Tuesday 18 August 2015

Alahai Hutang PTPTN...

Assalammualaikum...

Sehari dua ni panas cerita tentang pinjaman pelajaran PTPTN...mana tidaknya...peminjam PTPTN yang tidak membayar secara konsisten akhirnya akan dipotong gaji setiap bulan untuk melangsaikan hutang pinjaman pelajaran mereka...kesian jugak Cik Mass dengar bila semuanya merungut kerana potongan setiap bulan bukan sedikit..dua tiga ratus jugak katanya...

Dengan keadaan sekarang Cik Mass rasa memang terkesan jugak la nak membayarnya...dengan gst lagi...dengan harga barang semakin tinggi berbanding 5 atau 10 tahun dulu...

Teringat pulak Cik Mass tentang soalan ketika ditemuduga untuk naik pangkat...dan ketika itu isu tentang PTPTN menjadi isu hangat dan salah satu isu ketika musim pilihan raya yang ke-13...penemuduga bertanyakan apakah pendapat Cik Mass tentang isu tersebut..dan jawapan Cik Mass ketika itu ialah tidak perlu dihapuskan pinjaman tersebut tetapi kerajaan perlu mengkaji kembali persen yang dikenakan terhadap amaun pinjaman kerana ia sedikit sebanyak membebankan peminjam dan Cik Mass cadangkan kerajaan membuat potongan pinjaman sekiranya student melepasi tahap yang baik dan memuaskan. Cik Mass memberi contoh seperti pinjaman JPA yang Cik Mass ambik..Cik Mass dapat potongan 75% dari jumlah pinjaman dan hanya perlu membayar RM4000 sahaja daripada keseluruhan pinjaman atau memberi intensif sekiranya peminjam membayar secara konsisten atau awal. 

Tetapi sayang pendapat dan cadangan Cik Mass ketika itu ditempelak oleh seorang penemuduga (wanita) mengatakan cadangan Cik Mass seperti bersetuju dengan pihak pembangkang untuk menghapuskan PTPTN dan dia mengatakan hutang perlu dibayar...adoiiii..masa tu Cik Mass tarik nafas panjang dan meneruskan pendapat dengan mengatakan tak semua student yang keluar terus mendapat kerja apatah lagi kebanyakan majikan inginkan pekerja yang mempunyai pengalaman..kalau dah fresh graduate macam mana nak bekerja setelah 6 bulan keluar dari universiti mahupun kolej...dan Cik Mass kata cadangan ini sebenarnya baik dan tidak perlu dihapuskan PTPTN tetapi kerajaan perlu membantu dan meringankan peminjam...

Yang pasti Cik Mass gagal dalam temuduga tersebut hahahaha....takde rezekikan..tak apa la...tapi akhirnya cadangan Cik Mass ketika ditemuduga akhirnya diaplikasikan sekarang kan...hahahaha...bunga untuk pinjaman telah dikurangkan...insentif untuk peminjam bayar habis diberi 20% dan peminjam yang konsisten membayar setiap bulan 10%. Kan betul cadangan Cik Mass tu walaupun apa yang kerajaan buat tu bukan atas cadangan Cik Mass pun...Cik Mass memberi cadangan berasaskan pemikiran profesional..ceeewahhh...profesional la sangat Cik Mass ni hahahaha

Memang kerajaan kena fikir bagaimana nak menggalakkan peminjam bayar hutang pinjaman macam sekarang...potong gaji..ahhh kali ni tiada siapa yang dapat lari daripada membayar hutangkan...bagus cadangan ni walaupun nampak terpaksa tapi rasanya PTPTN dah beri banyak masa untuk peminjam bayar balik pinjaman tu...ada peminjam yang dah berkawin dan beranak pinak pun...ada juga yang berpangkat tinggi pun masih tak bayar hutang...kita kena ingat...orang lain pun nak sambung belajar jugak..orang lain pun nak pinjam duit PTPTN...kalau tidak dibayar...bagaimana kita nak bantu mereka...kan kan

Cik Mass tertarik dengan cadangan seorang rakan FB Cik Mass...dia mencadangkan pegawai kerajaan yang enggan membayar PTPTN tidak perlu dinaikkan pangkat atau diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana gagal membayar PTPTN...cadangan ni Cik Mass setuju gak...tapi kalau cadangan menahan kenaikan gaji tahunan tu Cik Mass tak berapa la setuju...sebab kalau gaji tak naik macamana nak bayar hutang kan hehehehe...bagus cadangan kau Effa...

So nak tak nak hutang yang telah diambil perlulah dibayar..secara rela atau dipaksa...kena bayar jugak..redha je la....dan Cik Mass bersyukur Cik Mass dan lama selesai bayar hutang belajar dengan JPA dan Cik Mass bersyukur tak ambik PTPTN pada akhir tahun kedua sebab masa tu PTPTN baru sahaja diperkenalkan dan kami ditawarkan PTPTN walaupun pelajar sudah dapat pinjaman JPA atau MARA...kadang kala jeles gak bila tengok member yang ambil PTPTN ketika itu mewah berbelanja namun akhirnya Cik Mass rasa inilah keputusan bijak yang Cik Mass buat..biarlah tak mewah ketika itu janji tak berhutang seumur hidup...Alhamdullilah.

Salam Sayang Buat Semua 



Monday 10 August 2015

Nasib Atau Takdir...Kisah Kehidupan Di Penghujung Waktu

Assalammualaikum...

Mesti kita selalu jumpa makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang masih bekerja walaupun usia sudah lanjut...kalau setakat kerja di ofis aku boleh terima lagi...tapi ada yang bekerja membanting tulang sebagai cleaner, sebagai tukang kebun, pencuci pinggan dan kerja-kerja yang pada aku tak patut dilakukan oleh orang tua yang kudratnya teramatlah terhad dan sikit....

Hati tersentuh..kesiannya mereka ..dah tua masih bekerja mencari sesuap nasi...menunggu gaji tiap- tiap bulan...terdetik di hati..mana anak anak mereka..takkan tak membantu?. Persoalan ini sentiasa bermain di dalam minda...bukan apa..dah la semasa muda mereka berusaha siang dan malam bekerja untuk keluarga mereka..untuk anak-anak....jadi bila mereka dan tua..inilah masanya mereka berehat...anak-anak bantulah mereka..berikan keperluan yang cukup untuk mereka melalui hari-hari tua mereka dengan aman dan rehat secukupnya...inilah masanya untuk berehat...inilah masanya untuk memperbanyakkan beribadat dan mencari ilmu kerana ketika muda masa yang ada terlalu mengengkang ibu bapa untuk beribadat lebih..dan ketika masa inilah mereka boleh meluangkan masa bersama yang telah banyak dihabiskan untuk membesarkan kita..anak-anak mereka.

Untung jika ibu bapa yang mempunyai pencen...tetapi yang tidak mempunyai wang pesaraan anak-anak boleh sama-sama membantu mereka...takkan kurang sedikit harta kita jika kita membantu kedua orang tua kita..kadang kala ada ibu bapa yang tak mahu meminta duit anak-anak...tapi takkanlah anak-anak tak faham tanggungjawab mereka pula untuk menjaga ibu bapanya. Pernah ada kawan aku yang cakap maknya tak pernah meminta wang gajinya sebab maknya dah mempunyai wang pencen..selagi maknya tidak meminta selagi itulah dia tidak memberi..Allahuakbar...ada juga yang berfikiran begini...

Tapi berlainan pula cerita di rumah orang tua tua yang pernah aku pergi...pengalaman pertama dan berharga sangat...berjumpa dengan warga emas yang ditinggalkan oleh anak-anak membuatkan aku mempelajari realiti kehidupan sekarang... pelbagai versi cerita yang didengari..ada yang didera oleh suami dan ibu mertua, ada yang datang sendiri apabila anak-anak tidak mahu menjaga mereka ketika sakit dan yang paling aku tersentuh seorang wanita yang ketika mudanya bukan calang-calang orangnya, berpangkat dan pernah menerima pingat daripada Sultan akhirnya sisa sisa umur tua diabiskan di rumah orang tua tua...dihantar oleh anak-anaknya yang tidak mahu menjaganya...bukan tiada harta ..bukan tiada rumah untuk berteduh ...bukan tidak mempunyai anak-anak yang berpangkat tinggi dan kaya...namun tetap pengakhirannya di rumah itu...sedih sangat..bayangkan di katilnya diletakkan frame gambar ketika dia mendapat pingat...ada gambar keluarganya...sedihkan...sampai hati anak-anaknya memperlakukan seorang ibu seperti itu....

Itu cerita ibu bapa yang tidak dijaga oleh anak-anak...ada juga kisah anak-anak mengambil berat tentang ibu atau bapa yang sudah tua..namun tiada pula mereka rasa bersyukur ..malah kebaikan anak-anak tidak pula dihargai malah berkira pula ...ada yang berkira setiap sen yang pernah dilaburkan demi membesarkan anak-anak, ada juga yang mengganggap anak-anak berhutang terhadap ibu bapa...Allahuakbar..sepatutnya mereka bersyukur anak-anak tidak mebuang mereka tetapi tetap menjaga kebajikan mereka walaupun kelakuan ibu bapa ada yang menguris hati anak-anak...

Itulah kisah kehidupan...dan pengakhiran untuk ku tidak aku ketahui bagaimana...semoga Allah mengasihani diriku..dan aku sentiasa memohon Allah mematikan aku dalam kematian yang baik dan mulia..Amminn

Salam Sayang




Friday 7 August 2015

Diriku...New Life New Chapter

Assalammualaikum semua...

Uikkk dah berbulan tak coret apa apa kat dinding blog nie...macam - macam yang berlaku tapi semuanya membuatkan aku lebih tertumpu dengan kehidupan aku... tak terfikir yang lain...bangun pagi pergi keje..petang balik keje..itu je ..weekend ada kerja yang perlu aku settlekan samada di rumah mahupun diluar rumah...

Sepanjang berbulan tak menulis sebenarnya kesihatan aku agak merudum...namun masih mampu untuk menyelesaikan kerja hakiki setiap hari...demam..batuk..selsema..lutut sakit ..kaki bengkak...semuanya dihadapi tapi aku lebih banyak berdiam diri dan bertawakal kepada DIA...dah malas nak up status tentang sakit...agaknya tahun nie tahun sakit...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...Semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik...Amminn

Alhamdullilah..kehidupan semakin stabil...projek bertahun dah menampakkan hasil namun belum masa untuk goyang kaki..banyak lagi yang perlu diusahakan...yang penting jangan putus asa. Kesibukan dengan yayasan sedikit sebanyak menghadkan masa aku untuk memikirkan benda-benda yang boleh menggangu emosi...tetapi kadang kala ia mengusik juga hati dan hanya sabar dan air mata pengubat rindu

Untuk mereka yang jauh di mata hanya doa buat pengganti diri...tak mampu buat apa apa tapi aku hanya mampu berdoa...tak mengapa..Allah tahu apa yang diaturkan untuk perjalanan kehidupan aku..DIA pasti tidak akan mengecewakan aku dan aku juga jangan mengecewakan DIA..DIA Tuhan ku dan DIA juga Tuan ku...Semoga doa doa ku akan dimakbulkan olehNYA ..samada cepat mahupun lambat..tapi aku yakin dan pasti..InsyaALLAH satu hari nanti semuanya kembali bertaut.

Buat sahabat...doakan yang terbaik untuk diriku..dan semoga kehidupan kalian juga dirahmati dan diberkati ALLAH SWT selalu...

Salam Sayang Selalu