Monday 8 October 2012

Jalan-Jalan...Bukit Bendera

Bukit Bendera...wahh dah lama tak pergikan...dan ketika pergi melencong sekejap sebelum sampai rumah kat Kedah...terfikir nak ke Bukit Bendera...Excited nak rasai pengalaman menaiki tren ke atas...makk aii memang laju...perghh boleh tahan berdebar jugak ketika menaikinya walaupun 5 minit jer dah sampai di atas. Yang seronoknya bila menaiki dengan rombongan sekolah..memang riuh keadaan di dalamnya..memang terasa suasana seperti melancong beramai ramai walaupun kami hanya bertiga sahaja...dan bila sampai ..terasa lutut aku lemah sekejap....terasa langkah kaki agak berat..mungkin kesan daripada kelajuan tren agaknya walaupun aku bukanlah seorang yang gayat ditempat tinggi..tapi masih terasa mengeletar kaki...mungkin ini pengalaman pertama menaiki tren laju ini. ok di sini sedikit info tentang tren laju nie.

Kereta api baru ini lebih laju dan menggunakan koc buatan Switzerland yang moden serta selesa untuk penumpang dan jadual perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai 6.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Penumpang tidak perlu menukar gerabak untuk sampai ke puncak bukit dan perjalanan hanya mengambil masa lima minit.

So aku ada la ambik gambar sekitar ketika menuruni tren dan juga suasana di sana...memang seronok kerana kali ini aku berpeluang meneroka Bukit Bendera secara keseluruhannya dengan menaiki buggy car dan yang bestnya pemandunya banyak memberi kami info-info tentang Bukit Bendera. Tentang keistimewaan Bukit Bendera, tentang banglo banglo mewah di sekitarnya dan siapakah pemiliknya, dan juga kawasan kawasan yang boleh diterokai secara jungle tracking...semuanya ada di Bukit Bendera. Nak tengok pelbagai periuk kera pun boleh tapi kalau nak masuk kena la bayar ..hehehe..
Jom layan gambar ... gambar suasana di dalam tren ada kat my friend..lupa nak ambik..anyway sebenarnya banyak gambar tapi tak boleh la upload semuakan...











..Cermin Peribadi Kita..

Assalammualaikum..sahabat semua...

Dah lama tak menulis...dan hari nie nak meluahkan rasa ... alhamdulilah aku dah ada transport baru dan hari nie baru dua minggu kereta nie dah keluar..snow white diberi nama..jika dulu blacky kini dia dah jadi putih...syukur sangat kerana ALLAH permudahkan aku untuk mendapat kereta ini dengan bantuan seorang sahabat lama...sangat sangat lama...teman sebelah ketika disekolah menengah dulu..ketika aku berada di tingkatan lima..selepas abis SPM dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan aku masih meneruskan pengajian di tingkatan enam...thanks Azni..

Kalau yang ada baca status di facebook aku mesti tahu bahawa selepas 6 hari memandu ..akhirnya my snow white dah jadi cacat..sedih sangat...kenapa..hemmm snow white dah dicium satu motor pakcik nie...entah la semuanya berlaku secara pantas..dan aku pasti bukan aku saja yang terkejut dan panik tetapi pakcik tu pun sama sehingga kemudian melarikan diri...ahhhrggg..memang aku bengang..dah la langgar pastu boleh pulak blah macam tu ajer...sedihnya....

Kalau tanya tentang perasaan aku memang la aku sedih sangat...dah la susah nak dapat harta nie..banyak dugaan..bukan sedikit aku keluarkan budjet tapi inilah hasilnya..tapi sedikit sebanyak aku lega sekurang-kurangnya pakcik tu tak cedera atau meninggal dunia dek kena langgar..itu lagi bahaya tapi sekurang-kurangnya pakcik itu berhenti la dan selesaikan secara baik...kan itu yang terbaik..kata orang melayu ..orang Malaysia yang berbudi bahasa tapi mana contohnya...yang pasti aku takkan maki hamun pakcik..sebab benda nie boleh diselesaikan secara baik kan...tapi bila dan macam nie..hemm fikir sendiri la...so jangan nak marah bila orang lain mula mengeluarkan kata kata kesat....

Bukan itu sahaja..orang Malaysia nie bila di jalan raya hilang segala kesopanan dan kesusilaan...serius...kadang-kala tiada tolak ansur ketika memandu dan di jalan raya...apa la salahnya jika kita memberi laluan kepada kereta lain untuk memotong kereta kita ataupun mencilok kereta kita ketika keadaan sesak..tapi orang kita pasti akan menekan minyak supaya kereta di depan tak dibenarkan masuk ke laluan yang betul..uhhuu..

Ada jugak yang kurang ajar bila memotong barisan...hai orang lain boleh bersabar menunggu giliran takkan kau tak bolehkan...itulah orang kita ..orang Malaysia yang dikatakan insan yang lemah lembut...ye ke...uhhuuu..

Mungkin ramai tak sedar sebenarnya sikap kita di jalan raya juga mencerminkan kelakuan dan sikap kita...cubalah kaji dan nilaikan sendiri...yang banyak..pastinya mereka ini adalah oarang yang mementingkan dan memikirkan diri sendiri...kalau inilah jenis kawan kita ..hemm silap silap haribulan ketika kita susah jangan haraplah orang jenis ini akan membantu kita ...

Pernah juga bertanya kepada tok guru aku tentang sikap - sikap manusia nie...Tok guru kata jika di dunia ini pun kita tidak mahu mengikut undang-undang dan peraturan yang dibuat untuk kebaikan dan kesejahteraan kita...agaknya bagaimana sikap kita ketika ini ..adakah kita mengikut hukum hakam agama ALLAH itu sendiri..ialah di negara yang ada hukuman yang kita nampak dan kena jika melanggar peraturan dan undang-undang pun kita berani langgar ..ini pulak hukum dan peraturan ALLAH yang hanya dicatat dan akan dihisab di alam sana kelak...lagi la manusia tidak takut kerana dalam fikiran mereka semuanya lambat lagi...semuanya tidak nampak dan rasai...so kepada sahabat semua jika kita tak nak dihukum di dunia...janganlah langgar peraturan...dan jika kita tak nak dihukum di akhirat..janganlah kita berani berani langgar hukum yang ALLAH dah tetapkan ...kerana yang halal tetap halal yang haram tetap haram...

Semoga kita semua dilindungi dan diberkati ALLAH SWT selalu...tiada yang penting kecuali cinta dan hidayah ALLAH kepada kita...



Ini adalah gambar hari pertama Snow White keluar...memang excited sebab baru dapat...panas lagi..hehehe..




nie gambar snow white dah kena langgar... disebabkan dah cacat dan kecewa..terus aku pasang rim baru biar nampak comel sikit snow white nie...tapi masa diorang pasang rim ..nasib baik cina tu tolong betul dan ketuk ketuk sikit tapi masih ada yg cacat..itu mmg kena buat kat bengkel la...so ini my new snow white.....