Monday 31 December 2012

USM...Tetap Dalam Kenangan

Aku menyelusuri kembali tempat yang penuh kenangan manis ketika bergelar pelajar satu masa dulu...3 tahun di sana cukup menyeronokan kerana di situlah aku mengenal erti persahabatan, erti kehidupan dan erti percintaan....kembali menjejak kaki ke situ air mata ku mengalir ...mengingati kembali setiap detik dan penat lelah dalam mencari ilmu untuk bekalan pada masa akan datang...disitu la segalanya merubah hidupku...itulah Universiti Sains Malaysia...dan kini ia telah banyak berubah mengikut peredaran masa dan zaman...dulu ia cantik di mata ku dan sekarang semakin cantik...ketenangannya tetap sama..memang sesuai untuk mencari ilmu...dan terdetik di hatiku bilakah dapat lagi aku bergelar pelajar ...menyambung cita-citaku untuk mendapatkan segulung Master dan PHD pula..semoga impian ini menjadi kenyataan di 2013 nanti..Insya-ALLAH...



















Pesta Pulau Pinang 2012

Kali terakhir menjejak kaki ke Pesta Pulau Pinang ialah akhir tahun 1999...ketika itu aku adalah pelajar tahun akhir USM Penang...so alang alang dah memang dekat sangat dengan rumah sewa..rugilah kan kalau tak merasai kemeriahan Pesta Pulau Pinang yang memang terkenal dan ditunggu-tunggu setiap tahun oleh pengunjung luar Pulau Pinang...lagipun bayaran masuk tak lah mahal mana pun...

Dan setelah 13 tahun..akhirnya aku menjejakkan kaki ke sini..betul walaupun beberapa kali aku mengajak bekas suami ku ke Pulau Pinang pasti dia menolak...kenapa..hahahah cemburu ..ya betul cemburu dengan Pulau Pianang kerana di sini banyak kenangan silam yang manis-manis untuk dikenang...ahhh lupakan la si dia tu...buat sakit hatiku saja bila berkata tentangnya...

Ahh hilang idea ku...gara-gara dia la nie..hemmm..mana hendak ku mula ya...sekitar pukul 8.30 kami dah bertolak dari rumah tetamu USM...ya kami menginap disana setelah puas mencari hotel disekitar Bayan Lepas dan juga Georgetown...malah ke Pulau Tikus..semuanya penuh...wahhh ramainya datang ke Penang nie..mesti gara-gara pesta ini...setelah mencari parking ...kami beratur untuk mendapatkan tiket masuk...bayaran untuk dewasa adalah RM3.00 manakala untuk kanak-kanak RM1.00... masuk sahaja...mata kami dah tertumpu dengan barangan-barangan yang dijual di sekitar jalan menuju tapak pesta...mungkin kerana kami pergi tarikh akhir kebanyakkan barangan dijual dengan harga lelong..bayangkanlah anak broach beli 10 percuma 10 ...dan aku hanya membeli tudung ..dapat la dua helai..hehehe...

Ketika ditapak pesta orang dan semakin ramai beratur untuk membeli token dan kami mengambil keputusan berjalan-jalan di sekitar tapak pesta...telinga mendengar jeritan jeritan dari atas...aku hanya ketawa dengan gelagat mereka...nak naik tapi menjerit - jeriit ..mana tak jerit kalau dah dilambung di atas tu ...mahu tercabut nyawa, kata sahabatku...aku cuba jugak memujuk kawan-kawanku untuk merasai permainan yang ada ditapak pesta tapi semuanya hanya mengeleng...takut naik ada nyawa...turun pulak keras katanya...kami yang mendengar hanya ketawa....malah ajak naik euro wheel pun tak nak...ingat dapatlah ambil gambar pemandangan dari atas...hemmm hampa...

Tapi memang benar kata kawan-kawanku...kebanyakkan permainan di sini semuanya extreme...hanya yang berani sahaja yang boleh naik...aku kalau setakat euro wheel tak ada masalah..tapi top gun dengan vorty memang bermasalah...dia pusing 360 darjah...tiba-tiba aku pulak rasa nak pitam...pening asyik mendongak ke atas...pengunjung pula semakin ramai...so sebelum aku pengsan lebih baik kami ke tempat yang tak ramai orang..so kami berhenti sekejap untuk menjamu selera di sana...lega sekejap aku bila dapat menghirup air asam boi...kawan aku sempat mengusik...belum naik dah nak pitam ..kalau naik sure pengsan terus tak bangun bangun...hahahhaha...

Perjalanan diteruskan ...dan kami hanya menyelusuri jalan jalan yang menjual barangan ....tapi kami tidak membeli kerana kebanyakan barangan yang dijual ada di KL...hanya seronok melihat setiap penjual melelongkan barangan mereka ...dan akhirnya kami balik ...dan aku dapat letih, penat dan berpeluh....memang ramai orang..nasib baik tak pengsan... 











Selamat Tinggal 2012...Selamat Datang 2013




Alhamdulillah...berakhir sudah tahun 2012...bermakna sudah dua tahun aku melayari hidup bersendirian ...syukur masih dapat bertahan dengan liku-liku kehidupan yang sentiasa datang menjengah diri..menyapa sanubari...menguji hati adakah mampu seorang wanita bernama Mastura Ismail ini melepasi setiap dugaan...

2012 banyak memori suka dan duka telah ditulis di dalam kamus hidup aku....aku sentiasa diberi pilihan...demi kepentingan diri atau orang lain terutama bila  melibatkan anak-anakku... aku terpaksa berkorban dalam diam demi kebahagiaan mereka...siapa yang tahu hati ini merintih pilu dalam kerinduan yang dipendamkan...aku boleh mengira tahun ini berapa kali aku menatap wajah-wajah mereka....tapi demi sebuah kehidupan yang panjang aku bersabar...aku percaya mereka tetap akan aku miliki kerana telah tertulis mereka tetap anak-anakku..darah yang mengalir di dalam badan mereka ada darah ku jua..

2012 juga menyaksikan kemerosotan kesihatan ku...sentiasa dilanda sakit yang datang secara tiba-tiba..aku dinasihati sentiasa menjaga kedua-dua buah pinggang ku kerana sakit batu karang di buah pinggang kiri ku kembali lagi setelah hampir 12 tahun aku bebas dari penyakit batu karang akhirnya batu karang itu muncul  kembali..di tempat yang sama ...ditambah pula dengan sakit kepala yang sentiasa datang tanpa diundang..Kesihatan ku juga terjejas dengan peningkatan berat badan ku...aku tidak boleh melepasi berat ideal supaya lutut dan kaki ku tidak sakit kerana tidak dapat menampung berat ..hehehehe mana tak nyer saiz kaki kecil sedangkan badan dah semakin besar..kesian kat lutut dan kaki kan...permulaan 2012 berat aku ialah 52kg dan akhir 2012 berat ku kini ialah 62kg...alahai  naik 10kg dalam masa setahun...agaknya ubat-ubatan yang aku ambil memberi kesan kot...aku sentiasa rasa lapar...memang ramai yang menegur ...akak nampak semakin gemuk la...ehh Mass kenapa gemuk nie...hati senang yer...dan aku hanya mampu senyum...nak buat camner..berat nie nak naik senang..nak turun Masyaallah..susahhhh... So permulaan 2013 aku nekad nak berjalan -jelan atau pun berjoging...semoga nekad menjadi kenyataan yer Mass....

Kerjaya aku alhamdulillah..seperti biasa...tetapi tahun ini menyaksikan kegagalan aku dalam temuduga kenaikkan pangkat...tak apa la..mungkin belum rezeki aku lagi..tetapi syukur perancangan daripada tahun 2011 dulu telah dapat direalisasi pertengahan tahun 2012 dan semoga tahun 2013 ia semakin berkembang dan memberi hasil yang lumayan kepada kami....terima kasih sahabat kerana masih memeprcayai aku...

Buat semua ...Selamat Tahun Baru 2013...semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan perjalanan hidup kita dipermudahkanNYA...untuk semua..janganlah hanya mengejar dunia tetapi cari juga jalan menuju ke sana kerana kehidupan yang abadi adalah di sana...dunia ini hanya lah tempat sementara untuk kita terus mencari siapa diri kita ...mencari nikmat iman yang diberikan oleh ALLAH dan berusahalah kita semua mencari hidayah dan rahsia ALLAH itu...sesungguhnya ilmu ALLAH itu amat luas untuk hamba-hambaNYA yang ingin mencari kebenaran dalam kehidupan...

Oh yaa...apa azam 2013..jawapanku tetap sama....terus mencari siapa diriku...

Thursday 27 December 2012

Pesanan Untuk Anak-Anakku #2

Wahai anakku...

Istiqamahlah kamu dengan Surah al-Waqiah dan solat Dhuha,
Nescaya ALLAH murahkan rezekimu yang penuh dengan keberkatan

Wahai anakku...

Janganlah kamu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, kamu akan kecewa, tetapi haraplah apa yang ada di tangan ALLAH, kerana ia lebih baik dan lebih kekal

Semoga hidup kalian sentiasa diberkati ALLAH SWT....


Pesanan Untuk Anak-Anakku

Wahai anakku
Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, 

Kerana di hadapanmu adalah Tuhanmu, 
Bukan kawanmu. 
Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, 
Tentulah tidak layak engkau bersikap demikian....


p/s : pesanan ini juga untuk umie :)

Wednesday 26 December 2012

Cemburu..Ya Memang Aku Cemburu

Assalamualaikum ..Cemburu..Ya memang aku cemburu....melihat gambar-gambar yang terpampang di FB sahabat-sahabat sekalian..melihat senyuman kalian bersama keluarga terutama anak -anak yang semakin membesar..tapi aku hanya menghabiskan waktu cuti ini melakukan kerja -kerja aku..aku cuba menyibukkan diri walaupun aku sebenarnya tidak sesibuk mana tapi aku cuba mencari kesibukan dicelah celah kehidupanku...ahhh...yang penting kesibukan aku adalah ubat untuk aku melupakan dan memadamkan seketika perasaan rindu dan ingin bersama anak - anak malah mendakap mereka ...

Mesti ada yang bertanya..kenapa tak ambil anak-anak...apa jawapan yang perlu aku berikan.....hanya diam ...ya diam..alasannya hanya hati ku yang berbicara....susah berbicara sesama insan kerana ada yang bakal merumitkan keadaan..jadi lebih baik aku mendiamkan diri...yang aku tahu susahnya menjadi seorang yang bernama Mastura Ismail....kadang kala aku sendiri cuba mencari jalan penyelesaiannya dan sementara ini yang terbaik ialah tidak bertemu mereka buat masa sekarang...ini yang terbaik..kenapa....adalah alasan yang perlu aku rahsiakan demi menjaga aib orang lain...malah ia juga melibatkan permata hati ku...demi mereka aku pendamkan dahulu semua ini..tetapi perasaan rindu membuatkan aku kalah dengan keputusanku...tetapi aku tetap mencuba...biarpun perit...biarpun sebenarnya hati ku terluka sangat-sangat..sakit...ingin aku menjerit tetapi untuk apa...yang mampu kini aku menyerahkan jiwa raga anak anak ku untuk dilindungi oleh ALLAH juga...itu sahaja doa yang mampu kuberikan...

Cemburu aku melihat mereka menghabiskan masa bersama anak-anak...tapi percayalah aku juga sentiasa mendoakan kalian bahagia disamping keluarga tersayang...dan aku juga gembira dengan kegembiraan kalian...Insyaallah satu hari nanti aku juga berpeluang untuk menikmati kemanisan dan kegembiraan bersama-sama permata hati ku...nyawa ku...dan pada ketika itu, aku akan menghargai setiap detik yang akan ku lalui nanti..semoga impian dan harapan ini menjadi kenyataan...

Tapi syukur sangat kerana aku dapat mencari ruang untuk bertemu mereka biarpun seketika..di sekolah terutamanya..dan aku harap ketika persekolahan dibuka aku akan dapat memeluk ketiga-tiga anakku..kerana ketika itu aku berpeluang berjumpa mereka ....aku cukup teruja kerana Iskandar akan memasuki Darjah Satu dan Zulqarnain sudah mula bersekolah tadika ....mesti comel Zulqarnain yang baru berumur 4 tahun memakai uniform sekolah dengan membawa beg sekolah yang besar hehehe...tak sabar untuk aku melihat dan merasai keindahannya walaupun aku tidak berpeluang untuk bersama-sama membuat persiapan persekolahan mereka...

Untuk anak-anakku ...umie sentiasa mendoakan kalian bertiga mendapat ilmu yang dapat kalian manfaatkan didunia dan akhirat...ammiinn...Dan ingatlah walaupun kalian tidak selalu umie temui tapi wajah wajah kalian tidak pernah hilang dimata umie dan dihati umie...percayalah umie sayang kalian sangat sangat...

Ya ALLAH Kau gantikan airmata ini dengan airmata kegembiraan ketika aku menatap wajah wajah anak anak ku....

 Iskandar ketika sesi orentasi untuk pelajar Darjah Satu di SKBJ



Friday 21 December 2012

6 Pesanan Buat Isteri

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia dan akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini' .

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.



Tuesday 18 December 2012

Mati Itu Pasti

Mati itu pasti.....dan saya baru sahaja menziarahi seorang sahabat buat kali terakhir yang telah pergi buat selama-lamanya daripada dunia ini untuk kembali kepada Penciptanya... 

Syukur sebab masih sempat untuk aku berada disisinya melihat jenazahnya dimandikan, dikapankan, dapat mengucupnya buat kali terakhir dan melihatnya dikebumikan di perkuburan...

Memang benar kematian dapat memberi kita keinsafan...dan mengingati bahawa suatu hari kelak aku juga akan akan kaku tidak bergerak...diuruskan oleh mereka yang menyayangi diriku dan akhirnya dikembalikan ke tanah untuk bersemadi sehingga hari kiamat...

Tiada kata kata yang mampu ku ucapkan...melihat semua ini didepan mata...Ya ALLAH..Aku mohon  Kau ringankanlah hisab rakan ku dan juga aku serta muslimin dan muslimat yang satu hari nanti akan kembali kepadaMU...

Buat arwah Shabrinaz Hj Desa...semoga rohmu tenang di alam sana..semoga dirimu ditempatkan dalam golongan hamba - hamba ALLAH yang beriman....dan buat semua sahabat ..sama - sama la kita sedekahkan al-Fatihah untuk beliau...walaupun anda tidak mengenalinya tetapi beliau tetap saudara kita ...al- Fatihah
 
 
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


                                                   

Wednesday 12 December 2012

Doa-Doa Rasulullah SAW Sebelum Salam..


Assalammualaikum sahabat...
 
Sebenarnya telah beberapa hari aku teringatkan artikel ini...aku juga mempratikkan amalan ini dalam solat setelah aku mengetahui tentangnya ...entah kenapa hatiku bagaikan dirusuh rasa risau dan gelisah jika artikel yang bermanafaat  ini hilang dari pengetahuan dan bacaan aku bahkan daripada pengetahuan sahabat sahabat ku sekalian..rugikan...jadi saya mencari kembali artikel ini untuk blog saya ..semoga ia akan disebarkan dan diamalkan oleh semua sahabat saya...ini adalah artikel tersebut..

Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?

Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi SAW sepanjang hidup beliau. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam. Berikut adalah doa-doa tersebut :

1. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal. [Imam Muslim]

2. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang. [Imam al-Bukhari]

3. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. [Imam al-Bukhari]

4. Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu. [Abu Dawud dan al-Nasa’ie]

5. Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan dan daripada kejahatan lakukan. [al-Nasa’i]

6. Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

7. Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang. [Imam al-Bukhari]

8. Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang. [Imam Abu Dawud]

9. Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. [Imam Abu Dawud]

10. Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka. [ Abu Dawud]

Semoga kita dapat mengamalkan doa-doa Rasulullah SAW ini dalam setiap kali solat… InsyaAllah..



Thursday 6 December 2012

7 Tips Keluarga Bahagia...

7 TIPS KELUARGA BAHAGIA DARI USTAZAH SITI NOR BAHYAH 

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

p/s : walaupun saya tiada insan tersayang bernama suami tapi untuk semua sahabat yang telah dan akan berumahtangga tips -tips ni amat penting untuk anda..dan untuk saya akan saya lakukan satu hari nanti dengan 'bakal suami' dan juga imam saya ....tapi buat masa sekarang masih kosong ....kosong....hehehe..selamat berbahagia semua dalam melayari kehidupan seharian kalian....

Tuesday 4 December 2012

Aku Yang Berdosa - Shahir

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

p/s : Bila mendengar lagu ini bagaikan rintihan hati ku sendiri..mengharap segala keampunan daripada ALLAH kerana Aku Yang Berdosa...


7 Kata-Kata Usman Ibn Affan r.a


1) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5) Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

-Usman Ibn Affan R.A.-