Thursday 15 January 2015

Salah ALLAH Juga Ke ????



Kita selalu menyalahkan Allah atas apa yang berlaku..kita katakan inilah ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk aku tetapi kita tak nak mengaku ia adalah atas tindakan diri kita sendiri tanpa kita menggunakan AKAL kerana itulah bezanya manusia yang dicipta dengan haiwan....gunakanlah akal yang diberi oleh Pencipta kita...sekiranya kita tidak menggunakan akal maknanya kita sama sahaja dengan haiwan yang hidup mengikut aturannya dan akhirnya mati....tanpa membawa amal dan kebaikan...dengan akal kita boleh mengukur keimanan kita...kita boleh berfikir samada tindakan itu betul atau salah..boleh atau tidak ... berdosa atau tidak..tak kan lah tak boleh fikir ketika itu atau sebelum kita bertindak...

Sekiranya kita berjaya dalam sesuatu, kita cepat mengatakan kejayaan ini adalah atas usaha diriku sendiri tanpa mengenal erti jemu dan putus asa tetapi jika kita gagal kita akan mengatakan ia telah ditakdirkan dan ia merupakan ketentuan Allah yang menggagalkan aku...ahhh sombongnya kita untuk memberi kebaikan itu kepada ALLAH. Susah benar untuk hati kita mengakui ALLAH yang telah memberikan aku kejayaan ini.

Kita mengakui manusia adalah sebaik baik kejadian..Allah mengangkat martabat manusia yang diciptakan daripada tanah ini menjadi makhluk yang dihormati oleh malaikat sendiri kecuali iblis...so kenapa kita tidak menggunakan kelebihan dan kemuliaan yang diberi kepada manusia...kenapa kita pulak nak meletakkan diri kita ke bawah dan dihina....bahkan menyalahkan Allah pula atas tindakan sendiri...

ALLAH menurunkan Al-Quran untuk panduan kita dalam kehidupan ini, jadi please refer Al-Quran dahulu. Baca tafsirannya..tak faham carilah guru..berguru dan memahami mengapa kita dilahirkan...fahami dahulu hakikat itu...siapa kita..siapa Pencipta kita....



Selalunya kita akan berkata yang baik itu daripada ALLAH ...dan yang buruk / salah / tidak baik itu adalah dari diriku sendiri..jadi adakah masih salah Allah kalau kita sendiri memilih untuk ke jalan yang salah...



Ingatlah Allah tidak zalim kepada hambaNya..tetapi selalunya hambaNya yang zalim terhadapNya....Wallahuhalam

p/s : Jadilah hamba ALLAH yang berilmu, beriman dan yang penting bertauhid kepada ALLAH kerana Nabi Nabi terdahulu menyakini dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH ITU ESA dengan menggunakan AKAL yang dikurniakan oleh ALLAH ....memikir tentang kewujudan dunia, bintang, bulan, matahari, pokok, haiwan dan apa yang ada sekelilingnya.