.a
p/s : Sharing Is Caring...share daripada Zatyfarah Zatynurfarah FB..thanks my fren.. 

*************************************************************************************************
 Nabi SAW bersabda 
"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.”
p/s : Marilah kita bersama - sama mencari cinta ALLAH dan sentiasa mencintaiNYA....
 
*************************************************************************************************
"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)


p/s: berusahalah kita mencari kemanisan Iman .....


**************************************************************************************************

"Allah S.W.T tidak memberikan apa yang kita inginkan dalam hidup, tetapi Allah S.W.T memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup."

p/s: ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambanya... hanya berserah kepada ALLAH ....setelah kita berusaha....setelah kita berdoa....


***************************************************************************************************

Selamat Tinggal Tahun 2011

Selamat Datang Tahun 2012...

Aku mengharapkan sinar menerangi kehidupan ku pada tahun 2012...menerangi hatiku dengan limpah dan kasih sayang daripada ALLAH SWT...dan tahun 2012 akan menjadi  tahun untuk aku terus berjuang kembali dalam hidup....berjuang setelah aku jatuh..setelah aku dihina dan setelah aku kehilangan segalanya...dan kini Mastura yang ada di depan kalian nanti adalah Mastura yang baru....jadi kenali diriku dahulu baru tahu siapa aku... kerana aku bukan lagi lemah.....

Setahun berlalu..dan tahun 2011 mencatatkan banyak kedukaan...banyak kemelut dan banyak peristiwa yang menjadi sejarah hidup...semuanya tercatit rapi...dan inilah takdir ALLAH terhadap ku ....terimalah ia dengan redha dan berlapang dada kerana satu saat akan kecapi juga kebahagiaan...walaupun lambat tapi aku pasti kerana ALLAH telah merencanakan kehidupan ku dengan baik...kerana DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik dalam hidupku...Terima kasih Ya ALLAH....

Banyak yang ku harapkan pada tahun 2012..impian terbesar aku ialah untuk membuat jari palsu anak kedua ku Muhammad Iskandar Shah...mungkin ramai tak tahu ..Iskandar kehilangan jari tengahnya ketika meraikan harijadinya yang ke 5 tahun....remuk hati melihat anak yang dilahirkan sempurna kini cacat ...tapi dia cukup tabah menghadapinya...Insya-ALLAH..semoga dengan izinNYA Iskandar akan mendapat jari palsu tersebut..semoga Iskandar akan lebih ceria menjalani hari harinya nanti...sekarang pun dia ligat dan ceria walaupun tanpa jari tersebut :) Setahun berlalu dan semoga ini hadiah harijadinya yang akan datang daripada Umie sayang....kalau lambat maafkan umie ya..umie tengah berusaha mengumpulkan duit untuk kos itu sayang....semoga Iskandar memahaminya....

Dan 2012 adalah permulaan untuk aku kembali menjadi seseorang..dan setelah semuanya berjalan lancar aku ingin mengambil kembali hak jagaan ke atas anak anak ku...Insya-ALLAH.... Buat sahabat sahabat ku di luar sana... doakan semoga usaha ku ini berjaya...walaupun aku tahu sukar tapi aku pasti ALLAH sentiasa menolong ku...dan aku pasti hasrat ku ini akan dimakbulkan samada cepat mahupun lambat...

Dan untuk diriku sendiri....biarlah ia menjadi rahsia...biarlah hanya ALLAH sahaja yang tahu..dan semoga hajat ku ini kesampaian...semoga ALLAH mengizinkannya.....

jumpa lagi....Selamat Tahun Baru 2012

Sunday, 25 December 2011

RM1,000,000.00 Money Drop

Assalammualaikum...sahabat 


Nie la bila dah tak ada keje nak buat....ye la sepatutnya cuti ni aku rancang nak balik kampung dengan kak long tapi disebabkan ada hal di sini aku terpaksa membatalkan hasrat nak jalan jalan cari makan. Jeles jugak aku tgk bila kak long dengan abang long postkan tempat dan makanan setiap tempat persinggahan diorang.Yang paling aku tak tahan tu durian...sedapnya..memang terasa rugi tapi tak pe la takde rezeki aku kot lagi nak rasa durian Kuala Kurau....


Ok jom kita main RM1,000,000.00 Money Drop...ingatkan senang jer permainan nie tetapi sebenarnya permainan nie banyak menguji minda kita....terasa berdebar jugak bila bermain secara online nie...agak agak kalau aku betul betul berada di hadapan RM 1 juta tu apa la perasaan aku kan....tapi dulu aku pernah rasa bermain dalam program Famili Ceria dengan kak long, abang long dan adik abang long aku. Memang best bila kita jugak terlibat dalam sesuatu rancangan yang menguji minda...memerlukan kecekapan menjawab soalan dengan cepat dan tepat...begitu jugak dengan rancangan baru astro nie...yang penting bijak menjawab dan melaburkan wang supaya tak kehilangan duit RM1 juta tu...







                                                          Dan akhirnya bila permainan tamat 


Best jugak dapat bermain online..dapat merasai debaran permainan..dan esok kita main lagi ....sekurang-kurangnya permainan ini membuatkan otak sentiasa berfikir...

Friday, 23 December 2011

Hadiah Yang Berharga

Assalammualaikum....sahabat..
Hadiah Terbaik untuk seorang Sahabat adalah Doa .
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah Kemaafan .
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah Kejayaan .
Hadiah terbaik untuk murid adalah Tauladan .
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang . 
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al-Fatihah .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah Kebaktian .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah Penghargaan .
Hadiah terbaik untuk suami adalah Kesetiaan .
Hadiah terbaik untuk anak adalah Pendidikan .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah Kejujuran .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah Selawat .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah Ketaqwaan

Thursday, 22 December 2011

Bila Hati Merintih Lagi.....

Assalamualaikum..sahabat..

Berkecamuk fikiran ku...memikirkan sesuatu yang susah untuk aku mentafsirkan...aku sendiri bagaikan... nak diluah mati mak nak ditelan mati bapak...bagaimana untuk aku terus menanggung beban ini...nak ke kiri tak boleh nak ke kanan jalan mati.....nak ke mana lagi aku...nak dibiarkan... aku sendiri buntu...buntu mencari jalan penyelesaian....

Sahabat ku pernah mengingatkan ...Mass berfikirlah menggunakan akal...bukan menggunakan nafsu.....jangan membuat satu satu keputusan ketika nafsu menguasai diri kerana disitulah syaitan akan memainkan peranannya...berhati hatilah kita. Jadilah manusia yang bijak...selesaikanlah masalah ini ibarat menarik rambut dalam tepung..tepung tak selerak ...rambut tak putus......ada takdir yang boleh diubah..ada takdir yang tidak boleh diubah..semuanya terletak ditangan kita sendiri....pilihlah Mass...kita usahakan dulu...kemudian berdoalah...dan akhirnya bertawakkal..serahkan segalanya kepada ALLAH. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA.

Aku termenung sendiri...memikirkan kebenaran kata katanya....namun sanggupkah aku merelakan apa yang akan berlaku nanti....adakah aku redha dengan seikhlas hati untuk bersedia menghadapinya...dan kini aku hanya mengharapkan satu keajaiban akan berlaku dengan izin ALLAH SWT kerana bagiku tiada apa yang mustahil dengan kekuasaan ALLAH.

Ya ALLAH tenangkanlah hati ku, permudahkanlah segala urusan ku, urusan insan insan yang ku sayangi, dan kau lindungilah aku dan mereka terutama anak anak ku.Semoga mereka selamat dalam perlindungan MU YA ALLAH.....Aammiinn...

Friday, 16 December 2011

Be Good To Yourself

Trust yourself. You know what you want and need.

Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.

Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.

Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.

When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.

Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.

When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.

When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.

When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.

When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scary and your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment

When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.

When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.

Insya-ALLAH kerana diriku begitu berharga...


p/s :artikel daripada iluvislam...terima kasih :)

Berhati-hatilah Dengan Hati Kita.....

Assalammualaikum..sahabat ....

Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w., 

" Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ia adalah hati."

Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.

Seorang guru telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.

3. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

4. Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

5. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan 
agamanya.

6. Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.

Demikianlah nasihat gurunya kepadanya.

Semoga nasihat guru Ibrahim ibn Adham ini menjadi nasihat juga dalam hidup kita.

Wednesday, 14 December 2011

Mana Satu Milik Kita ??

Assalammualaikum..sahabat ku 
 
Mana satu milik kita? Soalan yang senang tapi jawapannya bagaimana....

LAUK PAUK yang LAZAT depan kita,

Sebentar lagi jadi NAJIS..

TIDUR nyenyak yang kita alami sewaktu BAYI,

Bila dewasa selalu RESAH HATI..

KEKASIH, ISTERI dan SUAMI yang kita dambakan HARI INI,

Esok lusa akan MATI..

KULIT mulus licin untuk iklan TV,

Bila tua pucat LESI..

PAKAIAN CANTIK yang diperaga di majlis KENDURI,

Sediikit hari lagi CARIK SANA-SINI..

SEWA HOTEL mewah 9 bintang,

Sehari dua kita ANGKAT KAKI..

JAWATAN BESAR di syarikat gergasi,

Cukup UMUR kita BERHENTI..

KUASA bos, wakil rakyat dan menteri,

Nanti yang lain akan GANTI, (pilihanraya kalah, kita gigit jari)..

UMUR muda badan bergetah sweet NINE-TEEN,

Sampai masa jadi NINETY,

KONDO, VILLA dan BANGLO yang kita HUNI,

Hari depan jadi milik ANAK-ANAK dan ISTERI,

TANAH LOT MEWAH yang kita duduki,

Sampai SERU kita pindah ke 'LIANG SUNYI'.

Hatta kalau nak kata KUBUR kita tu MILIK kita sendiri,

Malangnya dah tak berGUNA lagi,
Kerana WAKTU itu, kita dah tak BERNADI.

Jadi, MANA SATU MILIK KITA?

Apa yang kita ada hari ini, esok berubah RUPA,
Tiada satu pun kita PUNYA,
Semuanya milik Tuhan BELAKA,
DIRI KITA SENDIRI pun ALLAH yang PUNYA....




Fikir fikir dan renung renungkan kebenarannya....

p/s - share dari saudara Solehi Aljerusi dan Oh! Aduhai ....:)

Adakah Kita Sahabat Yang Baik dan Terbaik??

Assalammualaikum..sahabat ku
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan bertanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
 Semoga kita memperolehi dan mempunyai ciri ciri sahabat seperti di atas dan yang lebih penting kita juga mempunyai ciri ciri tersebut untuk sahabat kita. 
p/s : Thanks Finas....akak share dalam blog akak yer...
jumpa lagi....

Friday, 9 December 2011

Hinakah Aku???

Assalammualaikum..sahabat ku...

Hina ke wanita yang dah bercerai nie ???????? satu persoalan yang betul betul buat aku merasa kecik hati..menangis hatiku..tersentap ...

Tak ramai yang memahami apa yang berlaku..tak tahu apa yang melanda...ombak mahupun badai dalam kehidupan rumahtangga ..jadi siapa anda untuk menilai wanita yang bercerai itu hina??? Siapa anda untuk mengatakan wanita bercerai ini jahat???

Ya aku akui..penceraian adalah satu perkara yang ALLAH amat benci tetapi DIA menghalalkan penceraian itu jika tiada lagi jalan penyelesaian. Betul bergegar arasy ALLAH itu tetapi bagi ku biar bergegar....daripada aku sentiasa membuat dosa sehingga hujung nafas...hingga ke liang lahad hanya kerana ingin mempertahankan rumahtangga ..hanya ingin mempertahankan status ISTERI mahupun SUAMI...Ya aku tahu ramai diluar sana sanggup menahan derita...kata mereka biar lah apa pun yang terjadi akan tetap ku pertahankan rumahtangga ini....tapi sampai bila ..10 tahun lagi..20 tahun lagi ..atau sehingga nyawa kita di tarik dan berakhirlah penderitaan yang dialami selama ini.....

Mungkin anda di luar sana ada yang begini...silakan..aku hormati pendirian anda tetapi aku mungkin bukan wanita itu..cukuplah segala yang telah aku lalui selama hampir 8 tahun...sudah masa aku keluar dari hidup yang penuh kepura puraan..hidup yang penuh lakonan hanya kerana ingin terus mempertahankan status BERKAHWIN...

Tetapi kenapa ya???   Kerana ALLAH juga tidak membenarkan hamba NYA menderita kerana dengan menderita itu takut takut akan menyebabkan kita KUFUR jika kita tak kuat imannya..jika kita tak kuat menangani masalahnya...mana satu pilihan anda ..terpulanglah..tepuk dada tanya iman anda sendiri....mana yang anda mahu...saya mahu merasai kebahagiaan bukan penderitaan ....saya mahu merasai syurga di dunia bukan merasai neraka di dunia...dan saya juga mahu merasai syurga di alam sana bukan merasai neraka di alam sana...Insya ALLAH...semoga ALLAH mengizinkannya...

Biar apa pun status diri ku ..janda mahupun ibu tunggal..aku tak peduli..aku tak kisah...yang penting status ku kepada Pencipta ku..Hamba NYA yang beriman atau pun tidak..... itu yang penting..aku ingin menjadi hambaNYA yang hidup dan matiku hanya kerana ALLAH SWT....jadi biarlah apa pandangan orang lain terhadap wanita yang bercerai....aku tetap hamba ALLAH....

jumpa lagi....