Wednesday, 27 February 2013
Friday, 22 February 2013
Redha ALLAH...Itulah Nikmat
Alhamdulilah...masih dipanjangkan umur..masih dipinjamkan nyawa ini untuk meneruskan kehidupan di dunia ALLAH ini...jika yang ada facebook mesti ada yang membaca tentang status aku iaitu ALLAH akan redha kepada kita jika kita redha dengan segala nikmat ALLAH...
Apa yang kita tahu tentang nikmat...adakah hanya mencakupi erti yang gembira sahaja seperti ada duit yang cukup, sihat, gembira, diberi khabar yang gembira...dan kita pun ucaplah Alhamdulilah..syukur...tetapi adakah kita tahu nikmat itu juga meliputi segala-galanya yang berlaku di dalam kehidupan kita...samada baik mahupun buruk..itulah nikmat..
Tahukah kita apakah nikmat yang terbesar dalam hidup kita...sebenarnya nikmatnya ialah kita dilahirkan di dalam roh Islam...sebagai umat Islam..umat Nabi Muhammad SAW..itulah nikmat yang paling penting yang ALLAH berikan kepada kita...dan sebagai balasan atas nikmat ALLAH ..apa...????
Kita sentiasa diasak dengan perkataan membalas budi..balas budi kepada manusia yang telah berjasa kepada kita..dikecohkan...tak balas budi kita dianggap orang yang tak mengenang budi malah ada yang menganggap sebagai pengkhianat ....tetapi adakah kita sentiasa membalas budi ALLAH yang telah memberi kita nikmat itu secara percuma ...setiap masa..setiap detik...tetapi ada yang berani secara terang-terangan mengkhianati ALLAH...tak malukah kita kepada Pencipta kita ...beraninya kita melanggar segala-galanya...segala perintahnya...dipimpin kita dengan Al-Quran tetapi kita tak mengikutinya..telah diperintahkanNYA dengan ayat-ayatNYA...Dia berkata-kata dengan kita melalui ayat-ayatNYA tetapi kita hanya menganggap ia adalah sebuah buku sahaja...tak lebih daripada itu...
Tidak ada alasan kita untuk menolak segala perintahNYA...apa yang diperintahNYA bukan sia-sia..ada balasannya jika kita mengikutinya...kita tak rugi sedikit pun jika kita memahami apa yang ALLAH perintahkan...kita akan rugi apabila kita menolak segala yang telah ditulis di dalam al-Quran...
Hidayah itu perlu dicari wahai sahabatku..jangan ditunggu hidayah itu datang ke riba mu...fahamilah dan hayatilah erti agama tauhid yang sebenar kerana di situ ada kemanisan dalam beribadah kepada ALLAH..semoga ALLAH sentiasa menyayangi kita dan meredhai kita ketika kita hidup mahupun setelah kembali kepadaNYA.

Wednesday, 20 February 2013
Diusik Rindu Hati Ini
Terusik lagi hati ini...
Diusik rindu...
Diusik sayu...
Wahai hati...bersabarlah
Biar tidak mampu menanggung rindu...
Akan aku redha Ya ALLAH...
Hati ini ingin memiliki sayang itu...
Hati ini ingin memiliki rindu itu...
Tapi tanpa izin Mu...
Aku tak mampu Ya ALLAH...
Hati ini disapa rindu lagi...
Tanpa ku pinta...
Ia hadir mewarnai hidupku...
Entah bila dapat ku bayar rindu ini..
Untuk aku merasai nikmat itu...
Oh rindu....
Janganlah engkau kejam terhadap aku...
Terus-terusan kau menghiris hati ku...
Aku pedih menahan sakit...
Aku terluka menelan rasa...
Aku menangis dalam ketawa
Aku kecewa dalam manis senyuman...
Jika ku mampu...
Aku aku capai bintang itu...
Biar jauh di alam langit kelam..
Akan ku terus jejak langkah ku...
Tak akan aku berhenti...
Selagi rindu ini tak ku tebus...
Dengan pelukan mu sayang ku...
Ya ALLAH...
Hanya Engkau tahu bila...
Akan ku capai bintang...
Dan kini...Hati ku diusik rindu lagi...
Wednesday, 6 February 2013
Petua Untuk Merawat Penyakit Batu Karang
Pilihan 1: Ramuannya ialah madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan
hingga lumat, kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul
sampai sebati. Campurkan ramuan ini ke dalam air suam dan minum.
Pilihan 2: Dapatkan 1 kaki tebu hitam (bukan daun hijau) dan 1 biji
timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan
blender. Minum campuran tersebut. Baca selawat 3 kali. Batu karang akan
hancur.
Pilihan 3: Ada banyak
faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum;
terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah
menghidap masalah kesihatan tertentu. Bagi anda yang mengalami masalah
batu karang, ikuti panduan berikut:
a. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
b. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
c. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu
karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung
gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
d. Elakkan makanan seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
e. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
f. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
g. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
h. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
P/S : Mass apa lagi..ikut petua nie..nak baik kan... alamak kopi..my feveret ni...camne...
Mimpi Dan Realiti
Akhir - akhir ini aku sering bermimpi anak anak ku...dapat ku rasai pelukan dan kata kata mereka...bahkan mereka seakan meninggalkan pesan supaya aku sentiasa menghubungi dan bertemu mereka...mereka merindui aku seperti mana aku juga merindui mereka...dapat aku rasakan seakan ada kuasa yang sentiasa membuatkan aku semakin kuat ketika menghadapi saat saat itu...mungkin mimpi ini memberi aku semangat untuk meneruskan kehidupan tanpa mereka...sekurang-kurangnya rindu ku terubat walaupun di sebalik tabir mimpi...cukup indah saat saat itu...
Tetapi realitinya aku masih berjauhan dengan mereka...bukan sekarang untuk umie bertemu kalian lagi...umie cuba tetapi gagal..ada penghalang antara pertemuan itu...
Ketika ini kesihatan ku agak terjejas...dalam berjaga - jaga..dalam beringat ingat ..akhirnya terkena jugak..tak apa la..aku redha..dan sekarang adalah masa untuk memulihkan kembali kesihatan...Ya ALLAH lindungilah hambaMU ini...tiada sesiapa yang mampu menolong aku selain Engkau Ya ALLAH..
Mungkin dah sampai masanya aku mengundur diri...mengorbankan diri sekali lagi demi sebuah kehidupan...adakah sudah sampai masanya untuk aku mengucapkan Selamat Tinggal??

Subscribe to:
Posts (Atom)