Tuesday 24 July 2012

Dugaan...Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian...

Kesedihan tentang kehilangan blacky agak terubat sedikit...alhamdulilah ramai sahabat yang prihatin dan memberi kata-kata semangat. Pada aku itu dah mencukupi dan aku harap mereka mendoakan kesejahteraan aku dan ketabahan aku dalam menghadapi kesedihan ini. Dan yang paling aku terharu ada jugak yang percayakan aku dan ingin memberi pinjam kereta mereka untuk kegunaan aku sementara..terima kasih..ada juga yang offer ajak balik kampung sekali dengan mereka..thanks kengkawan..aku tak sangka masih ada lagi insan di luar sana yang ingin membantu..alhamdulilah kerana aku dikurniakan kawan-kawan yang baik..semoga kalian juga diberkati ALLAH SWT selalu.

Nampaknya kecurian semakin berleluasa...bukan sahaja kereta..rumah malah samun..ada kes yang melibatkan nyawa melayang..dan aku nasib baik kereta itu dicuri ketika semua orang sedang sibuk berbuka puasa dan solat maghrib...kalau la dicuri ketika di tengah perjalanan mungkin nyawa jadi taruhan..alhamdulilah masih panjang umurku.

Bagaimana ia berlaku? Jangan tak percaya kereta ku rupanya ditowing terus. Cepatnya mereka buat keje. Jiran-jiran kata mereka ada nampak kereta towing masuk..mereka ingatkan ada kereta rosak atau ada kereta yang hendak ditarik. Tapi bila dah hilang terus kecoh. Nampaknya tempat tinggal aku tu memang black area. Mana tidak, di situ pernah berlaku kecurian kereta dan juga pecah rumah. Bayangkan dalam sebulan 2 kali dah kes pecah rumah. Nasib baik yang terbaru ini polis dan penduduk dapat tangkap orang yang buat keje mencuri tu. Nampaknya pihak polis kena la selalu buat rondaan di kawasan perumahan tu sebab dah banyak kes curi berlaku.

Dan kini aku dah boleh memujuk hati menerima kenyataan. Jumpa atau tidak kembali kereta itu aku serahkan kepada ketentuan ALLAH sahaja. Aku perlu kuat untuk meneruskan lagi hidup ini dan sentiasa berdoa ALLAH jauhkan aku dari perkara-perkara yang tidak baik. benarlah kata sahabatku semua ini ada hikmahnya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya dan aku sebagai hambanya perlu percaya dengan Qada dan Qadar ALLAH ini.

p/s : Thanks buat semua kengkawan yang memberi aku semangat. Kalian buat aku kuat kembali. Sayang kamu semua.

Monday 23 July 2012

Dugaan..Blacky Hilang...

Sedihnya hari ini apabila kereta kesayangan aku si blacky hilang dan disahkan dicuri. Ingatkan ditarik oleh bank ke tapi terfikir jugak tiada tunggakan bayaran untuk kereta tu.Memang panik sekejap bila tengok kereta tiada di tempat letak kereta. Nak kata tersalah letak tak mungkin.

Terus buat report di balai polis. Memang sah sah blacky dicuri...uuuwaaaa meraung rasa hati..menitis airmata...mana taknya dah la itu sahaja harta benda yang baru nak ada....Ya ALLAH macamana nie...dugaan apa yang Engkau berikan pada ku lagi...takkan itu pun aku tak boleh miliki...

Memang geram..memang sakit hati..memang nak marah tapi aku tak tau nak marah kat siapa....kenapa la blacky yang diorang ambik...ambik la kereta lain..lagi mewah dari blacky...entah la ini lah permainan dunia..inilah dugaan yang aku perlu hadapi di bulan Ramadan nie....aku rasa aku tak kuat hadapinya...sekarang pun dah rasa kecewa sangat.Ialah hampir setahun baru dapat kumpul duit beli blacky...baru nak rasa senang sikit guna kereta sendiri..selama nie penat naik turun bas..tren..lagipun aku harap sangat dapat bawak anak anak balik beraya dengan blacky...senang sikit nak kawal anak anak dalam perjalanan yang jauh tu...ye la KL ke Kedah ambik masa kurang kurang 5 jam perjalanan..itu kalau lancar kalau sesak teruk mahu makan 10 jam..takkan 10 jam duduk dalam bas..ada yg menangis pulak..uhhuuu...

Entah la...tension pun ada...aku rasa kesian kat diri aku sendiri..satu satu masalah yang melanda bagaikan tak pernah habis sehingga di hujung nyawa...aku takut...aku tak kuat hadapi masalah nie..takut gagal ditengah jalan..dan menyalahkan takdir..arrggg..jangan ada perasaan itu Mass...terima la ia dengan redha...Ya ALLAH ampunkan aku kerana kealpaan aku sendiri...

Ya ALLAH aku mohon kau gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik dari ini...aammiinn

p/s: Kenangan WVG 1537...Viva Black...

Friday 20 July 2012

Alhamdulilah...Ramadan Datang Lagi

Assalamualikum sahabat semua...

Untuk semua, semoga kedatangan Ramadan ini memberi seribu kebaikan, seribu keindahan dalam beribadat kepada ALLAH SWT. Semoga kita semua bukanlah golongan yang hanya berpuasa semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja. Rugi sangat jika kita adalah golongan tersebut. Semoga kita mendapat puasa yang khusus mahupun istimewa.

Imam Ghazali menyatakan tahap berpuasa itu terbahagi kepada tiga iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa istimewa.

Puasa umum adalah merujuk puasa yang dibuat semata-mata menahan makan, minum dan menjauhi perhubungan kelamin pada siang hari.

Puasa khusus, adalah merujuk puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan hubungan kelamin pada siang hari tetapi mereka juga menjaga adab tertib berpuasa dan menahan seluruh anggota pancaindera daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan atau merosakkan amalan puasa.

Puasa yang istimewa pula adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar, perhubungan kelamin pada siang hari dan segala pancaindera melakukan perkara haram malah mengarahkan hati, fikiran, perasaan dan tingkah laku berpuasa untuk allah semata-mata tanpa sedikit pun memikirkan hal-hal keduniaan. Puasa istimewa ini adalah menjadi amalan para rasul dan nabi-nabi dan merupakan martabat puasa paling tinggi di sisi Allah.

Rebutlah peluang ini yang datang setahun sekali..jika panjang umur yang dipinjamkan ALLAH ini Insya-ALLAH kita bertemu lagi dengan Ramadan akan datang..tetapi jika ditarik balik pinjaman ini bagaimana...semoga kita semua dipanjangkan umur oleh ALLAH SWT.

Maafkan kesilapan saya dengan sahabat semua jika tanpa saya sedar saya sebenarnya telah melakukan dosa terhadap sahabat sekalian. Semoga kemaafan yang diberi akan lebih memberkati hidup kita sesama muslim kerana kalian adalah saudaraku.

Selamat Menyambut Ramadan Kareem 1433H...

Friday 13 July 2012

Kosong

Bila dengar lagu dan lirik lagu nie..terus terdetik di hati...lirik nie macam faham jer apa yang aku sedang alami sekarang...terasa kosong dan tak tahu nak cakap apa bila fitnah terus-terusan melanda diri...tujuan ..untuk mengaibkan diriku...untuk mempertahankan diri aku sudah malas nak bercerita, malas nak memperkatakan lagi perkara yang telah aku lupakan ....bukan senang hendak melupakannya dan ketika aku sudah melupakannya..melempar jauh setiap yang berlaku di masa lalu..masih ada yang bercerita tentang itu...cukuplah..aku dah muak mendengarnya..mungkin juga orang lain sudah naik jelak mendengar kisah fitnah yang ditaburkan...janganlah ditambah dosa dengan memfitnah..yang mendengarnya juga turut mendapat dosa...kasihan..semoga ALLAH menunjukkan kebenarannya..

Bagi aku lagu ini cukup menyentuh jiwa...mendengar melodi yang disampaikan cukup memberi kesan...Najwa Latif memang dilahirkan dengan bakat untuk menjadi penyanyi...


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo





Tuesday 3 July 2012

Pertandingan Nasyid Sekolah Agama Iskandar

Hari nie mengambil cuti untuk menyaksikan pertandingan Nasyid antara Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam di Masjid Bukit Aman. Iskandar mewakili sekolah agamanya dalam pertandingan ini. Sebagai ibu kenalah hadir untuk memberi sokongan. Lagipun ia adalah salah satu kenangan terindah untuk Iskandar bila dia dah mula melangkah alam persekolahan tahun depan.

Aku agak lewat sampai. Hampir jam 9.30 baru berada di Masjid Bukit Aman dan inilah pertama kali aku mengunjungi masjid ini. Dari jauh sudah kedengaran laungan azan oleh murid-murid yang mengambil bahagian menghafal azan. Kelam-kabut jugak mencari tempat diadakan pertandingan tersebut. Rupanya ada dua tempat satu di atas dan satu pentas lagi di bawah. Cuak jugak aku bila mencari Iskandar tak jumpa di bahagian atas. Dah la lambat...takut terlepas peluang menyaksikan dia beraksi...rupa rupanya dia berada di dewan bawah. Akhirnya jumpa jugak aku dengan dia...lega sangat. Nasib baik pertandingan nasyid bermula selepas pertandingan bercerita. 15 buah sekolah agama yang terlibat mewakili zon-zon wilayah persekutuan. Jadi banyak la masa untuk aku bersama dengan Iskandar. Gembira hati bila melihat dia lincah bercerita tentang sekolah juga sempat dia dan kawan kawannya bernasyid depan aku. Tersentuh hati bila salah seorang kawannya memberitahu ibu bapanya tak dapat datang kerana bekerja..hemmm..sedihnya...so untuk itu aku la melayan kawan kawan dia semua...

Alhamdulilah sempat juga aku bertanya tentang perkembangan pelajaran Iskandar dengan guru kelasnya. Syukur bila diberitahu Iskandar budak yang cepat memahami dan pandai. Mengaji pun pandai. Tersenyum aku mendengarnya bukan berbangga tetapi sangat bersyukur kerana aku tidak ada di sisi dia untuk sentiasa mengawasi perkembangan persekolahannya. Namun satu je ustazah dia tak tahan kenakalannya di dalam kelas tetapi nakalnya tidak la mengganggu pelajar lain atau mencari gaduh dengan kawan kawannya kerana Iskandar seorang yang cepat sesuaikan diri malah suka berkawan. Itu kata ustazahnya dan aku sendiri mengakuinya kerana Iskandar adalah anak yang aktif dan cergas. Tak duduk diam tapi aku lihat semua budak pun macam tu malah tadi ada yang memanjat dan bergolek-golek kat lantai...tak kira lelaki atau perempuan...agaknya anak anak sekarang terlebih zat kot tu yang terlebih aktif tu hehehehe

Rupa rupanya Iskandar vokal solo untuk kumpulan dia...tak bagitau umie yer ...nak suprisekan umie ke....tersentuh jugak hati bila melihat persembahannya...menahan air mata dari mengalir..tetapi hati menangis...selepas persembahan terus aku memeluk dia..aku bersyukur dan bangga kerana dia berani berdepan dengan khalayak...semoga pengalaman ini akan membuatkan dia matang dan berani...walaupun sekolahnya tak menang pertandingan ini tetapi bagiku keberanian anak anak ini masuk bertanding sudah membuktikan mereka menang untuk diri mereka sendiri ..itu yang penting... Ini gambar suasana di sana.








Tahniah Iskandar walaupun tak menang tapi Iskandar tetap yang terbaik di hati umie...